Page List

Tuesday, 13 December 2022

Lama Sangat Tunggu Giliran Unruk Buat Haji. Apa Pilihan Yang ada? Part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Berikut adalah pilihan yang mungkin anda fikirkan ...

Pilihan 1: Terus merayu.

Pastikan anda terus merayu pada TH bila masa rayuan dibuka pada setiap tahun. Ade banyak contoh surat rayuan di Google yang anda boleh ambil. Teruskan merayu walau setiap tahun. Pada massa yang sama patikan junlah wang terkumpul di dalam akaun tabung haji sudah mencukupi. Sila rujuk pada TH untuk jumlah tabungan ynag kene ade.

Saya tegaskan di sini tolong jangan layan TH macam bank commercial. Maksud saya jangan asyik keluar dan masuk duit, biarkan duit tu di situ sebagai bukti tabungan dan untuk tunjukkan yang anda serious dengan niat anda tu. Kalau nak juga masuk & keluar duit, saya nasihatkan lebih baik buka akain di bank, contoh Bank Islam and anda boleh melakukan transaksi sekerap yang anda mahu. Sila terus mencuba dan terus berdoa.

Pilihan 2: Gunakan pakej swasta tapi guna kouta TH.

Setelah berjaya submit surat rayuan di kaunter TH, anda akan diberi slip penerimaan rayuan. Simpan slip ini elok2.

Biasanya pakej swasta ini dibuat oleh travel agen contohnya Andalusia, Rehal, MKM dan sebagainya yang diberi lesen oleh TH sebagai pengelola jemaah haji (PJH). Pilihlah travel agen yang anda yakin.

Pergilah ke travel agen yang anda pilih tu dan terangkan pada mereka yang anda mahu menunaikan haji menggunakan pakej mereka dan bagikan pada mereka salinan surat rayuan dan slip penerimaan rayuan dari TH tu. Sekarang travel agen tu akan merayu kepada TH untuk diri kita untuk slot pakej swasta. Mereka ni travel agen kalau tak silap saya memang ade kouta mereka diberi oh TH dan juga kalau ade kouta tambahan yang diberi oleh Arab Saudi juga mungkin akan diedarkan oleh TH ke travel agen swasta ni, so mungkin rezeki anda boleh dapat slot TH tu. Segala urusan dengan TH akan dibuat oleh travel agent tu. Jika berjaya anda akan dihubungi oleh travel agent tu untuk urusan selanjutnya. Mungkin kos pilihan ni sangat tinggi berbanding muassasah kelolaan TH. Mungkin sekarang minima RM 30 - 40 ribu kot seorang selepas kobid ni (Boleh berurusan terus dgn travel agen untuk angaran kos sebenar). Yelah name pun pakej swasta. Jadi kena lah ade kekuatan kewangan.

Apa yang boleh dikatakan di sini ialah peluang anda untuk dapatkan slot haji mungkin menjadi lebih cerah dengan pilihan no. 2 ni berbanding dengan pilihan no. 1.

Sila mencuba dan terus berdoa.

Pilihan 3: Visa Furada.

Dari pembacaan / selidikan saya, visa haji furada ni dikeluarkan terus oleh Arab Saudi dan disalurkan ke Kedutaan mereka. Visa furada atau visa jemputan ini adalah hak kedutaan tu so dia nak bagi kat sesape yang día nak lah. Ia langsung tidak melalui TH. TH tiada tanggung jawab disini jika berlaku apa2. TH tak tahu pun berapa banyak visa jenis ni yang dikeluarkan oleh kedutaan tu. Malangnya furada ni telah dikomersialkan macam komoditi, tinggi demand tinggi lah harganya. So berapa harganya, RM50 ribu, RM60 ribu, sila check sendiri. Ia diuruskan oleh penganjur dan travel agen swasta.

Di ingatkan di sini tiada kepastian pada visa furada, risikonya sangalah tinggi. Resiko untuk kena tipu pun ade. Biasa dengarkan jemaah haji yang terkandas di KLIA dan jika terlepas di KLIA pun akan tersangkut di Jeddah airport sebab gagal di immigration kat airport tu. Duit dah banyak habis tapi hajat tak terlaksana.

Kos visa furada ni sangatlah tinggi dan saya masih ingat lagi, kalau tak silap saya deposit RM16 ribu untuk dapatkannya dari satu travel agen, pengelola jemaah haji (PJH) yang ade lesen dari TH. Tapi alhamdulliah saya dapat slot kouta tambahan pakej swasta dari TH untuk tahun tu. So duit RM16 ribu tu saya top up jadi total kos pakej haji saya. Syukur alhamdulillah sangat2.

Kalau anda mahu mencuba pilihan furada ni sebaiknya pilihlah travel agen yang dilesen oleh TH sebagai PJH dan saya tegaskan disini dengan memilih PJH tu pun tiada guarantee / kepastian yang anda boleh pergi haji atau dapat visa furada tu atau tidak dihampakan . Saya sangat sedih apabila ketahui seramai 380 bakal jemaah stranded kat KLIA tahun lepas 2021. Bayangkan kalau salah seorang dari mereka tu adalah anada atau salah soerong dari keluarga anda. Sila baca cerita tentang mereka yg disiarkan dlm Berita Harian pada 7 July 2022 di link ini 380 bakal haji terkandas di KLIA.

Fikir betul2 dan berhati2 jika mahu pilih cara ini. Semoga Allah permudahkan urusan anda semua.

Pilihan 4: Yang belum kahwin, cari pasangan yang gilirannya dah dekat, memang berbaloi.

Mungkin ini polisi TH, kalau isteri dapat, secara automatik suami akan dapat temankan isteri pergi bersama tunaikan haji. Rezeki la tu. So sape2 yang baru nak kahwin atau nak kahwin lagi satu, jadikan kriteria ni iaitu ‘giliran tunai haji’ sebagai added advantage untuk pilih bakal isteri. Tak salah kan buat macam ni. So tanya día bila giliran naik haji dan kalau día kata tahun depan … kahwin la cepat2. Memang berbaloi2.

Pilihan 5: Melalui negara lain (Guna kuota negara itu) contohnya Thailand.

Saya ade terbaca jugak tentang perkara ni. Tidak boleh pastikan kesahihannya. Memang betul jemaah haji dari Thailand ni sikit saje. Masih boleh ingat masa pegi haji dulu, masa di Mina khemah (Maktab) jemaah haji Malaysia penuh padat macam sardin tapi bile kita pegi khemah Thailand sangat kurang orang, ingat boleh main takraw dalam khemah tu. Kita pergi khemah Thailand tu sebab nak pakai toilet diaorang yang mudah dapat, kalau nak dapatkan toilet yang ade kat khemah Malaysia …. kena tunggu giliran lebih kurang 45 minit lama tu, queue panjang sangat.

Terlampau banyak perkara pelik dan sangat berisiko tinggi disini. Contohnya kita mungkin disediakan passport Thailand, identiti Thailand ataupun menggunakan passport kita yang disokong dengan dokumen dari Thailand dan semua urusan kita akan diuruskan oleh orang tetentu di Thailand tu (Selatan Thailand?), cuma sediakan saje duitnya. Sangat2 berisiko tinggi. Sangat mustahil cara sebigini boleh berlaku.

Katalah boleh berlaku macam ni, sudah tentu berduyun2 orang Malaysia pergi Thailand untuk dapatkan kouta haji mereka.

Saya cadangkan lupakan saje pilihan ini. Nanti duit lesap kita ke lokap diaorang.

Tolong jangan terpengaruh kalau anda terbaca kat mane2 tentang cara ni.

Pilihan 6: Musim unrah terakhir sebelum musim haji bermula.

Dari perkiraan saya, ini pilihan yang mampu berjaya dan berisiko rendah atau tiada.

Sila tunggu Part 3.

No comments:

Post a Comment