Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Untuk tahun ini 2024, puasa sunat Arafah (9 Zukhijjah 1445) di Malaysia akan jatuh pada Ahad 16 Jun 2024 berdasarkan kpd kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Untuk mereka yg tidak mengerjakan haji, amat digalakkan untuk berpuasa pada hari ini, 9 Zulhijjah.
Mengapa Digalakkan Untuk Berpuasa Sunat Arafah?
Amat besar manfaatnya ...
Puasa pada hari Arafah ini menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
Cara Berniat Puasa
Niatnya mudah sahaja iaitu "Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala"
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 2, The Chapters On Fasting, Hadis No. 749, ms. 186. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment