Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Pengertian takbir hari raya ialah zikir tertentu yg dilafazkan untuk mengagungkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kita setelah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Firman Allah Taala:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
Surah al-Baqarah: 185
Bertakbir semasa hari-hari raya adalah syiar y Hukum bertakbir adalah sunat. [1}
Sebelum kita bahaskan perbezaannya eloklah kita ketahui dahulu 2 jenis takbir iaitu takbir mursal & takbir muqaiyad / muqayyad.
TAKBIR MURSAL
Takbir mursal (Juga mungkin dikenali dgn nama mutlaq) ialah takbir yg tidak mngiringi solat (Dilakukan di luar waktu solat).
Ia boleh dilakukan di mana2 seperti di rumah2, jalan2, masjid2, dan pasar2 dgn mengangkat suara.
Waktu untuk takbir mursal:
- Waktu untuk takbir mursal bagi Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha adalah sama.
- Bermula setelah tengelamnya matahri atau telah masuk waktu Maghrib pada malam Hati Raya sehingga imam bertakbiratul Ikhram untuk solat sunat Aidil Fitri atau Aidil Adha esoknya.
Nota: Disarankan untuk menunggu pengumuman Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja sebelum memulakan takbir.
TAKBIR MUQAIYAD
Takbir muqaiyad ialah takbir yg mengiringi / mengikat dgn solat fardhu. Jadi takbir muqaiyad ini hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja.
Maknanya sebaik sahaja Imam memberi salam kedua, Imama hendaklah memulakan takbir diikuiti oleh jemaaah sekalian. Ia menunjukkan yg takbir itu berkait dgn solat fardhu.
TIADA (Tidak ada) takbir muqaiyad untuk Hari Raya Aidil Fitri.
Takbir muqaiyad hanya untuk Hari Raya Aidil Adha.
Waktu untuk takbir muqaiyad:
Takbir muqaiyad yg diterangkan ini hanya berkaiatan dgn mereka yg berada di negara kita (Tidak mengerjakan ibadah haji).
Ada tiga pandangan (Khilaf) tetapi eloklah kita ikut amalan di negara kita yg berdasarkan pandangan2 itu.
- Dimulakan selepas solat Maghrib pada malam Hari Raya 10 Zulhijjah.
Nota: Pandangan lain adalah bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijjah atau selepas Zohor 10 Zulhijjah. - Diteruskan pada Hari Raya 10 Zulhijjah selespas solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Magrib & Isyak.
- Ditetruskan selespas solat fardhu pada hari2 tashriq iaitu pada 11, 12 & 13 Zulhijjah. (Takbir hendaklah dihentikan selespas solat Asar 13 Zulhijjah).
Nota: Pandangan lain adalah berhenti takbir selepas solat Subuh 13 Zulhijjah.
Untuk kefahamam selanjutnya, sila baca tentang:
Semoga memberi manfaat kpd semua dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Irsyad Al-Fatwa Haji Dan Korban Siri Ke-20: Kaifiat Dan Waktu Takbir Hari Raya Aidil Adha.
No comments:
Post a Comment