Page List

Tuesday, 12 November 2024

Manusia Semakin Berani

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Saya begitu gusar melihat komen2 warga net yg cukup berani memberi komen2 yg negatif untuk sesuatu isu walaupun sy percaya mereka tidak tahu isu sebenarnya. cukup berani memberi komen / pendapat yg tidak membina, melemahkan pendapat orang lain, menghina keutuhan sesuatu kaum waluapun dia adalah dari kaum yg sama, menhina agama, masuk campur dgn memberi pendapat tentang bagaimana sesuatu isu contohnya rumahtangga org lain harus diuruskan, menghukum bagai mengalahkan mahkamah dan berbagai lagi.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Tiada jawapan khusus di sini dan cukuplah kalau sy katakan bahawa mungkin mereka semua tidak menyedari bahawa segala apa yg dilakukan semasa hidup di dunia ini, segala apa amalan yg dilakukan di dunia ini, segala apa yg diperkatakan, ditulis, dibicarakan serta dipraktikkan akan diadili sehalusnya semasa dibangkitkan semula di padang masyar nanti. Adakah meraka semua tidak sedar, sedar tapi tidak buat2 tak sedar atau langsung tidak takut kpd balasan dari Allah SWT?

Adakah mereka juga tidak menyedari bahawa malaikat Raqib & Atid iaitu malaikat pencatit amal sentiasa menjalankan tugas mereka tanpa gagal.

Ingatlah kita semua akan dipertanggungjawabkan ke atas segala apa yg kita lakukan, katakan, tuliskan, sebagainya semasa kita hidup di dunia ini. Maka berhati2lah.

Semoga memberi peringatan kpd sy dan semua. InsyaAllah.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment