السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Mengapa kita harus merebut untuk mendapatkan saf pertama semasa solat berjemaah?
Solat di saf yang pertama mempunyai begitu banyak kelebihan seperti yang disebutkan oleh banyak riwayat. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
"Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi." Riwayat Al-Bukhari (615).
Berdasarkan hadis di atas, sekiranya manusia itu benar2 ade ilmu pengetahuan tentang besarnya ganjaran dan fadhilat solat di saf pertama, sudah tentu mereka akan berebut2 mengambil peluang untuk mendapatkan saf pertama. Sehingga jika dah tak de cara lain, pasti mereka akan mengundi bagi menentukan siapa yg dapat mengisi saf yang pertama.
Memang ade sangat banyak kelebihan sesiapa yang solat di saf pertama semasa berjemaah. Contoh2nya seperti dibawah ni.
Allah dan Para Malaikat Berselawat Kepada Saf Pertama.
Ini berdasarkan riwayat dari Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas saf yang pertama." Riwayat Ibn Majah (999).
Bagaimana pula dgn perempuan? Bagi jemaah perempuan, baiknya saf terakhir dalam solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki adalah kerana yang demikian itu menjauhkan jarak mereka dari bercampur dengan orang lelaki, menjauhkan mereka dari memandang ke arah lelaki ajnabi serta mendengar ucapan2 mereka. Lihat Syarah Al-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/158).
Oleh yang demikian, eloklah kita sentiasa berlumba2 untuk melakukan kebaikan dengan cara melazimi solat di saf yang pertama. Elakkan saf-saf dari dikosongkan atau lambat dipenuhkan. Ini kerana begitu besar fadhilat dan ganjaran yang ada padanya.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment