Page List
Saturday, 30 March 2024
Doa Malam Lailatul Qadar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ramadhan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah SWT membuka seluasnya pintu ibadah dan memberikan keampunan buat dosa2 kita.
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa berbanding malam-malam lain yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Tambahan pula, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan berdoa pada setiap malam Ramadhan terutama pada sepuluh malam terakhir.
Apakah doa spesifik yg diajar oleh Rasulullah SAW bila melalui malam Al-Qadar?
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [1]
Marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini.
Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita dapat dilaksankan dengan sempurna di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini dan semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Aaminn.
Sila baca juga tentang Lailatulqadar di
sini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
Friday, 29 March 2024
Hina Kalimah Allah: Mari Kita Bertindak
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sekarang ini kafir2 sudah cukup berani menghina agama Islam dengan contohnya meletakkan nama Allah di stokin dan dijual di kedai contohnya KK Mart.
Kafir2 itu dengan mudah memohon maaf atas tindakan mereka itu. Mereka sangka dengan membuat sidang akhbar dan memohon maaf ... masalah atau kesilapan mereka akan selesai serta orang Islam akan maafkan macam itu sahaja.
Tuhan kita Allah SWT wajib kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. BOIKOT adalah salah satu cara untuk bertindak untuk mengatakan kita orang Islam menentang sebarang cubaan atau tidakan menghina agama Islam.
Jangan kita terpengaruh dengan penjelesan dari mereka contohnya dari Persatuan Peruncit Malaysia yang mengatakan bahawa tindakan boikot akan membuat pelabur akan lari dari melabur di negara kita ini. Pekerja Islam yg berkerja contohnya di KK Mart juga tidak perlu mempertahankan KK Mart contohnya berkata ... KK Mart tu tersilap, maafkan saje la ye. Atau berkata ... nanti kalau KK Mart tutup, mane saya nak kerja. Berhati2 dengan response anda sebab kalimah Allah SWT itu jauh lebih bermakna dan bernilai dari segala pandangan yg menyokong kedai itu.
Segala tindakan anda termasuk response di media social seperti Tik Tok akan di pertanggungjawabkan, dipersoalkan serta diperhalusi di akhirat nanti. Macam mane nak menjawab soalan di akhirat nanti seperti ... apa yg telah dilakukan di dunia dulu untuk mempertahanlan agama Islam, Allah serta Nabi SAW? Semoga anda bersedia.
Sekarang ini mari kita bersama2 menyokong membeli produk2 yg dibuat oleh orang Islam. Pastikan duit gaji kita yg kita dapat dari titik peluh kita disalurkan kepada syarikat kepunyaan orang Islam untuk memperkuatkan ummah dari segi ekonomi, pengaruh dan kuasa. Conbtohnya ... kalau saya beli minyak masak brand Knife (Kepunyaan kafir) sudah tentu dia tak bayar zakat. Tapi kalau saya beli minyak brand Saji, garam Faiza, mehun Faiza, kicap Jalen, sos Rohaya, serbuk cili Adabi, susu pekat Saji, tepung Bidara etc ... mereka insyaAllah bayar zakat yg akan memberi impak positif kepada masyakat Islam di negara ini.
Mari kita bersama2 bertindak.
Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wednesday, 20 March 2024
Wednesday, 13 March 2024
Sahur & Keberkatannya
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.
Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. [1]
Hukum bersahur adalah sunah yg sangat dituntut jadi kita semua dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Mengapa sahur sangat dianjurkan?
Sahur Membezakan Puasa Orang Islam & Puasa Agama Lain
Bersahur adalah perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh "Amr bin Al-'A RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur." Sahih Muslim #1096. [2] Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air atau sebutir tamar / kurma.Sahur Terdapat Keberkatan
Sangat dianjurkan bersahur kerana terdapat keberkatan padanya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." Sahih Bukhari #1923. [3]Kesimpulan
Marilah kita bersama2 melakukan sunnah ini iaitu bersahur yg terdapat kebaikan & keberkatannya seperti mengamalkan sunnah Nabi SAW, mendapat keberkatan & kebaikan kesihatan serta memberi kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian seperti biasa.. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, insyaAllah. والله أعلمُ بالـصـواب Rujukan: [1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-127: Apakah Yang Dimaksudkan Keberkatan Pada Sahur? [2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 3, Book of Fasting, ms. 160, Hadis #1096. Darussalam Publishers and Distributors. [3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book of As-Saum, Hadis #1923, ms. 92. Darussalam Publishers and Distributors.Thursday, 7 March 2024
Cara Menyambut Ramdhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
InsyaAllah minggu depan 1 Ramadhan 1445 (12 Mar 2024) akan tiba. Bulan Ramadhan yg sentiasa kita nantikan akan menjelma. Bulan yg penuh barakah untuk umat Islam semua.
Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat dinyatakan di sini ialah:
✅ 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙉𝙞𝙖𝙩
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙤𝙖
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 & 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣
✅ 𝙌𝙞𝙮𝙖𝙢
Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Sahih Bukhari #38. [1]
Oleh itu marilah sama2 kita menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Belief, Hadis #38, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.
Tuesday, 5 March 2024
Monday, 4 March 2024
Ziarah & Doakan Orang Sakit
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sakit adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk hambaNya. Setiap orang pasti akan merasai sakit dan menziarahi orang sakit adalah dituntut oleh Islam.
Sila baca tentang 5 hak sesama Islam di sini.
Salah satu sunnah semasa menziarah orang sakit adalah mendoakannya. Rasulullah SAW sendiri telah mengajarkan doa menziarah orang sakit agar segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT.
Jadi, semasa kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa ini. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.
"Allahumma adzhibil ba'sa rabban nasi, wyasfi antays syafi, La syifa'a illa syifa uka, syifa'an la yughadiru saqaman".
Maksudnya: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.
Sahih Bukhari, hadis #5750. Riwayat dari Sayidina Aishah RA. [1]
Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah ini dan mendapat keberkatan darinya. InsyaAllah. Aaminn.
Baca juga tentang Amalan Sunnah.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 7, Book of Medcicine, Hadis #5750, ms. 355-356. Darussalam Publishers and Distributors.
" اللَّهُمَّ أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "
Subscribe to:
Posts (Atom)