Page List

Friday, 19 April 2024

Riba Sebab Darurat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apa Itu Darurat?

Darurat ialah tahap dimana seseorang jika tidak makan atau melakukan sesuatu perkara yang haram, maka ia akan membawa kepada kehilangan nyawa atau hampir kepadanya. [1]

Contoh suasana darurat adalah seperti berikut.

Seseorang berada dalam keadaan darurat amat terdesak untuk makan, lalu dia berusaha bersungguh2 mencari makanan halal tetapi jika tidak dijumpai makanan yg halal dan berfikir yg nyawanya akan terancam jika tidak makan, maka pada ketika itu dia dibenarkan untuk makan daging babi yg hukumnya haram dimakan. Tetapi dia mestilah sekadar memakannya pada kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan. Hanya makan sekadar untuk dia dapat bergerak ke tempat yg mempunyai pilihan makanann halal dan bukannya makan hingga kenyang, sendawa berkali2 dan memuji daging babi itu. Hanya makan sekadar perlu untuk keluar dari keadaan darurat.

Daging babi itu haram untuk di makan. Sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah An-Nahl ayat 115.

Contoh suasana yg tidak darurat TETAPI dikatakan darurat.

Sekarang mari kita kembali kpd seseoramg yg bekerja contohnya di bank yg ada kaitan dgn riba. Riba ini hukumnya adalah haram dan segala pendapatan yg ada kaitan dgn riba juga adalah haram. Mari kita fikirkan senario di bawah dan cuba kaitkan dgn darurat.

Seseorang bekerja dgn institusi kewangan contohnya bank yg ada kaitan dgn riba ...
  • Terus bekerja lama di bank itu contohnya lebih 5, 10 atau 20 tahun.
  • Menggunakan pendapatan bekerja di bank itu untuk membeli kereta dan bertukar kereta.
  • Membeli rumah.
  • Membeli tanah.
  • Pergi melancung.
  • Beli saham.
  • Menggunakan pendapatan untuk buat renovation rumah.
  • Membeli handphone mahal.
  • Subscribe channel TV.
  • Membeli pakain yg mewah.
  • Membeli jam atau barang kemas.
  • Dan lain2 lagi.

Bagi saya amat jelas suasana di atas adalah TIDAK DARURAT disebabkan tindakan2 yg dikira melampui batas (Bukan mengambil sekadar perlu) dgn bermewah2 dgn pendapatan yg ada kaitan dgn riba.

Kita mesti berusaha untuk menghindarkan diri kita dari terlibat dgn urusan riba yg haram hukumnya di sisi Islam.

Seseorang yg enggan menerima kebenaran mungkin akan terus mencari2 pendapat yg tidak tahu dari mana sumbernya untuk mengatakan riba itu harus, akan terus mencari ustaz2 yg mungkin akan mengatakan riba itu terpaksa jadi hukumnya harus.

Semoga kita sentiasa berada di dalam redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Perukutuan (2022). Irsyad Usul Figh Siri Ke-66: Kaedah Al-Hajah Tinazzalu Manzilat Al-Dharurah : Definisi Dan Dhawabith.

No comments:

Post a Comment