Page List

Thursday, 21 December 2023

Larangan (Haram) Meniru / Menyerupai Apa Yg Khusus Untuk Agama Lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]. [1]

Apa yg boleh dikatakan adalah kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain. [2]

Diingatkan bahawa, memakai pakaian yang melambangkan perayaan yang bukan Islam termasuk memakai topi Krismas adalah diharamkan. [3]

Berikut adalah contoh2 meniru atau / dan menyerupai apa yang khusus untuk agama lain:
  • Memakai topi Santa Claus. [3]
  • Memakai baju Santa Claus. [4]
  • Menyanyi lagu Santa Claus. [4]
  • Merayakan Krismas dan perayaan agama lain. [3]
  • Penyertaan dalam sambutan Thaipusam / Ponggal. [4]
  • Merayakan valentine day. [6]
  • Memakai bindi (Tanda pada dahi di antara kedua bulu kening sperti yg diamalkan penganut Hindu). [5]
  • Menyalakan api / lampu (Lilin etc) untuk mengingati sesuatu peristoiwa seperti Candlelight Vigil. [4]
  • Dan lain2 lagi. Anda boleh lakukan kajian sendiri.

Semoga kita dapat bersama2 meningkatkan kesedaran tentang larangan untuk meniru & menyerupai pakain, activiti dan aturcara yg khusus dilakukan oleh agama lain. Akibatnya amat jelas jika kita menyerupai mereka seperti yg diterangkan oleh hadis [1] di atas.

Semoga kita semua sentiasa berada di dallam lindungan & redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-302: Syarah Hadith Tasyabbuh.
[2] Jabatan Mufti Negeri Perlis (2019). Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’
[3] Pejabat Mufti Negeri Terengganu. Hukum Memakai Topi Krismas Bagi Umat Islam.
[4] Mohd A.R, Faizah I., Ahmad B.A, Mohammad A.J. (2013). Fenomena Al-Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Sambutan Perayaan Masyarakat Majmuk Di Malaysia. eJournal UM.
[5] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2021). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-545: Hukum Memakai Bindi Dan Sari Di Dalam Islam.
[6] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2017). Bayan Linnas Siri Ke-84: KeMana Arah Tuju Hari Kekasih?.

Tuesday, 19 December 2023

Solat Sunat Rawatib

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Solat rawatib ialah solat yang mengiringi solat2 fardhu, sebelum atau selepas solat fardhu itu. Solat sunat rawatib ini terbahagi kpd 2 iaitu Qabliyah (sebelum) & Ba'diyah (selepas). Waktu solat sunat qabliyah adalah antara azan pertama dan kedua (Iqamah). Unruk ba'diyah pula bolehlah dilakukan selepas solat fardhu.

Solat rawatib ini terbahagi kepada 2:
  • Sunat muakkad: Ibadah yg sangat dituntut, digalakkan, diutamakan dan hampir mendekati wajib serta mendapat ganjaran yg amat besar dari Allah SWT.
  • Sunat ghairu muakkad: Ibadah tambahan yang memiliki ganjaran tersendiri juga, namun tidak sebesar dari ibadah sunat muakkad.

Solat sunat rawatib yg muakkad adalah 12 rakaat seperti berikut:
  • 2 rakaat sebelum solat Subuh.
  • 4 rakaat sebelum solat Zohor.
  • 2 rakaat selepas solat Zohor.
  • 2 rakaat selepas solat Maghrib.
  • 2 rakaat selepas solat Isyak.

Solat sunat rawatib yang ghairu muakkad pula adalah 6 rakaat seperti berikut:
  • 2 rakaat sebelum solat Asar.
  • 2 rakaat sebelum solat Maghrib.
  • 2 rakaat sebelum solat Isyak.

Ada banyak kelebihan atau fadhilat solat sunat rawatib dan di sini disertakan sebahagian hadis yang menceritakan tentang kelebihan solat sunat tersebut. Semoga kita diberikan kekuatan untuk mengamalkannya, insyaAllah.

Rujukan Solat Sunat Subuh (Qabliyah):
Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "2 rakaat solat sunat fajar (Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh) lebih baik dari duniadan isinya".
(Hadis riwayat Muslim). [1]

Rujukan Solat Sunat Zohor (Qabliyah & Ba'diyah):
Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menjaga 4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepasnya, nescaya Allah mengharamkan dirinya dari api neraka."
(Hadis riwayat Ahmad dan lain2 dari Ummu Habibah). [1]

Rujukan Solat Sunat Asar (Qabliyah):
Daripada Ummu Salamah R.’Anha: "(Suatu hari) Rasulullah SAW tidak sempat solat dua rakaat sebelum Asar, maka Baginda menggantikannya selepas Asar".
Sunan al-Nasa’ie (587). [2]

Rujukan Solat Sunat Maghrib (Ba'diyah):
"Tidak terhitung betapa kerapnya Baginda Rasullullah SAW mengerjakan solat 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat sebelum fajar, dengan membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas".
(Hadis riwayat Inbu Majah dan at-Tirmizi). [1]

Rujukan Solat Sunat Isyak (Ba'diyah):
Ibn ʻUmar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang solat isyak berjemaah dan solat empat rakaat sebelum dia keluar daripada masjid, seolah-olah dia mendirikannya pada malam al-Qadr".
(Riwayat al-Tabrani). Nota: Pejabat Mufti WP menyimpulkan bahawa hadis utk 4 rakaat ba'diyah Isyak boleh diamalkan walaupun disifat sebagai daʻif dan daʻif jiddan. [2]

Rujukan Solat Sunat Qabliyah & Ba'diyah Keseluruhan:

1. Daripada Ummu Habibah RA bahawa Rasullulah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang solat sehari semalam 12 rakaat maka akan dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga iaitu 4 rakaat sebelum solat Zohor dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh."
Riwayat at-Tirmizi - Sahih. [3]

2. "Barangsiapa solat 12 rakaat sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di syurga. Ummu Habibah berkata: "Maka aku tidak akan meninggalkan 12 rakaat itu semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam". Dan Anbasah juga berkata: "Maka aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari Ummu Habibah". Dan 'Amru bin Aus juga berkata: "Aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendnegarnya dari Anbasah". Nu'man bin Salim juga berkata: "Aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari 'Amru bin Aus". Telah menceritakan kepadaku Abu Ghassan Al Misma'i telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Dawud dari Nu'man bin Salim dengan sanad seperti ini; "Siapa yang solat sunnah 12 rakaat dalam sehari, maka akan dibangunkan baginya rumah di dalam surga".
(HR. Muslim: 1198). [3]

Rujukan Untuk Tiada Solat Ba'diyah Subuh & Asar:
Hadis yg melarang solat sunat selepas Subuh dan Asar bila Abu Sa’id al-Khudri R.A meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yg maksudnya: "Tiada solat selepas Subuh sehinggalah matahari naik, dan tiada solat selepas Asar sehingga matahari terbenam".
Sahih al-Bukhari (586). [4]

Sangat besar ganjaran yg disampaikan melalui hadis2 di atas maka sebaiknya kita tidak meninggalkan solat2 sunat rawatib ini.

bawah ini adalah ringkasan untuk solat sunat rawatib sebagai rujukan.
Solat Fardhu Solat Qabliyah Solat Ba'diyah
Bilangan rakaat
Hukum
Bilangan rakaat
Hukum
Subuh
2 rakaat
Muakkad
Tiada
Tiada
Zohor
4 rakaat
Muakkad
2 rakaat
Muakkad
Asar
2 rakaat
Ghairu muakkad
Tiada
Diharamkan solat sunat ba'diyah Asar kecuali solat sunat lain yg bersebab
Maghrib
2 rakaat
Ghairu muakkad
2 rakaat
Muakkad
Isyak
2 rakaat
Ghairu muakkad
2 rakaat
Muakkad

Nota: Bagi solat 4 rakaat qabliyah zohor, kafiyat yg afdhal ialah dgn menunaikannya 2 rakaat dgn salam dan seterusnya 2 rakaat dgn salam.

Niat solat rawatib ini mudah sahaja, contohnya seperti berikut.

Aku solat sunat qabliyah / ba'diyah (Subih / Zuhur / Asar / Maghrib / Isyak) 2 rakaat, kerana Allah Ta’ala.

Soalan ... bagaimana pula dgn solat sunat rawatib fardhu Jumaat? Utk pencerahan sila klik di SINI.

Penting:
Dikongsi juga di sini bahawa terdapat khilaf tentang jumlah rakaat atau klasifikasi muakkad & ghaitu muakkad. Tetapi yg penting adalah kita bersama2 istiqamah mengerjakan solat sunat rawatib ini dan agar sentiasa dlm redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan utama:
[1] Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2023). Irsyad Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke 126.
[3] Jabatan Mufti Negeri Perlis (2021). Kelebihan Solat 12 Rakaat Sunat Rawatib.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Al-Kafi #1113: Solat Sunat Selepas Asar.

Thursday, 14 December 2023

Surah An-Nas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah An-Nas, iaitu surah Makkiyyah terdiri daripada 6 ayat.Ia diturunkan selepas surah Al-Falaq. Nama An-Nas diambil dari “An-Nās” yg berulang kali disebut dalam surah ini yg ertinya manusia.

Surah An-Nas ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang pentingnya kita semua berlindung kepada Allah SWT sebagai pelindung mutla daripada segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia, samada ia datang daripada jin mahupun manusia (Contohnya sihir).

Berikut adalah 6 ayat dari Surah An-Nas.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab (yang memelihara dan menguasai) manusia."

مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢
Raja manusia.

إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣
Sembahan manusia.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤
Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.

ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
daripada (golongan) jin dan manusia.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 12 December 2023

Sudah Ke Bayar Zakat Pendapatan 2023?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi utk tahun 2023 berakhir tapi dan ... sudah ke anda bayar zakat pendapatan anda?

Boleh klik di sini untuk penerangan serba ringkas tentang zakat.

Selamat membayar zakat semoga segala urusan dipermudahkan & diberkati rezeki oleh Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Masjid Melayu Lebuh Acheh, Penang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid Melayu Lebuh Achech Penang
Masjid Melayu Lebuh Achech Penang
Masjid Melayu Lebuh Achech Penang
Masjid Melayu Lebuh Achech Penang

Friday, 8 December 2023

Surah Al-Ikhlas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah ini lebih dikenali dgn name Surah al-Ikhlas kerana orang yang meyakini isi kandungannya akan menjadi ikhlas dalam menjalankan agama Allah SWT, dan orang yang mati dengan ikhlas, akan dijauhkan daripada api neraka. (Rujuk Tafsir Mafatih al-Ghaib karangan Imam Fakhruddin ar-Razi, 32/161).

Surah ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat seperti berikut.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢
Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan: Al-Kafi #1061. Pejabat Mufti Wilayah Prseketuan.

Thursday, 7 December 2023

Masjid Pekan Sepang, Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid pekan sepang
Masjid pekan sepang

Friday, 1 December 2023

Kafir Murtad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Perkara ini harus dipandang serius oleh orang Islam di Malaysai ini. Hukumnya adalah jelas iaitu KAFIR / MURTAD kpd orang2 Islam yang ...
  • Menyokong kaum yahudi Israel laknatullah yang menyerang, menindas, merampas dan membunuh kaum Islam di Palestin.
  • Menghina Islam secara terbuka / tidak terbuka.
  • Bertindak menyokong pendapat & tindakan orang kafir yg menyekat syiar Islam.

Dan jika mereka yg telah kafir & murtad mati, disyorkan kita semua untuk ...
  • Tidak melakukan solat jenazah utk mereka walaupun mengaku Islam. Hukumnya haram.
  • Tidak menanam mereka di kawasan perkuburan Islam.

Sila fahami video di bawah ini untuk penerangan yg jelas dari orang2 yg berilmu.

Nota: Kredit kpd original content creator utk video di bawah.


والله أعلمُ بالـصـواب