Page List

Wednesday, 21 May 2025

Syafaat Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Ini berdasarkan daripada Hadis yg diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Ertinya: "Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya."
Sahih Muslim, hadis no. 804. [1]

Syafaat merupakan pembelaan yg paling diperlukan ketika berada di Padang Mahsyar kerana pada waktu ini, segala harta dan anak pinak tidak lagi berharga. Tiada bantuan yg boleh diharapkan pada hari tersebut melainkan Al-Quran yg datang membawa syafaat sebagai pembela yg mempertahankan pembacanya.

Mari kita membaca Al-Quran dan jadikan ia rutin dalam hidup kita.

Semoga perkongsian bermanfaat dan sentiasa dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 2, The Book Of The Virtues, hadis no. 804, ms. 323. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment