السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Daripada Amir bin Rabiah, Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمُ الجَنَازَةَ، فَقُومُوا حتَّى تُخَلِّفَكُمْ أَوْ تُوضَعَ
Ertinya: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah untuknya sehingga ia melepasi kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan (di tempatnya)."
Sahih Muslim No: 958 [1]
Pengajaran:
- Rasulullah SAW mengajar adab terhadap jenazah, iaitu berdiri sebagai melahirkan rasa simpati, hormat dan kesedaran tentang kematian apabila melihat jenazah dibawa.
- Dalam Mazhab Syafi‘i dan Hanbali menyatakan sunat berdiri apabila melihat jenazah lalu walaupun bukan jenazah Muslim.
- Islam memuliakan manusia walaupun selepas kematian. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi SAW berdiri ketika melihat jenazah orang Yahudi, lalu baginda berkata: "Bukankah dia juga manusia?"
- Kematian itu pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bernyawa. Melihat jenazah sepatutnya menyedarkan kita tentang kehidupan sementara di dunia ini dan keperluan memperbaiki diri.
- Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk tindakan kecil dengan berdiri apabila jenazah melintas di hadapan mengajar kita hormat tanpa mengira pangkat, darjat, atau status si mati serta dapat memupuk rasa rendah diri dan taqwa disamping mencerminkan penghayatan nilai Islam yang tinggi.
Untuk peringatan kpd kita bersama jika kita menghadiri pengkebumian jenazah, hidupkanlah sunnah ini iaitu berdiri sehingga proses pengkebumian selesai. Setelah selesai barulah kita duduk jika perlu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 958, ms. 488. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment