Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Aaminn.
Di bawah ini adalah contoh senario untuk takbir Hari Raya Aidil Adha.
Seorang pergi ke surau / masjid untuk solat Subuh pada 9 Zulhijjah. Selepas azan dia melakukan solat sunat qubliyah subuh dan sesudah itu berjemaah untuk solat fardhu Subuh. Selesai solat fardhu Subuh, setelah Imam memberi salam, Imam terus bertakbir raya yg diikuti beramai2 oleh makmum. Ini dipanggil takbir muqaiyad iaitu takbir raya yg berkait dgn solat. Setelah selesai bertakbir Imam & makmm berwirid dan berdoa bersama2.
Setelah habis berdoa, jemaah lain pun pulang tetapi dia tetap terus berada di surau untuk berzikir bersendirian dan selepas itu membaca Al-Quran. Selepas membaca Al-Quran dia bertakbir bersendirian sehingga di sampai ke rumahnya. Ini dipanggil takbir mursal.
Setelah masuk waktu Zohor, dia kembali ke surau lalu melakukan solat sunat qubliyah Zohor dan selepas memberi salam dia terus bertakbir bersendirian. Ini dipanggil takbir muqaiyad. Kemudian berjemaah untuk solat fardhu Zohor. Setelah Imam memberi salam, Imam terus bertakbir beramai2 dgn makmum. Ini juga dipanggil takbir muqaiyad. Selesai bertakbir, Imam berwirid & berdoa bersama makmum. Selepas itu, dia melakukan solat sunat ba'diyah Zohor dan selepas memberi salam terus bertakbir raya bersendirian. Ini dipanggil takbir muqaiyad. Selepas itu seperti biasa dia berzikir & membaca Al-Quran. Kemudia dia bertakbir raya bersendirian. Ini dipanggil takbir mursal.
Perkara sebegini ditereskan pada hari yg sama semasa solat Asar, Maghrib & Isyak.
Esoknya iaitu 10 Zulhijjah, perkara yg sama berlaku seperti semasa Subuh 9 Zulhijjah.
Disebabkan solat sunat Hari Raya Aidil Adha akan diadakan awal, dia mebuat keputusan untuk terus berada di surau untuk berzikir & membaca A-Quran. Setelah itu dia bertakbir raya bersendirian yg kemudiannya beramai2 setelah kembalinya jemaah lain balik ke surau itu. Ini juga dipanggil takbir mursal.
Takbir raya ini diteruskan sehingga Imam bersedia untuk bertakbiratul ihram solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Selesai solat Sunat Hari Raya, Imam naik ke atas mimbar untuk berkhutbah hingga selesai. Selepas itu jemaah pun bersurai. Tidak lagi bertakbir selepas itu kerana tempuh waktu takbir mursal telah tamat setelah Imam bertakbiratul ihram tadi.
Walaugaimanapun dai tetap boleh bertakbir muqaiyad selepas memberi salam (Bersendirian atau berjemaah) untuk hari2 seterusnya atau hari2 thasriq iaitu pada 11, 12, & 13 Zulhijjah. Tempuh waktu takbir muqaiyad ini tamat pada waktu Asar 13 Zulhijjah.
Point penting dari senario di atas:
- Hari Raya Aidil Adha mempunyai 2 jenis takbir iaitu takbir muqaiyad & takbir mursal.
- Takbir muqaiyad:
- Bermula dari Subuh 9 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.
- Perlu dilakukan sebaik selespas memberi salam (Salam kedua solat).
- Boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah.
- Boleh dilakukan selespas solat fardhu dan sunat.
- Takbir mursal:
- Tempoh waktu untuk takbir mursal Hari Raya Aidil Adha bermula dari selepas takbir muqaiyad solat Subuh 9 Zulhijjah.
- Tempiuh akan tamat selepas Imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya Aidil Adha.
- Selainnya mempunyai ciri2 seperti di sini.
Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kpd kita semua.
Semoga kita sentiasa diredhai Allah SWT.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment