Page List

Monday, 17 July 2023

Rukun Solat & Rukun Qauli

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Solat adalah ibadah wajib yg sangat penting untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan di alhirat nanti. Oleh itu marilah kita bersama2 memeelihara solat kita dengan sentiasa memastikan segala kehendak / requirements solat itu dilaksanakan dgn betul.

Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih Riwayat al-Tirmizi: "Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada Hari Akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya baik maka dia akan berjaya dan menang, jika solatnya rosak maka dia akan rugi serta menyesal."

Makna rukun adalah KEHENDAK / REQUIREMENTS ASAS yg dilaksanakan supaya sesuatu ibadah itu menjadi SAH. Jadi kalau tak dilakukan / tertinggal salah satu atau lebih rukun2 (Perbuatan dan bacaan) maka sudah tentu ibadah akan menjadi tidak sah kecuali terdapat pengecualian (Dari segi perbuatan dan tidak dari segi bacaan) yg dibenarkan syarie.

Qauli pula adalah perkataan atau bacaan yg wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya. Seeloknya bacaan itu hanya didengari oleh telinga sendiri dan tidak sampai terdengar oleh orang ketiga di kiri atau kanan kita semasa solat berjemaah. Hukumnya adalah makruh jika orang ketiga itu boleh mendengar bacaan kita.

Pengertian rukun solat & rukun qauli.

Solat ada 13 rukun speperti diterangkan di bawah. Pada sesetengah rukun solat itu ada kaitan dengan rukun qauli.

No. Rukun Solat Rukun Qauli
1
Berdiri tegak sekiranya mampu untuk solat fardhu. -
2
Niat. -
3
Takbiratul ihram. Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan Allahu Akbar didengari telinga.
4
Membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan Surah Al-Fatihah itu didengari.
5
Rukuk dengan tamakninah.

Tamakninah adalah berhenti seketika dalam solat sekadar tempoh menyebut Subhanallah.
-
6
Iktidal dengan tamakninah. -
7
Sujud 2 kali pada setiap rakaat dengan tamakninah. -
8
Duduk antara 2 sujud dengan tamakninah. -
9
Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah. -
10
Membaca tasyahud akhir. Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan tasyahud akhir didengari telinga.
11
Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir. Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan selawat didengari telinga.
12
Membaca salam yang pertama. Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan salam didengari telinga.
13
Tertib (Mengikut turutan). -


Diharap perkongsian ini bermanfaat. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua. Aaminn.

Rujukan:
1. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Panduan Ringkas Sifat Solat Nabi SAW.
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2022. 13 Rukun Solat.
3. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.

والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 3 June 2023

Kalimah Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
Kalimah Allah inui hanya milik umat islam dan bukan Islam tiada hak untuk menggunakannya dalam bentuk apa sekalaipun.

Apa tujuan sebenar yang bukan Islam itu beria-ia mahu menggunakan kalaimah Allah dalam penerbitan mereka? Mungkin dalam penerbiat injil mereka?

Dalam tanggapan saya tujuan mereka itu adalah tidak lain hanya untuk megelirukan umat Islam sahaja tentang siapa Allah SWT sebenarnya dan seterusnya memesongkan akidah umat Islam.

Allah SWT adalah tuhan untuk setiap mahluk di dunia ini. Allah bukan sahaja tuhan untuk umat islam tetapi juga untuk semua penganut agama lain sperti Budha, Kristian, Hindu dan lain2 termasuk haiwan / binatang dan sebarang makhluk di tanah dan di air.

Kita boleh kenali Allah SWT dengan memahami Surah al-Ikhlas.

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah tempat meminta segala sesuatu; Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Kesimpulannya untuk sesiapa yg mahu menggunakan kalimah Allah itu mestilah memperakui bahawa

  • Allah itu adalah satu, esa dan tiada ys serupa dgn-Nya.
  • Tidak ade tuhan lain yg boleh kita meminta selain dari-Nya.
  • Allah tidak beranak seperti kepercayaan agama kristian yg mempercayai bahawa Nabi Isa itu anak tuhan, ini adalah kufur.
Jadi kpd sesiapa yg mahu menggunakan kalimah Allah hendaklah percaya sepenuh hati bahawa Allah itu satu, esa, tiada yg serupa dgn-Nya, tiada tempat lain untuk meminta selain dari-Nya dan Allah itu tidak beranak dan diberanakkan.

Jika mempercayai selain daripada ini maka pengunaan kalimah Allah itu adalah satu pemesongan, penipuan dan mempunyai agenda tersembunyi mungkin berniat jahat contohnya untuk mengelirukan umat Islam.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita, keluarga kita dan seluruh umat Islam daripada golongan2 yang sentiasa mahu merosakkan akidah umat Islam. Aaminn.

Ibadah Korban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Aaminn.

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan juga dikenali dgn Hari Raya haji pada 29 Jun 2023.

Hari Raya Aidil Adha ini adalah sinonim dgn ibadah haji dan juga ibadah korban.

Melalui ibadah korban ini, kita dapat menghayati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kpd anaknya, Nabi Ismail a.s. Pada mulanya, Nabi Ibrahim bermimpi supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail lalu mimpi tersebut diceritakan kpd anaknya. Sebagai seorang nabi yg diutuskan Allah SWT untuk mentaati suruhan-Nya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menurut perintah tersebut. Akhirnya Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor haiwan iaitu kibash sebagai ganti sembelihan yg dilakukan. Jadi di sini dpt kita renungkan bahawa begitu besar pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya kerana baginda sanggup mengorbankan anaknya sendiri semata2 mematuhi perintah yg Allah turunkan padanya. Maka dgn demikian Allah telah mensyariatkan Ibadah Korban kpd umat Islam.

Ibadah Korban. Apa tujuannya?

Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Apakah pengertian ibadah korban?

Ibadah korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yg dilakukan pada Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah (Selepas selesai solat hari raya) dan pada hari2 Tasyrik berikutnya iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?

Hukum melaksanakannya adalah sunat mu’akkadah, iaitu sunat yg sangat dituntut melakukannya.

Ia berlainan dgn korban wajib seperti korban atas dasar wasiat, korban nazar dan korban Ta’yin, iaitu korban yg diniatkan ke atas binatang tertentu.

Apakah syarat2 melaksanakan ibadah korban?

  • Beragama Islam.
  • Baligh.
  • Berakal.
  • Berkemampuan.
  • Merdeka.
Apakah dalil pensyariatan ibadah korban?

Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s yg telah digantikan dengan seekor Kibas dengan kuasa Allah SWT, maka Allah telah mensyariatkan ibadah korban kpd umat Islam.

Ianya berdasarkan firman Allah SWT.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyg kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)

Juga Allah SWT berfirman pada Surah Al-Hajj: 34:

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ

Yg bermaksud: “Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yg telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yg Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yg tunduk patuh kepada Allah.”

Nabi SAW juga telah bersabda.

“Tidak ada suatu amalan yg paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ternyata ibadah korban adalah ibadah yg dituntut oleh orang yg berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yg memerlukan.

Apakah fadhilat melaksanakan ibadah korban?

Berikut adalah contoh2 fadhilat yg kita akan perolehi.

  • Penebus dosa kecuali dosa besar.
  • Mendapat hasanah (Kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yg mulia di sisi Allah Ta‘ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.

Aapakah ciri2 haiwan korban?

  • Haiwan ternakan sahaja.
  • Sihat.
  • Tidak Cacat.
  • Telah mencapai tahap umur minimum.
  1. Unta (5 tahun dan ke atas).
  2. Lembu / Kerbau (2 tahun dan ke atas).
  3. Kambing (Genap 2 tahun atau sedang masuk tahun ketiga).
  4. Kambing Biri-Biri (Genap 1 atau sedang masuk tahun kedua).

Akhir kata, marilah kita merebut peluang untuk menyertai ibadah korban dgn fadhilat2 yang disebutkan di atas. Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan kita.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 2 June 2023

LGBT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

LGBT merupakan satu akronim yang merujuk kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Dan sekarang ini huruf ‘Q’ telah ditambah yang bermakna questioning yg bermaksud seseorang yg mempersoalkan identiti jantina nya.

Apakah hukum terhadap LGBT ini?

Hukumnya adalah jelas iaitu haram.

Hendaklah kita menjelaskan pendapat kita kpd sesiapa yg bertanya tentang perkara ini.

Soalam: Apakah pandangan anda tentang LGBT?

Jawaban: Ia adalah haram. Tiada kompromi di sini.

Elakkan untuk respond yg menununjukkan kita agak bersetuju atau tidak menetang dengan golongan LGBT ini. Contoh response yg perlu dielakkan ... biaralah mereka dgn pilihan mereka, saya bukan orang yg tepat untuk menjawab soalan ini sila tanya pihak berwajib, takpe kot, dia orang tak kacau orang lain so ok lah, etc etc. Jika ande respond sebegini mungkin anda secara direct atau indirect meyokong golongan LGBT. Nauzubillah.

Islam jelas melarang dan melaknat golongan LGBT ini. Haram hukumnya untuk melakukan pembedahan menukar jantina, melakukan hubungan jenis sesama lelaki atau perempuan, lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina (LGBT) bukan merupakan isu baru. Sebaliknya, Allah SWT telah menjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a.s. Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana firmanNya dalam Surah al-A'raf ayat 80 – 84, yang bermaksud.

“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan".

Larangan terhadap LGBT ini juga dijelaskan dgn hadis2 dari oleh Rasulullah SAW.

Jabir bin Abdillah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إنَّ أخوَفَ ما أخافُ على أمتي عملُ قومِ لوطٍ

“Sesungguhnya yang paling aku takut ditimpa kepada umatku amalan seperti kaum Lut.”

Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir menyebut: Umat Islam telah bersepakat bahawa perbuatan liwat termasuk dosa besar yang diharamkan oleh Allah S.W.T:

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٥﴾ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki di kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) daripada badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”
(Surah al-Syu’ara: 165-166)

Selain melaknat hubungan sesama jantina, Islam juga melarang keras lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya (tasyabbuh). Hukum tasyabbuh adalah haram dan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie melalui lisan Nabi S.A.W:

عن ابن عباس رضي الله عنهما: قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال.

“Daripada Ibn Abbas R.A berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan golongan perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syara’.

Apa golongan LGBT ini harus lakukan adalah segera mendapatkan nasihat dan bertaubat balik ke pangkal jalan sepetri firman Allah SWT di dlam Surah al-Zumar, ayat 53.

قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Semoga Allah memelihara kita khususnya umat Islam daripada ajaran songsang LGBT ini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Monday, 1 May 2023

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Usrah35 ingin mengambil kesempatan utk megucapkan hari pekerja kpd semua.

Kiat pergi bekerja contohnya pada waktu pagi dan pulang pada waktu ptg / malam itu insyaAllah akan memenuhi hajat kita contohnya untuk mendapatkan gaji, bayar itu dan ini, atau mahu pergi melancung. Tetapi sangat beruntunglah seseorang itu jika berniat bekerja itu adalah ibadat dgn cara berniat kerana Allah SWT.

Seperti sabda Nabi SAW ...

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)].

Marilah kita bersama2 berniat bekerja itu adalah satu ibadat kerana Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan hadis: Irsyad Al-Hadith Siri ke-142: Niat Seorang Mukmin Lebih Baik Daripada Amalannya (2016). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Friday, 21 April 2023

Meraih Hasil Tarbiah Ramadan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.

Hari ini adalah hari akhir Ramadhan untuk tahun ini 1444 Hijrah maka terbenam matahari pada hari ini genaplah kita berpuasa selama 30 hari, insyaAllah.

Hari ini Jumaat 21 April 2023 dan bertepatan dgn hari akhir Ramadhan (30 Ramadhan 1444), khutbah jumaat hari ini menyentuh tetang satu perkara yg penting iaitu adakah kita semua dapat meraih hasil tarbiah Ramadhan. Petikan khutbah yg disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapatlah saya list kan point2 penting untuk kita muhasabah diri seperti berikut.

  1. Takwa merupakan tujuan yang menjadi ukuran keberhasilan daripada ibadah puasa atau apa yang disebutkan hari ini sebagai Key Performance Indicators (KPI). Justeru, bagaimana dengan prestasi iman kita kian berakhirnya Ramadhan ini? Satu soalan yg sgt baik untuk ditanya kpd diri sendiri kerana kita sgt khuatir dgn sabda Nabi SAW iaitu:

    "Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang qiam itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan hanya berjaga malam.” (Riwayat Ibnu Majah).

    Apa yg dimaksudkan dgn Takwa? Menurut Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu: “Takwa itu adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

    Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa takwa dari sudut zahirnya ialah menjaga had atau batasan syarak dan pada batinnya ialah keikhlasan hati beramal ibadah.

  2. Teruskan momentum Ramadhan ke bulan2 yg mendatang dgn fokus yg tepat untuk ibadah wajid dan memperbanyakkan yg sunat. Sebagai contoh ... Solat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat digalakkan dalam pelaksanaannya? Apakah kita melaksanakannya secara bersendirian atau berjemaah? Apakah dilaksanakan berjemaah tanpa disempurnakan dengan solat witir? Apakah langsung kita tidak mengambil penting dengannya? Terkadang kita lebih teruja melaksanakan solat sunat terawih sedangkan solat lima waktu diringan-ringankan kewajipannya.

    Fokus adalah untuk ibadah wajib seperti solat 5 waktu dan berjemaah di masjid / surau dan kita perbanyakkan segala amalan sunat seperti solat rawatib.

  3. Point no. 3 ini adalah yg paling penting untuk kita semua iaitu kita hendaklah menyedari bahawa tanda diterima ibadah puasa ialah istiqamah atau konsisten beramal ibadah selepas berakhirnya Ramadhan.


Marilah kita bersama2 bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini dan yg paling penting adalah terus istiqamah dgn fokus yg tepat terhadap amalan ibadah kita untuk bulan2 seterusnya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan: Khutbah Jumaat 21 April 2023, Meraih Hasil Tarbiah Ramahan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Didoakan Malaikat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Beruntungnya orang beriman didoakan Malaikat.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ghaafir ayat 7:

﴿الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Maksudnys: "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala."

Pengajaran:

1. Malaikat yang memikul ‘Arasy dan para malaikat yang ada di sekelilingnya sentiasa menyucikan Allah, mengucapkan syukur atas nikmat-Nya.

2. Para malaikat memohonkan keampunan bagi orang yang mengakui keesaan dan kesucian Allah dari sembahan selain-Nya.

3. Malaikat juga memintakan keampunan kepada Allah bagi orang-orang yang bertaubat, serta menghentikan perbuatan dosa dan maksiat yang telah dilakukan.

4. Malaikat juga memohon agar orang-orang mukmin itu dilindungi dari siksa neraka Jahanam.

5. Ada beberapa golongan yang malaikat mendoakan mereka, iaitu *orang yang bersedekah*, *orang yang menunggu waktu solat*, *golongan yang mengajar kebaikan* dan *orang yang menziarahi org lain kerana Allah*.

a)Orang yang *bersedekah* akan menerima doa daripada para malaikat. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).”

b) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesungguhnya para malaikat mendoakan ke atas mereka yang *menunggu solat* di tempat solatnya selagi mana dia berada dalam keadaan suci. Doa malaikat: Ya ALLAH ampunkanlah dirinya dan rahmatilah dirinya.”

c) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya serta ahli langit dan bumi sehinggakan semut dalam batu dan ikan di lautan mendoakan *orang yang mengajarkan kebaikan*.”

d) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesiapa yang *melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLAH* maka nanti akan diseru dengan kata-kata: engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”

6. Ayuh, mari kita membanyakkan memohon keampunan pada hari terakhir dalam bulan mulia ini agar kita termasuk golongan yang didoakan malaikat. Semoga kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab serta dijauhkan dari azab api neraka, amin ya Rabb.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 20 April 2023

Doa Menaiki Kenderaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mari kita bersama2 bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dgn limpah rahmatNya kita dapat mengharungi Ramadhan hingga ke penghujung dan marilah kita bersama2 berdoa agar kita dipertemukan lagi dgn Ramadhan2 akan datang. Salam & selawat juga kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW semoga kita semua diberikan syafaat di akhirat nanti. Aminn.

Mungkin ramai antara kita yg mahu pulang ke kampung untuk berhari raya dgn ayah dan ibu serta ahli keluarga menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Sebelum bergerak eloklah membaca doa perjalanan seperti di bawah semoga perjalanan kita selamat dan sampai ke distinasi yg dituju, insyaAllah.
Doa menaiki kenderaan:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf: 13 & 14)

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Aminn.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 18 April 2023

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023 (1444H)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji hanya milik Allahhu Rabbi.

Marilah kita bersyukur dgn segala nikmat yg tidak terukur yg telah diberikan. Nikmat iman, nikmat islam, sampai nikmat sihat walafiat sehingga kita mampu untuk mengharungi Ramadhan hingga ke penghujungnya, insyaAllah.

Selawat serta salam kpd Nabi Muhammad SAW serta seluruh keluarganya, sahabatnya dan kita selaku umatnya yang mengikuti sunnah-sunnahnya semoga mendapatkan syafaatnya. Aminn.

Dalam 2 ke 3 hari lagi, kita semua insyaAllah akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan disini Usrah35 mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan kpd semua ...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
& MAAF ZAHIR BATIN



SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN KITA.



Monday, 17 April 2023

Solat Sunat Hari Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramadhan hinga menjelang Syawal.

Hanya tinggal 3 atau 4 hari lagi Ramadhan tahun ini akan berlalu pergi dan bila menjelang 1 Syawal kita semua insyaAllah akan menunaikan solat sunat hari raya di pagi hari.

Solat Aidil Fitri

Solat sunat Hari Raya ini terbahagi kpd 2 iaitu solat sunat Hari Raya Fitrah (Aidil fitri) yg dikerjakan pd 1 Syawal dan solat sunat Hari Raya aidil Korban (Aidil Adha) yg di kerjakan pada 10 Zulhijjah.

Waktu untuk mengerjakan kedua2 solat sunat ini adalah bermula dari terbit matahari sehingga iainya tergelincir.

Hukum kedua2 solat Hari Raya ini adalah sunat muakkad terhadap kaun lelaki dan wanita yg bermukim atau bermusafir. Solat ini boleh dikerjakan secara individu tetapi adalah digalakkan untuk dikerjakan secara berjemaah.

Jumalh rakaat adalah 2.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya

Pada pagi 1 Syawal, di sunatkan untuk kita mandi sunat Hari Raya. Selepas itu pergilah ke masjid / surau untuk Solat fardhu subuh berjemaah. Biasanya solat sunat Hari raya ini akan bermula pd jam 8 pagi (Sila check jadual di masjid / surau di kawasan anda). Biasanya solat akan dikerjakan di masjid atau surau atau mungkin juga di kawasan lapang. Sementara menunggu waktu solat itu eloklah kita bertakbir beramai2.

Rakaat Pertama

Seperti solat yg lain, solat sunat Hari Raya dimulakan dgn niat seperti dibawah:

أصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah SWT."
Tanggapan sy adalah kita semua sebagai makmum. Jika seorang imam, sila tukar مَأْمُوْمًا kepada اِمَامًا.

Selepas itu, seperti solat2 berjemaah yg lain, kita akan mengikut imam untuk lakukan takbiratul ihram (الله أكبر) dan seterusnya membaca Doa Iftitah. Selesai doa iftitah, kita akan mengikut imam untuk bertakbir sebanyak 7 kali dgn lafaz tasbih setiap takbir seperti berikut.

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maksudnya: "Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar." Selesai takbir & lafaz tasbih ke-7, kita akan membaca Al-Fatihah (Wajib baca). Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum lebih afdhal dibaca setelah imam selesai membaca surah al-Fatihah. Setelah itu imam akan membaca surah pilihan. Selepas itu, imam akan rukuk dan menyempurnakan rukun2 solat seperti biasa dengan diikuti oleh makmum.

Rakaat Kedua

Sebaik sahaja imam bangkit berdiri tegak untuk rakaat kedua, imam akan bertakbir dan diikuti makmum sebanyak lima (5) kali takbir. Sama seperti di rakaat pertama, kita akan melafazkan tasbih di antara takbir. Selepas itu imam akan membaca Al-Fatihah (Wajib juga dibaca oleh makmum) diikuti dgn surah pilihan. 5elepas itu, imam akan rukuk, sujud dan seterusnya sehingga selesai memberi salam.

Nota:
  • Secara urmumnya solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sama dari segi rukun dan syarat solat fardu (Seperti rukun sah solat & rukun kauli), kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap2 takbir.
  • Sekiranya seseorang terlupa atau mengerjakan solat hari raya tanpa takbir yang disunatkan, solatnya tetap sah.

Untuk solat Hari Raya yang dilaksanakan secara berjemaah, imam akan terus bangun, naik ke mimbar dan menghadap makmum lalu membaca Khutbah Hari Raya Aidilfitri. Walaupun hukum khutbah itu adalah sunat sahaja, kita digalakan untuk terus duduk dan mendengar khutbah itu dan berdoa bersama2.

Untuk memeudahlan lagi pemahaman tentang solat sunat Hari Raya ini, saya sertakan youtube dari Ustaz Kazim Elias.



Semoga Allah SWT memudahan urusan kita untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya. Aminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
1. Muhammad Fahmi Rusli (2020), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-155: Hukum Hakam Pelaksanaan Solat Hari Raya Aidil Fitri Di Rumah.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2020). Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah.
3. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.