Page List

Friday, 31 October 2025

Tawasul

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apakah Maksud Tawassul?

Tawassul yg mungkin kebaynyakkan orang amalakan adalah bermaksud: “Memohon kepada Allah agar terhasilnya manfaat atau terhindarny amudarat dengan menyebut nama Nabi atau wali sebagai memuliakan keduanya dalam bertawassul”. Tawassul juga bermaksud mendekatkan diri kepada Allah atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan wasilah atau mendekatkan diri kepada Allah dengan bantuan perantara. [1]

Ringkasnya, tawassul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa. [2]

Di dalam pembacaan dan penelitian saya, tawassul hanya dibenarkan dalam 3 senario seperti di bawah.

  1. Tawassul dengan Asmaul Husna.
    Maksud di sini adalah kita bertawassul dengaan 99 nama Allah yang baik, mulia, dan agung, yang merujuk kepada sifat-sifat Allah seperti yang disebut dalam Al-Quran.
    Contohnya di dalam bulan Ramadhan kita berdoa seperti ...

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
    Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [3]

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Pengampun'. Contoh lain seperti: "Ya Allah, Ya Syafii. Berikan aku kesembuhan supaya aku mudah untuk beribadah.”.

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Penyembuh'.

  2. Tawassul dengan amal soleh.
    Kita juga boleh bertawassul dengan amalan soleh kita seperti infaq / sedekah / khidmat bakti dan lain-lain.

    Terdapat hadis sahih yg merakamkan peristiwa 3 pemuda lelaki yg terperangkap di dalam gua dan mereka berdoa serta bertawassu1 dengan amalan2 baik mereka untuk keluar daripada gua tersebut dan Allah memakbulkan doa2 mereka.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 2272. [4]

    Contoh doa seperti berikut ...

    "Ya Allah, dengan sedekah ku ini, sembuh kan lah ibuku yg sakit."

  3. Tawassul dengan orang soleh yang MASIH HIDUP.
    Tawassul dengan orang soleh adalah meminta agar doa kita diperkenankan Allah dengan menjadikan orang soleh yg masih hidup sebagai perantara. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara, seperti meminta orang soleh yg masih hidup untuk mendoakan kita, atau menggunakan amalan soleh mereka sebagai perantara.

    Ketika baginda sedang berkhutbah sempena solat Jumaat, lalu seorang lelaki berdiri dan meminta baginda mendoakan hujan bagi mereka. Maka baginda berdoa lalu Allah menurunkan hujan. Ini merupakan bertawassul dengan doa orang soleh.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 1014. [5]

    Tuan / puan sekalian bertawassul dengan orang soleh ini adalah semasa mereka masih hidup sahaja. Janganlah kita bertawassul selepas mereka meninggal dunia (Mati). Jangan pula kita pergi ke kubur2 dan meminta doa dari mereka atau kita sendiri berdoa serta betawassul dengan mereka yg telah mati.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Prof. Madya Dr. Ahmad Bin Che Yaacob (2023). University Teknologi Malaysia.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2022). Irsyad Hukum Siri Ke-730: Amalan Mengambil Berkat (Tabarruk) Munurut Islam.
[3] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Hiring, hadis no. 2272, ms. 260. Darussalam Publishers and Distributors.
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of al-istisqa', hadis no. 1014, ms. 87. Darussalam Publishers and Distributors.

Tuesday, 14 October 2025

Di Mana Tuhan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Salah satu soalan asas mengenai ketuhanan ialah "di mana tuhan berada". Untuk menjawab soalan ini kita hanya ada satu perunjuk iaitu sumber dari Al-Quran dan Hadis yg sahih. Kita jangan sekali2 menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk mentafsir / memahami di mana Allah SWT.

Saban subuh pada hari Jumaat, masjid / surau semasa solat subuh mungkin membaca surah as-Sajadah yg mengandungi ayat no. 4 seperti di bawah.

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Ertinya: "Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Bukan setakat ayat 4 dari Surah as-Sajadah, malah terdapat banyak lagi ayat dari Al-Quran yg memmberitahu bahawa Allah SWT berada di Arsy seoerti Surah al-A'raf ayat 54 ...

إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ …

Ertinya: "“Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam diatas Arsy …".

Juga terdapat ayat2 lain di dalam Al-Quran yg menerangkan keberadaan Allah di Arsy. Sila rujuk kepada ayat2 berikut ...

  • Surah Yunus (10), ayat 3.
  • Surah ar-Ra’d (13), ayat 2.
  • Surah Thaha (20), ayat 5.
  • Surah al-Furqan (25), ayat 59.
  • Surah al-Qasas (28), ayat 14.
  • Surah Fushilat (41), ayat 11.
  • Surah an-Najm (53), ayat 6.
  • Surah dan al-Hadid (57), ayat 4.

Oleh itu jawaban untuk soalan "di mana Tuhan" ialah Tuhan (Allah SWT) berada di Arsy seperti yang Allah nyatakan di dalam kalam-Nya iaitu Al-Quran.

Tuan / puan tolong jangan sekali-kali menggunakan akal kita ayang sangat terbatas untuk memikirkan di mana Allah. Ada banyak orang yg memberi andaian atau mempersoalkan keberadaan Allah di Arsy seperti ...

  • Jika Allah berada di Arsy maka Allah memerlukan tempat lah.
  • Allah tidak memerlukan tempat.
  • Allah tidak berdara di Arsy.
  • Allah berada di mana2.
  • Dan berbagai lagi andaian ...

Tuan / puan jangan pertikaikan yang Allah berada di Arsy. Allah dengan jelas memberitahu mahluk ciptaanNya iaitu manusia bahawa Allah berada di Arsy melalui kalamNya iaitu Al-Quran. Mengapa kita mahu pertikaikan? Jangan sekali-kali menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk menyatakan atau memperincikan keberadaan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita semua berada di dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 9 October 2025

Tidak Mahu Boikot?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tuan / puan sekalian kita mesti berhenti memberi sokongan dan membeli (Menyokong) segala bentuk produk dan servis yang sebahagian hasil keuntungannya disalurkan kepada yahudi laknatullah yang menzalimi srta membunuh saudara2 kita di Gaza. Contoh barangan yang menyokong secara langsung atau tidak langsung yahudi adalah seperti berikut ...


Secara peribadi saya sgt terperanjat dengan kemyataan Mufti WP yg beliau tidak pernah memboikot McDonalds mungkin dengan alasan syarikat itu membayar zakat.

Sila baca perincian di Urusan Malaysia Mufti WP tidak pernah boikot McD.

Tuan / puan jangan kita terpengaruh dgn pendapat sebegini walau dia datang dari orang yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran agama. Kita mesti teruskan boikot terhadap syarikats2 yg pro-yahudi yang btelah menzalimi serta membunuh saudara2 kita di Gaza.

Semoga Allah sentiasa meredhai & merahmati kita semua. Aaminn.