Page List

Thursday, 29 May 2025

Kenali Kaabah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Mari kita mengenali Kaabah di dalam Masjidil haram.

Firman Allah SWT:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ

Ertinya: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."
Surah Ali Imran, ayat 96.

Berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 127, binaan asas Kaabah telah diperelokkan oleh Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Ismail AS.

Firman Allah SWT:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;"
Surah al-Baqarah, ayat 127.

Kenali Kaabah. Kredit photo kepada The Haramain Project.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 28 May 2025

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tahukah anda bahawa 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari yang paling dicintai Allah SWT.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasullullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Ertinya: "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Sahih Bukhari, hadis no. 969. [1]
Sunan Abu Dawud, hadis no. 2438, status: Sahih. [2]
Jami' At-Tirmizi, hadis no. 757, status: Sahih. [3]

Jadi ... perbanyakkan amalan soleh di 10 hari pertama bulan Zulhijjah seperti:

  • Membaca, mempelajari dan mengamalkan Al-Quran.
  • Mengerjakan solat fardu dan melazimi solat sunat.
  • Melakukan amalan kebajikan.
  • Berpuasa sunat.
  • Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.
  • Memperbanyakkan zikir dan doa.
  • Mengeratkan hubungan kemasyarakatan.
  • Menghadiri majlis ilmu.
  • Bersedekah.
  • Beristighfar dan memperbaharui taubat.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book of The Two Eids (Festivals). Hadis no. 969, ms. 65. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 3, The Book of Fasting, Hadis no. 2438, ms. 171. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 2, The Chapter of Fasting, hadis no. 757, ms. 192. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 21 May 2025

Syafaat Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Ini berdasarkan daripada Hadis yg diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Ertinya: "Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya."
Sahih Muslim, hadis no. 804. [1]

Syafaat merupakan pembelaan yg paling diperlukan ketika berada di Padang Mahsyar kerana pada waktu ini, segala harta dan anak pinak tidak lagi berharga. Tiada bantuan yg boleh diharapkan pada hari tersebut melainkan Al-Quran yg datang membawa syafaat sebagai pembela yg mempertahankan pembacanya.

Mari kita membaca Al-Quran dan jadikan ia rutin dalam hidup kita.

Semoga perkongsian bermanfaat dan sentiasa dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 2, The Book Of The Virtues, hadis no. 804, ms. 323. Darussalam Publishers and Distributors.

Friday, 16 May 2025

Klasifikasi Hadis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apa erti hadis? Hadis dari segi istilah adalah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, ikrar (pengakuan) atau sifat.

Hadis, selain Al-Quran, adalah sumber petunjuk, ajaran, sumber hukum, penghurai dan penjelas kepada kandungan al-Quran seperti memperincikan cara2 solat, zakat dan puasa, yg sangat penting yg digunakan sebagai panduan dalam amalan agama dan kehidupan seharian. [1]

Allah berfirman:

“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (iaitu al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya / Hadisnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya”
Surah An-Nisa, ayat 59.

Maka adalah penting untuk kita memahami hadis dan klasifikasinya.

Hadis terbahagi kpd banyak klasifikasi dan untuk kita (Orang awam) cukuplah kalau kita tahu empat (4) asas klasifikasi secara ringkas seperti berikut.

  1. Sahih.
    Hadis sahih ialah hadis yg tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya, dianggap kuat dan terpercaya. Hadis sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu. Secara khususnya hadis jenis ini mempunyai sanad yg bersambung dari mula hingga akhir, diriwayatkan oleh perawi yang adil, kuat ingatan / hafazan, tidak syaz (Bertentangan dgn riwayat lain) dan tiada 'lllah (Tiada perawi yg fasiq, pemalsu & pendusta).

    Hadis sahih adalah sumber hukum yg kuat untuk panduan dalam ibadah dan lain-lain urusan. [2]

  2. Hasan (Baik)
    Hadis hasan adalah hadis yg juga dianggap baik dan dapat diterima, tetapi tidak sekuat hadis sahih. Hadis jenis ini juga mempunyai sanad yg bersambung dari mula hingga akhir cuma diriwayatkan oleh perawi yang tidak mempunyai ingatan / hafazan yg kuat. Juga hadis ini tiada syaz (Bertentangan dgn riwayat lain) dan tiada 'lllah (Tiada perawi yg fasiq, pemalsu & pendusta).

    Hadis hasan termasuk di dalam kategori hadis sahih jadi ia juga boleh dijadikan hujah iaitu sumber hukum dan beramal dengannya. [3]

  3. Dhaif (Lemah).
    Hadis dhaif ialah hadis yg tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan. Hadis jenis ini tidak bersambung sanadnya atau di antara sanadnya ada orang yg cacat seperti perawinya adalah bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa / fasiq / pendusta atau suka berbuat dosa.

    Hukum mengamal hadis dhaif:
    Hukumnya adalah harus untuk beramal dengan hadis dhaif tetapi dalam masa yg sama perlu diikat dengan syarat2 atau panduan2 yg ketat. [4]

    Syarat / panduan adalah seperti (Mengikut kontek Mazhab Syafie): [5]
    • Hadis dhaif yang diterima pemakaiannya ialah hadis yang tidak terlalu lemah, dengan syaratsyarat pemakaian yang tertentu.
    • Mazhab Syāfie tidak menerima pemakaian hadis dhaif dalam menetapkan hukum syarak, sekiranya tidak disokong oleh dalil-dalil yang lain.
    • Mazhab Syāfie menerima pemakaian hadis dhaif yang disokong oleh dalil-dalil yang lain dalam menetapkan hukum syarak. Kajian mendapati empat sokongan utama bagi hadis dhaif yang dinyatakan oleh ahli usul mazhab Syāfie iaitu mutābaʿāt dan shawāhid, ijmak, qiyas dan amalan sahabat.
    • Hadis dhaif diamalkan oleh mazhab Syāfie sebagai langkah berhati-hati (iḥtiyāṭ) daripada terjerumus dalam perkara makruh.
    • Pemakaian hadis dhaif dalam mazhab Syāfie berkaitan faḍā’il al-ʿamal mempunyai kaitan dengan penetapan hukum istiḥbāb.
    • Mazhab Syāfie tidak menetapkan kaifiat khusus bagi sesuatu ibadah berdasarkan hadis dhaif.
    Jelas sekarang jika mahu mengamalkan hadis dhaif, kita perlu mematuhi syarat yg ketat serta perlu perincian yg dalam oleh itu pada pandangan peribadi saya memilih untuk mengelak mengamalkan hadis berstatus dhaif.

  4. Maudhuk (Palsu).
    Hadis maudhuk bermaksud hadis palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah SAW, baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Mungkin dipalsukan berdasarkan kepentingan peribadi atau tertentu.

    Hukum menyebarkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya. Tidak boleh dijadikan hujah serta haram beramal dengannya. [6]

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Mohd. Muhiden b. Abd. Rahman (1996). Al-Hadith: Kedudukan Dan Peranannya Dalam Islam. ms. 28. eJournal UM.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-104: Hadith Sahih.
[3] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-358: Hadith Hasan.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2016). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-6: Hadith Dha'if: Hukum Berhujah Dan Beramal Dengannya.
[5] Ahmad Sabig b. Abdul Rahman, Mohd. Fadzhil b. Mustafa (2020). Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Analisis Pemakaian Hadith Daif Dalam Penetapan Hukum Syarak Menurut Mazhab Shafi'i. Journal Of Hadith Studies Vol. 5 No. 2.
[6] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-249: Hadith Mawdhu'.

Friday, 9 May 2025

Rasulullah SAW: Umur & Peristiwa Penting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Berikut adalah peristiwa2 penting yg berlaku semasa umur Rasulullah SAW.

Umur Peristiwa Pnting Catatan
5
Pembelahan dada Rasulullah SAW yg dilakukan oleh dua malaikat. Untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
6
Ibunya Aminah binti Wahab meninggal dunia di Al-Abwa. Al-Abw adalah sebuah kampung yg terletak di antara Makkah dan Madinah.
Selepas ibunya meninggal, Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman. Ummu Aiman adalah hamba perempuan bapa Rasulullah SAW dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
8
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. -
Selepas itu Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. -
9 {Khilaf pada 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam. Untuk urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan. Untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
20
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah.
Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul. Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
25
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
35
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal. Ini meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
40
Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul. Petanda akhir zaman.
53
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 Masihi.
63
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah. Pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 8 May 2025

Biodata Ringkas Rasullullah SAW

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Nabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia insan dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda.

Berikut adalah biodata ringkas tentang Rasulullah SAW.
Biodata Penerangan Catatan
Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kitab. 7 keturunan Nabi SAW.
Tarikh lahir 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi. Tarikh 12 Rabiuawal ini mempunyai khilaf.
Tempat lahir Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. -
Tarikh wafat 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi. Wafat masa berumur 63 tahun hijrah atau 61 tahun Masihi.
Tempat wafat Madinah Al-Munawwarah. -
Pengasuh pertama Barakah Al-Habsyiyyah (Digelar Ummu Aiman. Beliau adalah hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
Ibu susu pertama Thuwaibah. Beliau adalah hamba perempuan Abu Lahab.
Ibu susu kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah. Lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wuduk: Erti, Tujuan Dan Hikmah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Erti:
Wuduk adalah perbuatan meratakan air pada anggota tertentu beserta dengan niat.

Tujuan:
  • Wajib berwuduk jika:
    1. Untuk mendirikan solat.
    2. Untuk menyentuh / memegang Al-Quran.
    3. Untuk melakukan tawaf.
  • Sunat berwuduk jika:
    1. Sebelum tidur.
    2. Menuntut ilmu.
    3. Membaca Al-Quran.
    4. Masuk ke dalam masjid / surau.
    5. Mengawal kemarahan.

Hikmah:
  • Menunjukkan kepatuhan kepada Allah.
  • Menjaga kebersihan diri rohani dan jasmani.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 6 May 2025

Perkara Yang Membatalkan Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Wuduk dapat menhilangkan hadas dan memperolehi kesucian. Wuduk juga boleh terbatal jika kita berhadas. Hadas adalah kekokotoran pada diri yg membuat ibadah sperti solat, tawaf dan sebagainya, menjadi tidak sah.

Berikut adalah perkara2 yg membatalkan wuduk.

  1. Keluar sesuatu dari dubur atau kubul.
    Sesuatu yg keluar itu adalah cecair / lendir seperti air kencing, mazi, mani atau berupa angin seperti kentut atau berbentuk pepejal seperti tahi dan sebagainya.

    Ada banyak dalil (Rujukan) yg menyentuh perkara membatalkan wuduk seperti:

    Riwayat dari Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kpd Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:

    لاَ يَنْفَتِلْ - أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ - حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
    Ertinya: "Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau".
    Sahih Bukhari, hadis no. 137. [1]

  2. Hilang ingatan.
    Hilang ingatan disebabkan gila, pengsan, mabuk, pitam atau tidur dengan kedudukan tidak tetap.

    Ada beberapa rujukan yg mengatakan terbatal wuduk jika hiang ingatan seperti:

    Diriwayatkan oleh Zirr yg bertanya kpd Sufwan bin Assal tentang mengusap khuffs lalu Sofwan mengatakan "Rasulullah SAW mengatakan bahawa apabila dalam musafir, adalah cukup bagi kami mengusap di atas khuff-khuff kami (Ketika berwuduk) tanpa perlu menanggalkannya dalam tempuh sepanjang 3 hari sama ada disebabkan buang air besar, kencing atau tidur, kecuali jika berjunub."
    Sunan An-Nasaie, hadis no. 127, status: Hasan. [2]

  3. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan.
    Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan dan mempunyai nafsu syahwat baik antara suami dan isteri atau yang ajnabi (Bukan mahram). Ini tidak terpakai jika bersentuhann dengan kanak2 yg belum mencapai umur baligh. Persentuhan lelaki dewasa atau wanita dewasa dengan kanak2 perempuan dan kanak-kanak lelaki tidaklah membatalkan wuduk.

    Ada banyak perbahasan tentang perkara ini dan cukuplah saya merujuk kpd hadis berikut.

    A’isyah R.Anha memberitahu bahawa:

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاَةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
    Ertinya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri baginda kemudian baginda keluar menuju solat dan baginda tidak berwuduk."
    Sunan Ibn Majah, hadis no 502, status: Hasan. [3]

    Berdasarkan hadis di atas ini juga, para ulama sebahagiannya menyebut dengan lebih spesifik bahawa ciuman ini terbahagi kepada dua. Pertama, disebut sebagai ciuman rahmat (Kasih sayang) maka yang ini tidak membatalkan wuduk. Kedua, ciuman syahwat (Yang merangsang nafsu) maka jenis ini membatalkan wuduk. [4]

  4. Menyentuh kemaluan. Menyentuh kemaluan (Dubur atau kubul sendiri, atau orang lain) dengan tapak tangan (Tanpa berlapik) membatalkan wuduk.

    Ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Busrah binti Sofwan R.anha, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ
    Ertinya: "Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, maka berwuduklah.”
    Sunan Abu Dawud, hadis no. 181, status: Sahih. [5]
    Sunan An-Nasa'i, hadis no. 163, status: Sahih. [6]

  5. Murtad.
    Bila murtad, bukan sahaja wuduk terbatal malah segala amalan seseorang yg murtad akan terbatal.

    Ini berdasarkan dari surah Az-Zumar ayat 65.

    Ertinya: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (Dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (Sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi."

    Oleh itu janganlah kita menjadi orang yg rugi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 137, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 96, hadis no. 127. Maktaba Darus Salam.
[3] Sunan Ibn Majah. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 355, hadis no. 502. Maktaba Darus Salam.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Al-Kafi #1281: Adakah Batal Wuduk Apabila Bersentuhan Kulit Antara Kanak-Kanak Berlainan Jantina.
[5] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 122, Hadis no. 181. Darussalam Publishers and Distributors.
[6] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 116, hadis no. 163. Maktaba Darus Salam.

Monday, 5 May 2025

Membuat Binaan / Menghias Kubur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Adalah haram hukumnya meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, kubur tidak boleh ditinggikan melebihi SEJENGKAL dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadis daripada ‘Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya”.
Sahih Muslim, hadis no. 969. [1]

Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals ms. 499, Hadis no. 969. Darussalam Publishers and Distributors.

Musim Haji 1446H: Menjadi Duyufurrahman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Penerbangan pertama (KT Pertama) jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April (1 Zulkaedah 1446H).

Selamat menjadi tetamu-tetamu Allah (Duyufurrahman) semoga dipermudah segala urusan dan mendapat haji mabrur. Aaminn.

Perkara Makruh Semasa Mengambil Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah perkara2 yg makruh dilakaukan semasa mengambil wuduk.
  1. Berwuduk di tempat terdapat najis.
    Ini kerana dibimbangi ada terdapat tercemar najis di sekitar kwasan tempat mengambil wuduk itu.
  2. Mengulangi basuhan anggota wuduk melebihi 3 kali.
    Makruh membasuh anggota wuduk melebihi 3 kali berdasarkan Amr bin Shu'aib yang diberitahu oleh ayahnya bahawa datuknya mengatakan:

    “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.”
    Sunan An-Nasaie, hadis no. 140. Status: Hasan. [1]

  3. Berlebih-lebihan menggunakan air semasa membasuh anggota wuduk.
    Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu perkara itu adalah dilarang. Nabi SAW menggunakan air yang minima, sebanyak 1 periuk tanah untuk berwuduk seperti hadis berikut:

    Diriwayatkan oleh Amir b. Yahya yang mengatakan Abdullah b. Zaid menerangkan Rasullullah SAW mengambil wuduk dengan mengambil air di dalam periuk tanah (Earthern-ware pot) lalu membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali, kemudian mengambil air dari periuk itu untuk membasuh mulut (Berkumur), kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali, kemudian membasuh muka sebanyak 3 kali, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 2 kali, kemudian mengambil air menggunakan tangan lalu menyapu kepala dari hadapan sampai ke belakang dan dari belakang sampai ke hadapan balik, dan selepas itu membasuh kedua kaki sampai buku lali. Sahih Bukhari, hadis no. 199. [2]

  4. Meninggalkan perkara2 sunat semasa mengambil wuduk.
    Jika ditinggalkan maka hilanglah pahala sunat semasa berwuduk.

  5. Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk.
    Elakkan bercakap-cakap (Berbual-bual) perkara lara, tidak berfaedah, sia-sia dan sebagainya semasa mengambil wuduk.

    "Walaupun tiada sebarang larangan secara spesifik dari segi syarak untuk bercakap-cakap semasa mengambil wuduk namun adalah lebih baik bagi seseorang yang sedang berwuduk untuk tidak bercakap-cakap tanpa sebarang keperluan. Lebih-lebih lagi, perbuatan tidak bercakap-cakap ketika sedang berwuduk termasuk dalam perkara-perkara sunat wuduk." [3]
Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sunan An-Nasaie. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purufication, ms. 103, hadis no. 140. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 199, ms. 166. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] bukudrzulkifli.com. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. #6907: Berbual-bual Ketika Berwuduk (2024).