Page List

Wednesday, 24 April 2024

Lafaz Takbir Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Aaminn.

Lafaz takbir Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah sama.

Lafaz takbir raya yg biasa dibacakan adalah seperti ini. Mungkin boleh bahagikan kpd Lafaz No. 1 & Lafaz No. 2.

Lafaz No. 1:

Jika berjemaah, lafaz ini akan dimulakan oleh Imam dan kemudian diikuti oleh makmim beramai2. Lafaz ini diulang sebanyak 3X.

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Maknanya:
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"
"Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah dan Allah Maha Besar"
"Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

Lafaz No. 2:

Selesai mengulang 3X lafaz di atas, Imam akan membaca lafaz No. 2di bawah bersendirian. Makmum tidak perlu membaca lafaz No. 2 ini selepas Imam selesai membacanya. Apa yg makmum perlu lakukan adalah mengulang Lafaz No. 1 beramai2.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Maknanya:
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah"
"Maha suci Allah di waktu pagi dan petang"
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya"
"Walaupun orang-orang kafir membencinya"
"Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja, Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya"
"Dan memuliakan tenteranya"
"Serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian"
"Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar"
"Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”

Semasa bertakbir berjemaah, Lafaz No. 1 dan No. 2 ini boleh dimulakan oleh orang yg berlainan (Tidak semestinya Imam seorang).

Cara untuk 'melagukan' lafaz raya itu tidak penting.

Mungkin video berikut dapat membantu untuk membaca lafaz raya.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment