Page List

Saturday, 12 November 2022

Surah Al-Fatihah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

Berikut adalah 7 ayat Al-Fatihah seperti berikut.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ ٱ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment