السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Hari ini adalah 27 Rejab 1444 hijrah. Apa significant nya hari ini kepada selurun umat Islam?
Significant nya adalah berlakunya Israk dan Mikraj kepada baginda kita Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW selepas mukjizat Al-Quran. Israk bermaksud pergerakan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam.
Peristiwa luar biasa ini dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran Surah al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud: (Al-Quran - Tiada keraguan di dalamnya)
"Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Ada banyak ilmu serta maklumat yang kita boleh pelajari dari preristiwa ini, pergilah ke YouTube, Google atau buku2 dan bacalah untuk mendapat manfaat.
Yang paling significant dari peristiwa ini adalah Nabi SAW mendapat perintah terus dari Allh SWT tentang perintah solat fardhu 5 waktu di Sidratul Muntaha. Berbanding dengan ibadah lain yang Nabi SAW mendapatnya dari Malaikat Jibrail Alaihissalam.
Perintah solat adalah nikmat yang paling besar daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Solat adalah sebagai hubungan terus kita dengan Allah.
Marilah kita bersama2 menjaga solat kita supaya sempurna, pastikan wudhuk kita sempurna, perkemaskan bacaan Al-Fatihah iaitu bacaan wajib dengan rukun kauli, solatlah di awal waktu, sempuranakan rukun2 solat dan paling penting (Untuk lelaki) solatlah berjemaah di surau / masjid. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment