Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdoa untuk terlindung daripada perkara2 yg tidak diingini. Sehinggakan untuk keluar rumah pun ada satu doa yg boleh kita amalkan seperti diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
"Bila sesiapa meninggalkan rumahnya dan berdoa ...
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
(Bismillahi Tawakkaltu Alallah La Haula Wala Quwwata illa Billah)Maknanya: "Dengan nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah Tiada daya dan kekuatan melainkan pada Allah".
... dia akan dilindungi Allah SWT"
Hadis petikan dari Jami' At-Tirmizi, Hadis no. 3426 (Status: Hasan Sahih Gharib). [1]
Jami' At-Tirmizi juga memberi komen tentang hadis ini seperti berikut:
"Apabila seorang hamba Allah keluar dari rumahnya dengan tawakal kepada Allah dan mengakui ketidakmampuannya melakukan sesuatu tanpa pertolongan dan petunjuk-Nya, Allah memberinya perlindungan dan menyelamatkannya daripada kejahatan syaitan".
Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah ini dan mendapat keberkatan darinya. InsyaAllah. Aaminn.
Baca juga tentang Amalan Sunnah.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book Of Supplications, Hadis No. 3426, ms. 156. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment