Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda:
سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Maknanya "Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali meninggalkannya, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya."
Sahih Bukhari No: 6514 [1]
Pengajaran:
- Bila mati anak Adam, akan mengiringi mayatnya kekubur terdiri daripada ahli keluarga, harta juga amalnya.
- Selepas pengkebumian, dua yang mengiringi akan pulang:
a. Ahli keluarga akan pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
b. Harta yang ditinggalkan simati akan diagih-agihkan kepada pewaris. - Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal solleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.
Marilah kita memastikan semasa kita hidup untuk membanyakkan amal yang boleh dijadikan teman dan menjadi bekalan kita nanti.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 8, Hadis #6514, Thee Book of Ar-Riqaq, ms. 281. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment