Page List

Tuesday, 22 September 2026

Al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah adalah kitab berisi penjelasan aqidah Salaf Ahlul Hadith yang ditulis oleh Imam Abul Hasan Al-Asyaari setelah beliau bertaubat dari pemikiran Muktazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anut selama empat puluh tahun. Selepas peristiwa mengejutkan di Masjid Jamek Kota Basrah, saat beliau melepas jubah sambil berkata: “Aku melepaskan seluruh aqidah yang ku yakini dahulu seperti aku melepas jubahku ini”, beliau terus aktif menulis bantahan terhadap pemikiran dan aqidah kaum Muktazilah.

Salah satu di antara karya penting beliau di dalam memutihkan pegangan beliau adalah buku Al-Ibanah ‘an Usul ad-Diyanah ini. Kitab al-Ibanah adalah kitab terakhir yg dikarang beliau. Kitab ini membuktikan kebenaran taubat Imam Abul Hasan Al-Asyaari dari pemikiran Muktazilah dan bukti bahawa beliau adalah seorang pengikut manhaj salaf sejati. Ia bagaimana pun sempat mengundang polemik apabila ada pihak yang tidak dapat menerima Al-Ibanah sebagai kitab karangan beliau yang terakhir. Bahkan ada yang berpandangan segala pegangan beliau di dalam Al-Ibanah dibuat kerana taqiyah dan tidak mewakili pegangan beliau yang sebenar.

Penjunjung tauhid sifat 20 sanggup mengatakan bahawa kitab al-Ibanah ini telah diubah isinya oleh orang yg mereka gelar 'wahabi'. Saya yakin tuduhan ini tidak benar sama sekali.

Mengapa Mereka Penjunjung Tauhid Sifat 20 Menolak Kitab al-Ibanah?

Jawapannya mudah ... disebabkan oleh Imam Abu Hasan dgn jelas menegaskan yg Allah berada di atas arasy. (Berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran: Klik di sini untuk keterangan lanjut).

Snapshot dari kitab al-Ibanah tentang keberadaan Allah;
Kitab al-Ibanah, ms. 195. [1]


Rujukan:
[1] Imam Abu Al-Hasan (Ali bin Ismail Ash'ari). Translated by Abu Mohamed Mosdtafa Lamci. Al-Ibanah Fi Osoul Ad-Diyanah, ms. 195. Dar Makkah International Publishing And Distribution.

No comments:

Post a Comment