Page List

Friday, 11 September 2026

Mengapa Tidak Setuju Allah SWT Berada Di Atas Arasy?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Mengapa enggan akui Allah SWT berada di atas arsy?

Dalam pengajian sy, tidak akui Allah di atas arasy mungkin hanya disebabkan oleh kepercayaan mereka (Penjunjung sifat 20) dgn sifat pertama iaitu Wujud.

Mengikut penjunjung sifat 20, maksud sifat Wujud bagi Allah SWT ialah Allah itu pasti ada, dan keberadaan-Nya tidak bertempat, tidak bermasa, serta tidak memerlukan kepada sebarang ruang atau arah.

Jadi jelas sekarang pentafsiran sifat wujud pada mereka itu bertentangan dgn firman Allah iaitu ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ‌ yg ertinya "Ia (Allah) bersemayam di atas Arasy". Firman Allah ini disebut sebanyak 7 kali di dalam surah yg berlainan di dalam Al-Quran. Malangnya mereka memilih untuk menjunjung pentafsiran yg menggunakan kekuatan akal dari memilih mengatakan bahwa Allah berada di atas arasy.

Tuan / puan, janganlah kita menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas lalu tidak akur dgn firman Allah ini.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment