Page List

Tuesday, 14 October 2025

Di Mana Tuhan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Salah satu soalan asas mengenai ketuhanan ialah "di mana tuhan berada". Untuk menjawab soalan ini kita hanya ada satu perunjuk iaitu sumber dari Al-Quran dan Hadis yg sahih. Kita jangan sekali2 menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk mentafsir / memahami di mana Allah SWT.

Saban subuh pada hari Jumaat, masjid / surau semasa solat subuh mungkin membaca surah as-Sajadah yg mengandungi ayat no. 4 seperti di bawah.

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Ertinya: "Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Bukan setakat ayat 4 dari Surah as-Sajadah, malah terdapat banyak lagi ayat dari Al-Quran yg memmberitahu bahawa Allah SWT berada di Arsy seoerti Surah al-A'raf ayat 54 ...

إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ …

Ertinya: "“Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam diatas Arsy …".

Juga terdapat ayat2 lain di dalam Al-Quran yg menerangkan keberadaan Allah di Arsy. Sila rujuk kepada ayat2 berikut ...

  • Surah Yunus (10), ayat 3.
  • Surah ar-Ra’d (13), ayat 2.
  • Surah Thaha (20), ayat 5.
  • Surah al-Furqan (25), ayat 59.
  • Surah al-Qasas (28), ayat 14.
  • Surah Fushilat (41), ayat 11.
  • Surah an-Najm (53), ayat 6.
  • Surah dan al-Hadid (57), ayat 4.

Oleh itu jawaban untuk soalan "di mana Tuhan" ialah Tuhan (Allah SWT) berada di Arsy seperti yang Allah nyatakan di dalam kalam-Nya iaitu Al-Quran.

Tuan / puan tolong jangan sekali-kali menggunakan akal kita ayang sangat terbatas untuk memikirkan di mana Allah. Ada banyak orang yg memberi andaian atau mempersoalkan keberadaan Allah di Arsy seperti ...

  • Jika Allah berada di Arsy maka Allah memerlukan tempat lah.
  • Allah tidak memerlukan tempat.
  • Allah tidak berdara di Arsy.
  • Allah berada di mana2.
  • Dan berbagai lagi andaian ...

Tuan / puan jangan pertikaikan yang Allah berada di Arsy. Allah dengan jelas memberitahu mahluk ciptaanNya iaitu manusia bahawa Allah berada di Arsy melalui kalamNya iaitu Al-Quran. Mengapa kita mahu pertikaikan? Jangan sekali-kali menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk menyatakan atau memperincikan keberadaan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita semua berada di dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment