Page List

Monday, 4 May 2026

Sistem Baru Pemilihan Jemaah Haji

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Tahniah saya ucapkan kpd Tabunh Haji kerana telah memperkenalkan satu sistem tawaran menunaikan haji yg realistik lagi praktikal. Ini dapat memastikan hanya yg mengambil serius / bersungguh-sungguh utk mengerjakan haji akan terpilih.

Tabung Haji (TH) bakal memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik untuk menggantikan sistem lama. Kalau dulu sistemnya "Siapa Cepat, Dia Dapat", sekarang ia bertukar kepada "Siapa Sedia, Dia Berangkat".

Sekarang, pendaftaran awal bukan lagi jaminan mutlak. TH akan beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar sedia dari segi Istito’ah (Kemampuan).

Ada 3 kriteria utama yang TH lihat sekarang:

✅ Simpanan Mencukupi: Simpanan minimum RM15,000 dalam akaun menjadi faktor penentu.
✅ Tahap Kesihatan: Hanya jemaah yang benar-benar sihat dan "fit" akan diprioritaskan.
✅ Kesiagaan: Walaupun seseorang itu baru mendaftar, kalau cukup syarat kewangan dan kesihatan, peluang untuk berangkat tetap tinggi.

Kenapa sistem ini dibuat?

Sebab sebelum ini, banyak kes kuota haji tidak terisi kerana ramai jemaah terpaksa menolak tawaran pada saat akhir akibat masalah kewangan atau faktor kesihatan. Dengan sistem baru ini, TH mahu memastikan kuota haji negara sentiasa dipenuhi oleh mereka yang sudah "Ready to Go".

Sama-samalah kita menyokong sustem baru yg memberi manfaat kpd yg bersubngguh-sungguh mahu menegerjakan haji dgn memenuhi syarat2 seperti terus meningkat tabungan seperti yg diperlukan.

No comments:

Post a Comment