Page List

Wednesday, 25 October 2023

LGBT - Penerangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Berikut adalah satu video ilmu yg ringkas & bagus dari UAI tentang LGBT yang haram dan dilaknat Allah SWT. Semoga bermnfaat.



والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 19 October 2023

Sokong Palestin

Liverpool Palestin

Doa Untuk Perjuangan Palestin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SesungguhNya doa adalah senjata orang mukmin.

Marilah kita bersama2 berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn.

‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’

“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”

“Sungguh hati ini sedih dan geram melihat kezaliman Israel yang menyerang penduduk Palestin dan menggempur kesucian umat Islam beribadah dgn aman.

“Serangan demi serangan dilakukan Israel sehingga mengorbankan ramai penduduk Palestin tidak berdosa termasuk kanak2.

“Kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan pengharapan kepada Allah demi kesejahteraan saudara kita di sana sebagai solidariti mempertahankan bumi Palestin.”

Aaminn.

Masjid India, KL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Majid India kat KL ni dibina pada tahun 1863 dan memang banyak kenangan sy kat sini. Memang byk spent masa kat sini pada pertengahan tahun 1980an especially weekend sebagai 'markaz' bersama2 'karkun' sebelum keluar bersama2. Sampai skrg pun kalau turun KL akan singgah di masjid ni untuk solat insyaAllah.
Masjid India Kuala Lumpur
Masjid India Kuala Lumpur

Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran.

عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا

Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Bukhari No: 2843) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Orang yang membantu mempersiapkan keperluan bagi orang yang berjihad di jalan Allah seperti menyediakan kenderaan, senjata serta barang keperluannya maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad. Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan, orang tersebut mendapat pahala dengan sebab perang.

2. Orang yang membantu menjaga kebajikan ahli keluarga para mujahid seperti memenuhi keperluan mereka, membantu hal ehwal urusan keluarga mereka, juga akan mendapat pahala seolah-olah mereka turut pergi berperang.

3. Gaza telah dikepung dari darat, laut dan udara sejak 16 tahun yang lalu dan ia merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia malah sentiasa diserang tentera rejim apartheid Israel. Usahakan apa sahaja bantuan yang kita mampu termasuk peperangan media, bersolidariti dengan rakyat Palestin seperti demo, surat bantahan, bantuan kewangan dan sebagainya. Moga ia menjadi sebahagian daripada jihad kita.

4. Orang yang menolong orang lain dalam ketaatan kepada Allah, maka baginya pahala seperti pahala orang tersebut. Jika memberi bantuan kepada penuntut ilmu dalam membelikan buku-buku untuknya, membayar yuran pengajiannya, membiayai keperluannya, maka baginya pahala seperti pahala penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala penuntut ilmu tersebut.

5. Marilah kita membantu saudara Muslim kita di Gaza dengan segala kemampuan yang kita ada.

Marilah kita seminimanya berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn. Aaminn.

Sila baca seterusnya tentang kepentingan Palestine kepada umat Islam di sini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Nota:
Perkongsian dari Ust Ajmain, 19 Okt. 2023.

Wednesday, 11 October 2023

Palestin: Pengtingnya Kepada Umat Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Al-Aqsa yg terletak di Palestin adalah tempat yg sangat saya ingin lawati. Malangnya umat Islam terpaksa mengharungi sekatan yg letat oleh yahudi laknatullah. Semoga Al-Aqsa akan dibebaskan secepat mungkin. InsyaAllah.

Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin & selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis? Mengapa Palestin begitu rapat dgn hati kita?

Byk sebab mengapa Palestin itu sgt rapat dgn kita & mengapa kita wajib mempertahankannya. Di bawah ini adalah sebahagian sebab2 yg kita kena ambil peduli.

TEMPAT TINGGAL NABI-NABI


Sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi.

  • Nabi Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin.
  • Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.
  • Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.
  • Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin. Kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
  • Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

BANYAK MUKJIZAT


Banyak mukjizat yang terjadi di Palestin, diantaranya.

  • kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
  • Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
  • Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM


  • Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin (Baitul Maqdis), dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan ketika baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).

ISRAK & MIKRAJ


  • Demikian juga ketika Rasulullah SAW melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

MASJID KEDUA DITENTUKAN ALLAH DI MUKA BUMI


  • Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

PEMBUKAAN & PEMBEBASAN OELH ISLAM


  • Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (Pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.
  • Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

TAMBAHAN PENERANGAN TENTANG PALESTIN


  • Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?

    - Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.
    - Oleh kerana itu, tanah Palestin & Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.

  • Adakah pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?

    - Ya, Allah SWT mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3).
    - Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."
    - Allah SWT berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

Tuan / puan, semoga dgn informasi ini dapat meningkatkan lagi kefahaman kita tentang Palestin yg terkadung di dalamnya kepentingan umat Islam. Jika kita bersolat di dalamnya (Al-Aqsa) dilipatgandakan ganjaran menjadi 500 kali ganda. Marilah kita bersama terus berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan & kejayaan anak2 Palestin memperjuangkan kebebasan bumi Palestin dan Al-Aqsa. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Nota:

  • Kredit kepada original writer.
  • Pihak saya telah edit untuk mengstruktur semula bagi pemudaham pemahaman.

Thursday, 21 September 2023

Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Ahli Politik Berjiwa Sufi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Ada ramai pejuang kemerdekaan Melayu yg bersungguh2 berjuang utk memerdekakan negara ini dan paling penting mereka itu tidak sgt dikenali malah dizalimi oleh org2 yg ade kepentingan seperti penjajah & bangsa sendiri. Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah salah seorang pejuan Melayu Islam yg harus kita kenali dan sanjung. Sedikit sebanyak tentang diri & perjuangan beliau seperti di bawah.

Al-Fatihah buat Syeikh Dr Burhanuddin al-Helmi an-Naqsyabandi.


DR. BURHANUDDIN AL-HELMY TOKOH PEJUANG HARAKI BERJIWA SUFI

Dr Burhanuddin al-Helmy, anak Perak kelahiran Kampong Changkat Tualang, Kota Baru, dilahirkan pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Haji Muhammad Noor, seorang petani yang alim dan ahli tasawuf serta menerima pendidikan daripada beberapa orang guru kenamaan di Makkah termasuk Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Ibunya bernama Sharifah Zaharah binti Habib Osman.

Sejak kecil lagi Dr Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibubapanya dari segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardhu semenjak usianya tiga tahun, khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu menghafal lebih separuh isi kitab suci itu.

Orang tuanya telah memberikan pelajaran agama dan didikan kerohanian kepadanya lantaran itulah beliau pernah mengungkapkan keterangan mengenai bapanya; Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan berthariqat Naqsyabandi dan waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya warak dan mesti kuat beribadat mengikut-ikut dia sembahyang berjamaah, membaca al-Quran dan berzanji. (Burhanuddin, 1971: 36)

Sesungguhnya, pembentukan jiwa Islam semenjak kecil telah memupuk akhlak mulia serta semangat keIslaman yang tinggi ketika beliau dewasa dan sebagai benteng pertahanan yang kental daripada pelbagai serangan spiritual dan fizikal misalnya terpaksa menjalani tahanan ISA semasa berjuang di arena politik tanah air pra-merdeka.

PERJUANGAN

Dalam perjuangan, Dr Burhanuddin diberi mandat memimpin beberapa pergerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM - 1945), Presiden Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS - 1945), Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM - 1946), Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA - 1947), Penasihat PKMM (1947) dan Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS - 1956). Pada Januari 1965, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terbabit menyokong Indonesia dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Dr Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam tahanan dan penyakitnya tidak baik setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966. Pembebasan beliau bersyarat – tidak boleh melibatkan diri dalam politik tetapi pada 22 September 1969 syarat tersebut ditarik balik.

Namun pada 25 Oktober 1969 Dr Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran ketika masih lagi menjadi Yang Dipertua PAS.

KEPERIBADIAN SUFI HARAKI

Dr. Burhanuddin mengisi masa lapangnya dengan membaca, menulis dan mendengar radio sehingga jauh-jauh malam atau dengan beribadat. Dari segi amalan peribadinya, beliau bersungguh-sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir dan kerap mengalirkan air mata apabila beliau menginsafi kekerdilan manusia dalam hubungan dengan Penciptanya. Beliau gemar mengamalkan sembahyang tahajjud di waktu dinihari dan pengikut setia Thariqat Naqyabandi. (Saliha, 1997:22).

Dr. Burhanuddin seorang ahli sufi walaupun beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau seorang ahli sufi. Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan seperjuangan beliau dengan menyebut: Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa dengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli politik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doktor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia. (Majid Saleh, 1991:5-6)

KARYA

Karyanya merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, politik dan tasawuf. Antara karya dalam bidang politik dan tasawuf ialah 'Perjuangan kita' diterbitkan pada tahun 1946, 'Falsafah Kebangsaan Melayu' (1954), 'Ugama dan Politik' (1954), 'Ideologi Politik Islam' (1957), 'Arab Perjalan Politik Tanah Melayu Sekarang' (1963) dan 'Simposium Tasawuf dan Thariqat' (1972 cetakan ke-2).

Salah satu catatannya dalam Agama dan Politik pada tahun 1954 menyebut: "Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama." (Kamarudin 1980: 158)

ALIRAN KEILMUAN KAUM MUDA & TASAWWUF THARIQAT

Dalam buku Simposium Tasauf dan Tarikat, beliau mencoretkan:

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan waraknya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara waraknya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca al-Quran dan [Maulid karya] Imam Jaafar al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ‘ulama’-‘ulama’ kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba‘ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, ‘Abdul Wahhab al-Wahhabi, al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi.

Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi tasawuf thariqat dan menganggapnya jumud dan kolot. Pada saya, tasawuf dan thariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bidaah. Pada saya kitab tasawuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940.

Pendeknya ilmu tasawuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.

Maka di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini.

Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal Imam al-Ghazali r.a, al-Badawi, al-Rifa‘i, Syeikh Jalaluddin ar-Rumi q.s, al-Qushairi, Syeikh Ibn ‘Atho’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada Ulama’-Ulama’ bermazhab Imam Syafi‘i dan Ulama’-Ulama’ tasawuf, sama ada Ulama’-Ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui Ulama-Ulama’ fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha sebagaimana yang diperjuangkan oleh Wali Songo (Q.S) di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawuf ini.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik. Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan ‘ulama’-‘ulama’ tasawuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawuf dan thariqat-thariqatnya.

(Sila rujuk risalah ‘Simposium Tasauf Dan Tariqat’ oleh Pro Dr Burhanuddin terbitan Maktabah Haji Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi Pulau Pinang, cetakan pertama 1966)

Beliau juga pernah dijemput berucap di Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli Tariqat As-Sufiah Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Begitu juga di Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang pertama pada 3 Jun 1962. Beliau menyeru:

“Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasauf yang maghrur, tasauf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam.”

Beliau turut menyarankan kepada para pencinta tasawuf tarikat dengan ucapannya: “Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufiah ini, susunlah lebih kemas lagi perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasauf itu mengikut adab dan akhlak ahli-ahli tasauf.

Jangan tiru-tiru ahli fiqah. Biarlah ahli fiqah dengan gelanggangnya ! Tetapi ahli tasauf jangan tak bergelanggang, mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakan yayasan dan perguruan tasauf secara zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasauf, mestilah betul-betul menjadi al-tabi’in al-‘arifin al-shodiqin.”

Demikianlah seorang tokoh pejuang Islam yang begitu komited dalam membangunkan bangsa dan negara dengan ruh agama bersendikan pengamalan tasawuf tarikat yang benar.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sila juga tonton video pendek ini tentang perjuanngan pejuang2 dahulu sebelum kemerdekaan yg ditindas oleh penjajah British sertta pengkhianat bangsa sendiri.


Rujukan:
1. Simposium Tasauf Tarikat. Oleh Pro Dr. Burhanuddin al-Helmy, Cetakan pertama - 1996,
2. Burhanuddin al-Helmy, Pejuang Tanah Melayu, Tasauf Alam Melayu
Sumber : Institute Traditional Islamic Study

Saturday, 2 September 2023

Solat Jenazah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

Surat Al Ankabut ayat 57 yg maksudnya setiap yg nernyawa pasti akan mati.


Kematian adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi setiap makhluk yang bernyawa / hidup dan tidak akan ada yg akan terkecuali atau terlepas.

Bila kematian ibu atau bapa, anak2 terutama anak lelaki yg sepatutnya memikul tanggung jawab walaupun dibantu oleh AJK masjid / surau, untuk menyempurnakan jenazah seperti mandi, kafan dan yg juga penting ialah untuk menjadi imam solat jenazah itu. Wahai anak2 lelaki janganlah biarkan orang lain sempurnakan dan menjadi imam solat jenazah ibu atau bapa kamu.

Objectif


Objectif solat jenazah adalah untuk menyempurnakan tuntutan fardu kifayah & memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah SWT untuk si mati.

Hukum solat jenazah adalah fardhu khifayah.

Pahala solat jenazah


Besar sungguh pahala solat jenazah ini. Tsauban r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan solat jenazah maka dia akan mendapat pahala sebanyak satu qirath. Jika sekiranya dia menyaksikan pengebumian jenazah maka dia akan mendapat dua qirath, dan satu qirath itu ganjaran sebesar bukit Uhud.
(HR Muslim, hadis sahih)

Kedudukan jenazah semas disolatkan


Terdaapt perbezaan dari segi kedudukan jenazah semasa disolatkan mengikut jantina.

Jenazah lelaki: Kepala jenazah perlu diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakkan bahagian badan jenazah di sebalah kanan imam. Imam berdiri di bahagian kepalanya.

Jenazah wanita atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.

Rukun solat jenazah ada 7 seperti berikut.


  • Berniat.
  • Berdiri betul.
  • Melakukan 4 kali takbir.
  • Membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama.
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir kedua.
  • Membaca doa ke atas jenazah selepas takbir ketiga.
  • Memberi salam sesudah selesai takbir yang ke-empat.

  • Cara / langkah2 solat jenazah


    Cara / langkah2 solat jenazah adalah berdasarkan rukun2 di atas yg dijelaskan seperti di bawah ini.

    Sebagaimana solat yg lain, kita hendaklah berwuduk terlebih dahulu dan memasang niat sebelum takbir. Niat ini tidak semestinya di dlm bahasa Arab dan sy biasanya menggunakan bahasa Melayu semas berniat. Contoh niat adalah seperti berikut.

    "Sahaja aku solat keatas ini mayat ini 4 takbir sebagai imam / mengikut imam fardhu kifayah kerana Allah taala."

    Biasanya Imam akan memberitahu mayat itu adalah lelaki atau perempuan. Ini untuk mementukan doa kita semasa takbir ke-3 nanti.

    Solat jenazah ini ada 4 takbir seperti di bawah.

    Nota: Solat jenazah ini tiada rukuk, sujud atau yg lain2, hanya berdiri sahaja (Bagi yg mampu). Saf yg kedua adalah rapat dgn yg saf yg hadapan dan seterusnya. Seeloknya hendaklah dibuat minima 3 saf. Imam akan membaca secara sirr (Perlahan).

    Takbir Bacaaan Catatan
    Takbir pertama
    Bacaan surah
    Al-Fatihah
    -
    Takbir kedua
    Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
    Bacaan selawat yang sempurna adalah Selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang dibaca dalam tasyahud akhir.
    Takbir ketiga
    Bacaan doa untuk mayat.

    Contoh doa mudah:
    اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عنْه
    Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dan lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia.”
    Jika tidak hafal doa ini, kita boleh membaca di dalam hati apa2 yg baik untuk mayat.

    Nota: Untuk mayat lelaki, sila guna 'Hu', untuk perempuan adalah 'Haa' dan untuk ramai (Lelaki & perempuan) gunakan 'Hum'.
    Contoh seperti di sini

    Lelaki: ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ
    Perempuan: ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا
    Takbir ke-empat
    Sunat membaca doa untuk jenazah seperti di bawah:

    Lelaki: أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

    Perempaun: اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا

    Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya dan jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati."
    Jika tidak hafal tidak perlu membaca doa ini dan cukup sahaja dgn memberi salam.

    Penutup


    Apa yg penting adalah untuk menyegerakan proses menyempurnakan urusan jenazah sehingga dikebumikan. Segalanya harus dicepatkan seperti doa selepas solat jenazah. Seeloknya kita tidak perlu membaca surah2 dan terus membaca doa dan sebaik doa itu adalah pendek & ringkas. Doa itu tidak semestinya di dalam bahasa Arab, guna bahasa Melayu pun boleh.

    Pembukaan doa:
    - Mulakan doa dgn Bismillah, memuji Allah SWT & selawat keatas Nabi SAW.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ، وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

    Pengisian doa:
    - Ringkas dan padat.

    • Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu / ayah ku.
    • Ya Allah, rahmatkanlah ibu / bapa ku.
    • Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ibu / ayah ku untuk menghadapi Malaikat Mungkar & Nangkir.
    • Ya Allah, jadikan kubur ibu / ayah ku taman syurga.

    Penutupan doa.
    - Memuji Allah SWT dan salam & selawat ke atas Nabi SAW & para sahabat.

    وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن


    Jika menjadi imam semasa solat jenazah ini, segala bacaan seperti surah Al-Fatihah, selawat ke atas Nabi SAW & doa hendaklah secara sirriyyah (Sirr) yg bermaksud sunat untuk diperlahankan.

    h secara jahriyyah (Jahr) yg bermaksud sunat untuk diperdengarkan. Marilah kita mengambil pengajaran daripada setiap kematian & pandanglah dengan penuh keinsafan & carilah hikmah disebaliknya.

    والله أعلمُ بالـصـواب

    Rujukan:

    1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    Wednesday, 23 August 2023

    LGBT Itu Haram

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

    LGBT merupakan satu akronim yang merujuk kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Dan sekarang ini huruf ‘Q’ telah ditambah yang bermakna questioning yg bermaksud seseorang yg mempersoalkan identiti jantina nya.

    Untuk basic pemahaman, sila baca artikel yg sy buat tentang LGBT terdahulu dgn clcik di sini.

    Pada sesi ini sy mahu tambah satu artikel tentang keputusan mahkamah iaitu European Court of Human Rights (ECHR) yg berlaku pada 9 Jun 2016. Apa yg penting dari keputusan mahkamah itu adalah seperti berikut.

    The ECHR unanimously confirms the absence of the right to same-sex marriage. Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengingatkan, sebulat suara, bahawa Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia tidak termasuk hak perkahwinan untuk pasangan homoseksual, sama ada dari segi hak untuk menghormati kehidupan peribadi dan keluarga (pasal 8) daripada berkahwin dan mencari keluarga (pasal 12).

    Apa yg sy mahu tegaskan di sini dari keputusan mahkamah itu adalah masyarakat Eropah juga tidak menerima LGBT dan ini didasarkan dari undang2 yg mereka buat dan telah direrjemahkan pada kes Chapin and Charpentier v. France.

    Amat jelas disini iaitu LGBT ini adalh bertentangan dgn islam dan fitrah manusia.

    Sila baca petikan dari Medias-Presse-Info.


    The ECHR unanimously confirms the absence of the right to same-sex marriage.

    On June 9, 2016, the European Court rendered its decision in the case of Chapin and Charpentier v. France (no. 40183/07). It called into question the cancellation by the French courts of the "marriage of Bègles" celebrated in 2004 between two men, in violation of French law.

    By this decision, the European Court of Human Rights recalls, unanimously, that the European Convention on Human Rights does not include a right to marriage for homosexual couples, either in terms of the right to respect for private and family life (art. 8) than to marry and found a family (art. 12).

    More specifically, this new decision confirms a series of judgments, recalling in particular that: the question of same-sex marriage is “governed by the national laws of the Contracting States” (§ 36, referring to the Schalk and Kopf v. Austria (no. 30141/04); Article 12 enshrined the traditional concept of marriage, namely the union of a man and a woman” and “did not impose on the respondent government the obligation to open marriage to a homosexual couple” (§ 36, referring to Gas and Dubois v. France, n°25951/07, § 66); Article 12 “could not be understood as imposing such an obligation [to open marriage ] to the Contracting States”.

    This reminder of the recent Hämäläinen v. Finland [GC] (n°37359/09), and Oliari and others v. Italy (n°18766/11 and 36030/11), has a strong impact since it recognizes a theoretical limit to the literal interpretation of the right to marry (§ 39); with regard to the right to respect for private life (guaranteed in article 8) and the principle of non-discrimination (article 14), “States remain free (…) to open marriage only to heterosexual couples and (…) benefit from a certain margin of appreciation in deciding the exact nature of the status conferred by the other means of legal recognition”, (referring to the Schalk and Kopf judgment, § 108 and Gas and Dubois, § 66); States “enjoy a certain margin of appreciation in deciding the exact nature of the status conferred by other means of legal recognition” on same-sex couples, and its differences with the rights and obligations conferred by marriage (§ 51).

    The European Center for Law & Justice (ECLJ) welcomes this decision, which it considers to be consistent with a fair interpretation of the European Convention on Human Rights.

    The ECLJ notes, however, that this decision, following the Oliari judgment, does not completely close the possibility of a future evolution of the Court's position in favor of a right to same-sex marriage as a component of a “recognition” of stable relationships, while acknowledging that such an interpretation cannot be based on the letter of the Convention.

    The question of same-sex marriage confronts the Court with the limits of its power to interpret the Convention, limits marked by the very letter of this treaty and by the explicit will of a significant number of its States Parties. While it is still appropriate to apply the Convention to developments in society, it is on the other hand abusive to claim to “evolve” the very content of the Convention.


    Untuk petikan asal dari web Medias-Presse-Info., sila klik di sini

    Semoga Allah memelihara kita khususnya umat Islam daripada ajaran songsang LGBT ini.