Page List

Wednesday, 24 April 2024

Takbir Hari Raya Aidil Fitri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Aaminn.

Di bawah ini adalah contoh senario untuk takbir Hari Raya Aidil Fitri.

Seorang pergi ke surau / masjid untuk solat Maghrib pada Ramadhan terakhir. Azan Maghrib dilaungkan kemudian dia bersolat sunat qubliyah Maghrib. Lalu kemudian berjemaah untuk solat fardhu Maghrib. Selesai salam, Imam berwwirid dan berdoa seperti biasa.

Lalu pengumuman dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja2 (PMBRR) iaitu Hari Raya Aidil Fitri, 1 Syawal jatuh pada hari esoknya. Lalu Imam bersema jemaah bertakbir raya beramai2. Selepas selesai bertakbir, dia pun pulang menaiki motorsikal ke rumahnya sambil bertakbir bersendirian.

Masuk waktu Isyak dia kembali ke surau dan lepas azan, dia lakukan solat sunat qubliyah Isyak. Dia kemudian berjemaah untuk solat fardhu Isyak hingga selesai. Imam berwirid & berdoa dan kemudian solat sunat ba'diyah Isyak. Selesai solat ba'diyah Isyak lalu Imam & jemaah bertakbir raya dgn suara yg kuat beramai2.

Setelah selesai, dia pulang ke rumahnya untuk membuat persediaan hari raya melakukan aktiviti seperti menyapu rumah, membersihkan sofa sambil bertakbir raya. Dia bertakbir raya hingga ke tengah malam.

Kemudian dia tidur dan bangun pada paginya. Pergi ke surau awal & lakukan solat tahyatul masjid. Kemudian bersolat sunat qubliyah Subuh dan seterusnya solat fardhu Subuh secara berjemaah.

Selesai solat jemaah fardhu Subuh, Imam pun berwirid & berdoa. Selepas habis berdoa jemaah bolehlah bertakbir beramai2. Kemudian jemaah bersurai, pulang ke rumah masing2.

Pemberitahuan awal oleh Imam bahawa solat sunat Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan pada pukul 8:30 pagi.

Oleh yang demikian para jemaah kembali ke surau awal kira2 pukul 7:30 pagi bertujuan untuk bersama2 bertakbir raya. Takbir raya ini diteruskan hingga Imam bersedia untuk bertakbiratul ihram solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.

Selesai solat Sunat Hari Raya, Imam akan naik ke atas mimbar untuk berkhutbah hingga selesai. Selepas itu jemaah pun bersurai. Tidak lagi bertakbir selepas itu.

Point penting dari senario di atas:
  • Hari Raya Aidil Fitri hanya mempunyai 1 jenis takbir iaitu takbir mursal.
  • Takbir mursal:
    • Tempoh waktu untuk takbir mursal bermula dari waktu Maghrib (Selepas pengiystiharan 1 Syawal oleh PMBRR) dan tamat selepas Imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya esoknya.
    • TIADA takbir mursal selepas Imam memberi salam solat fardhu kerana TIADA takbir muqaiyad untuk Aidil Fitri.
    • TIADA takbir mursal selepas memberi salam solat sunat contohnya solat sunat rawatib dan Dhuha.
    • Takbir mursal boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah.
    • Takbir mursal boleh dilakukan bila2 masa di luar solat dan di mana2 tempat (Kecuali tempat2 yg dilarang seperti tandas).

Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kpd kita semua.

Semoga kita sentiasa diredhai Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment