Page List

Saturday, 20 April 2024

Apa Itu Riba

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Gambar hiasan dari portal muftiwp.gov.my

Alhamdulillah disebabkan Allah SWT memberi kekuatan kpd Mufti Wilayah Persekutuan kerana mengeluarkan panduan Irsyad Hukum #823 pada 8 Januari 2024, yang boleh digunakan bagi mereka yg bekerja di bank konvensional. Syabas kepada Mufti Wilayah Persekutuan!

APA ITU RIBA?

Mengikut definasi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dari segi syar’, riba bermaksud “tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak yang lain tanpa mendapat imbalan yang wajar”. [1]

Secara ringkasnya, riba adalah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh pembayaran dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (Barang ribawi). Maksud barang ribawi ialah barang2 yang boleh mendatangkan riba jika tidak dijual-beli dgn betul seperti kereta, rumah, barangan perabut / elektrik, servis perkhidmatan, mahupun barangan makanan sperti tepung & gula.

JENIS-JENIS RIBA

Secar umumnya riba terbahagi kpd 2 yg utama iaitu riba yg berkaiatan dgn urusan jual beli yg dipanggil riba al-buyu' dan riba yg berkaiatn dgn hutang piutang yg dikenali sebagai riba al-duyun. [2]
  1. Riba al-buyu':
    Riba al-buyu' ialah riba yang berlaku dalam akad jual beli barang ribawi dalam 2 keadaan. Pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yamg sama jenis dgn berbeza kadar berat atau kuantiti. Keadaan yg kedua ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yg berlainan jenis tetapi sama illah nilainya secara tertangguh (Berlaku bukan pada masa yg sama).
    • Contoh bagi keadaan pertama:
      • Menukarkan 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi; kedua-duanya adalah beras, walaupun berlainan kualiti, pertukaran mesti pada berat yang sama. Lebihan berat adalah riba.
    • Contoh bagi keadaan kedua:
      • Seseorang hendak menukarkan 1 kg beras dengan 4 kg jagung. Ketetapan tersebut terjadi karena pada saat itu harga 1 kg beras sama dengan 4 kg jagung. Namun, pada saat transaksi (Yang tertangguh) mereka tidak memeriksa harga kedua barang itu, mungkin sudah berubah. Kegiatan tersebut menjadi riba karena mungkin harga 1 kg beras di kemudian hari tidak sama dengan 4 kg jagung

  2. Riba al-duyun:
    Riba al-duyun ialah riba yang berlaku dalam akad pinjaman hutang yg berlaku dalam 2 keadaan. Pertama apabila kadar atau manfaat tambahan yg disyaratkan ke atas pinjamam pokok. Keadaan kedua ialah apabila kadar atau manfaat tambahan lebih dari pinjamam pokok yg dikenakan ke atas peminjam akibat gagal membayar jumlah pinjamam yg ditetapkan dalam tempoh yg dipersetujui.
    • Contoh bagi keadaan pertama:
      • A meminjamkan duit RM1000 kepada B dan meletakkan syarat bahawa B mesti memulangkan balik sebanyak RM1200 nanti. Lebihan RM200 tersebut adalah riba.
    • Contoh bagi keadaan kedua:
      • A menjual kereta nernilai RM40000 kepada B secara tangguh selama 5 tahun. Disebabkan B tidak dapat membayar dalam tempuh yg dipersetujui, maka A telah memanjangkan tempuh pembayaran dgn menambah hutang yg perlu dibayar oleh B. Maka tambahan bayaran itu adalah riba.

Semoga dgn pengenalan & definisi riba membawa manfaat kpd kita semua dan membawa kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT.

Sila baca juga:


والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Suruhanjaya Sekuriti, Keputusan Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti (2006). Edisi Kedua. Suruhanjaya Sekuriti.
[2] Bank Muamalat. Riba Dan Pengharamannya (2012).

No comments:

Post a Comment