Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Apa Itu Surah Al-Kahfi?
Surah Al-Kahfi, surah Makkiyah, adalah surah ke-18 dlm al-Quran. Mempunyai 110 ayat. Walaupun ada 4 peristiwa (plot) yg diceritakan dalam surah ini iaitu mengenai:
- Ashabul Kahfi: Plot fitnah kpd akidah, iman atau kepercayaan.
- Pemilik dua taman / kebun: Plot fitnah kpd harta atau material.
- Kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khidir: Plot fitnah kpd ilmu, pengetahuan & informasi.
- Nabi Zulkarnain & Yakjuj Makjuj: Plot fitnah kpd kekuasaan, kepimpinan & politik.
Apa Kepentingan Surah Ini?
Banyak manfaat / kelebihan membaca Surah Al-Kahfi ini. Kita juga disunatkan untuk membacanya pada malam Jumaat atau hari Jumaat berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”
Sahih Muslim #1883. [1]
Fitnah dajal adalah antara fitnah terbesar akhir zaman. Orang yang mengejar dunia dan meninggalkan agama akan terikut dengan ajaran dajal yg menyesatkan. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah dajal ini. Aaminn.
Semoga kita mendapat manfaat dari sessi pencerahan yg serba ringkas ini untuk Surah Al-Kahfi.
Semoga kita sentiasa di rahmati & diredhai Allah SWT.
Baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, the Book of The Virtues, ms. 327, Hadis #1883. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment