Page List

Friday, 8 December 2023

Surah Al-Ikhlas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah ini lebih dikenali dgn name Surah al-Ikhlas kerana orang yang meyakini isi kandungannya akan menjadi ikhlas dalam menjalankan agama Allah SWT, dan orang yang mati dengan ikhlas, akan dijauhkan daripada api neraka. (Rujuk Tafsir Mafatih al-Ghaib karangan Imam Fakhruddin ar-Razi, 32/161).

Surah ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat seperti berikut.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢
Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan: Al-Kafi #1061. Pejabat Mufti Wilayah Prseketuan.

No comments:

Post a Comment