Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Aaminn.
InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan juga dikenali dgn Hari Raya haji pada 29 Jun 2023.
Hari Raya Aidil Adha ini adalah sinonim dgn ibadah haji dan juga ibadah korban.
Melalui ibadah korban ini, kita dapat menghayati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kpd anaknya, Nabi Ismail a.s. Pada mulanya, Nabi Ibrahim bermimpi supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail lalu mimpi tersebut diceritakan kpd anaknya. Sebagai seorang nabi yg diutuskan Allah SWT untuk mentaati suruhan-Nya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menurut perintah tersebut. Akhirnya Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor haiwan iaitu kibash sebagai ganti sembelihan yg dilakukan. Jadi di sini dpt kita renungkan bahawa begitu besar pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya kerana baginda sanggup mengorbankan anaknya sendiri semata2 mematuhi perintah yg Allah turunkan padanya. Maka dgn demikian Allah telah mensyariatkan Ibadah Korban kpd umat Islam.
Ibadah Korban. Apa tujuannya?
Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.
Apakah pengertian ibadah korban?
Ibadah korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yg dilakukan pada Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah (Selepas selesai solat hari raya) dan pada hari2 Tasyrik berikutnya iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?
Hukum melaksanakannya adalah sunat mu’akkadah, iaitu sunat yg sangat dituntut melakukannya.
Ia berlainan dgn korban wajib seperti korban atas dasar wasiat, korban nazar dan korban Ta’yin, iaitu korban yg diniatkan ke atas binatang tertentu.
Apakah syarat2 melaksanakan ibadah korban?
- Beragama Islam.
- Baligh.
- Berakal.
- Berkemampuan.
- Merdeka.
Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s yg telah digantikan dengan seekor Kibas dengan kuasa Allah SWT, maka Allah telah mensyariatkan ibadah korban kpd umat Islam.
Ianya berdasarkan firman Allah SWT.:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyg kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)
Juga Allah SWT berfirman pada Surah Al-Hajj: 34:
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ
Yg bermaksud: “Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yg telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yg Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yg tunduk patuh kepada Allah.”
Nabi SAW juga telah bersabda.
“Tidak ada suatu amalan yg paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).
Ternyata ibadah korban adalah ibadah yg dituntut oleh orang yg berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yg memerlukan.
Apakah fadhilat melaksanakan ibadah korban?
Berikut adalah contoh2 fadhilat yg kita akan perolehi.
- Penebus dosa kecuali dosa besar.
- Mendapat hasanah (Kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
- Mendapat kedudukan yg mulia di sisi Allah Ta‘ala.
- Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
Aapakah ciri2 haiwan korban?
- Haiwan ternakan sahaja.
- Sihat.
- Tidak Cacat.
- Telah mencapai tahap umur minimum.
- Unta (5 tahun dan ke atas).
- Lembu / Kerbau (2 tahun dan ke atas).
- Kambing (Genap 2 tahun atau sedang masuk tahun ketiga).
- Kambing Biri-Biri (Genap 1 atau sedang masuk tahun kedua).
Akhir kata, marilah kita merebut peluang untuk menyertai ibadah korban dgn fadhilat2 yang disebutkan di atas. Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan kita.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment