Page List

Friday, 18 April 2025

Perkara Sunat Semasa Mengambil Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah perkara2 sunat yang boleh dilakukan semasa mengambil wuduk.
  1. Membaca basmalah (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ )
    Hukum membaca basmalah adalah sunat sahaja dan wuduk tetap sah tanpa membacanya.

    Nota:
    Ulama berselisih pendapat tentang hukum (Wajib atau sunat) bacaan basmalah ini tetapi berdasarkan Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Makmu' mengatakan bahawa pendapat kuat ulama (Seperti Imam Al-Haramain, Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Ahmad) adalah hukumnya sunnah (sunat). [1]

  2. Tidak membazir (Berlebih-lebihan) semasa berwuduk.
    Janganlah kita membazir ketika mengambil wuduk.

    Firman Allah SWT.

    "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan adalah syaitan itu sangat kufur terhadap Tuhan-Nya."
    Surah Al-Israa', ayat 27.

  3. Membasuh tapak tangan sebanyak 3 kali.
    Membasuh tapak tangan sehingga minima ke pergelengaan tangan.

    Rujukan hadis:
    (1) Humiran (Hamba kpd Uthman RA) memberitahu bahawa dia telah membawa air kpd Uthman b. Affan RA dan melihat beliau membasuh tangannya sebanyak 3 kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam air lalu bilas / basuh mulut, kemudian membasuh hidung dengan memasukkan air ke dalamnya dan menghembus keluar, kemudian membasuh muka, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 3 kali, kemudian mengusap kepala menggunakan tangan yang basah, kemudian membasuh kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau (Uthman RA) memberitahu bahawa Rasullullah SAW bersabda "Barangsiapa mengambil wuduk sebegini dan solat 2 rakaat (Serta tidak fikirkan apa-apa antaranya), dosa-dosa yang lampau akan diampunkan.
    Sahih Bukhari, hadis no. 159. [2]

    (2) Diriwayatkan oleh Amir b. Yahya yang mengatakan Abdullah b. Zaid menerangkan Rasullullah SAW mengambil wuduk dengan mengambil air di dalam periuk tanah (Earthern-ware pot) lalu membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali, kemudian mengambil air dari periuk itu untuk membasuh mulut (Berkumur), kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali, kemudian membasuh muka sebanyak 3 kali, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 2 kali, kemudian mengambil air menggunakan tangan lalu menyapu kepala dari hadapan sampai ke belakang dan dari belakang sampai ke hadapan balik, dan selepas itu membasuh kedua kaki sampai buku lali.
    Sahih Bukhari, hadis no. 199. [3]

  4. Mengosok gigi atau bersiwak.
    Mengosok gigi menggunakan berus gigi dianggap menyerupai bersiwak. [4]

    Rujukan hadis:
    Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:

    Ertinya: "Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap solat."
    Sahih Bukhari, hadis no. 887. [5]

  5. Berkumur-kumur.
    Menggerakkan air di dalam mulut pada setiap runag mulut dan kmeudian megeluarkan air itu.

    Rujukan hadis:
    Rujuk kepada hadis2 dari Sahih Bukhari no. 159 & 199 seperti di atas.

  6. Memasukkan air ke dalam hidung.
    Memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali.

    Rujukan hadis:
    Rujuk kepada hadis2 dari Sahih Bukhari no. 159 & 199 seperti di atas.

  7. Juga terdapat hadis dari Sahih Muslim: " ... Kemudian beliau (Nabi SAW) mengambil air dengan tangannya lalu berkumur-kumur dan beristinsyaq sebanyak 3 kali ..."
    Sahih Muslim, hadis no. 235. [6]

  8. Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali.
    Terdapat beberapa hadis yg menunjukkan bilangan basuhan anggota wuduk oleh Nabi SAW, antaranya:

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak sekali:
      Daripada Ibn Abbas RA meriwayatkan:

      Ertinya: "Nabi SAW pernah berwuduk dengan membasuh setiap anggota wuduknya sekali demi sekali sahaja."
      Sahih Bukhari, hadis no. 157. [7]

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak dua kali:
      Pada kesempatan lain, Nabi Saw wuduk dengan dua kali basuhan.
      Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 158 seperti di atas.

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali:
      Nabi SAW kebiasaannya membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali. Terdapat banyak riwayat yang menunjukkan bagaimana wuduk Nabi SAW. Para ulama telah menyatakan bahawa termasuk dalam perkara sunat ialah membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali sebagaimana yg diterangkan pada Sahih Bukhari, hadis no. 159 seperti di atas.

    Berdasarkan hadis2 di atas, al-Imam al-Syaukani berkomentar dalam kitab Nailal-Authar menerangkan bahawa ...

    "Hadis2 tersebut menunjukkan yg wajib dalam berwuduk adalah satu kali, kerana itulah Nabi SAW pernah melakukan satu kali-satu kali, seandainya yg wajib itu dua kali atau tiga kali, tentu Nabi SAW tidak pernah melakukan satu kali. [7]

    Basuhan melebihi sekali iaitu dua atau tiga kali adalah sunat.

  9. Membasuh bahagian dalam & luar telinga.
    Membasuh bahagian dalam dan luar telinga ini adalah kesinambungan dari perkara wajib basuhan / usapan kepala. Caranya adalah usap dengan kedua2 tangan yg basah / berair dari hadapan kepala sampai ke belakang kepala dan kembalikan tangan ke hadapan kepala lalu terus membilas telinga kiri & kanan serentak.

    Rujukan hadis:
    • Ada beberapa hadis yg mengatakan bahawa telinga adalah sebahagian dari kepala seperti hadis di bawah:

      "Dua telinga adalah sebahagian dari kepala".
      Sunan Abu Dawud, hadis no. 134 (Hasan). [8]
      Jami' At-Tirmizi, hadis no. 37 (Hasan). [9]

    • Mengusap kepala lalu terus mengusap telinga.
      "... beliau (Nabi SAW) mengusap kepalanya dan memasukkan jari telunjuknya ke dalam telinga sambil mengusap bahagian luar telinganya dengan ibu jari dan bahagian dalam dengan jari telunjuk ..."
      Sunan Abu Dawud, hadis no. 135 (Hasan). [10]

      Tambahan komen dari At-Tirmizi:
      "Dipenjelas oleh Zaid Al-Ma'ad yang menyebut bahawa kebanyakan orang yang berilmu, seperti Sa'id bin Al-Musayyab, 'Afa, Hassan, Ibn Sirin, Sa'eed bin Jubair, Nakh'i, Tsawri, Ibn Al-Mubarak, Malik, pengikut analogi, Ahmad dan Ishaq, mempunyai pendapat yang sangat serupa iaitu tidak perlu mengusap telinga dengan air bersih atau air yang baru (Nota kaki Zad Al-Ma'ad, Jilid 1, muka surat 198) dan ini adalah pandangan yang diutamakan." [11]

  10. Membersihkan sela2 jari tangan & kaki.
    Membersihkan / menggosok / membasahi sela2 jari tangan dan kaki adalah sunat.

    Petikan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Al-Kafi #1576:
    "Hukum menggosok anggota wuduk setelah mengenakan air ke anggota wuduk adalah sunat. Justeru, sekiranya seseorang yang berwuduk sekadar mengenakan air kepada anggota wuduknya seperti meletakkan tangan atau kaki di bawah air paip, maka wuduknya adalah sah. Meskipun begitu, sekiranya tanpa menggosok anggota badan semasa wuduk akan menyebabkan air tidak kena kepada anggota tersebut, maka dalam keadaan ini hukum menggosok anggota wuduk tersebut adalah wajib." [12]

  11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri semasa membasuh anggota wuduk.
    Bila berwuduk dahulukan anggota kanan seprti hadis berikut.

    Daripada Aisyah RA berkata "Nabi SAW suka memulai dari sebelah kanan saat mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam segala aktivitinya."
    Sahih Bukhari, hadis no. 168 [13]

  12. Memanjangkan basuhan bahagian anggota wuduk.
    Memanjangkan basuhan bahagian anggota wuduk melebihi bahagian yg wajib dibasuh supaya mendapat manfaat di akhirat nanti.

    Diriwayatkan oleh Nu'aim Al-Mujmir (Bila beliau bersama Abu Hurairah di atas bumbung masjid), beliau mendengar Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan wajah, tangan dan kakinya nampak bercahaya kerana cahaya bekas wuduk. Barang siapa antara kalian dapat memperpanjang cahaya tersebut, hendaklah ia melakukannya".
    Sahih Bukhari, hadis no. 136. [14]

    Nota:
    Hadis seebegini juga disebut di dalam Sahih Muslim no. 246. [15]

  13. Mengusap kepala dari bahagian hadapan kepala.
    Usaplah kepala dengan menggunakan kedua2 tangan dari hadapan sampai ke belakang (Tengkuk) dan tarik balik ke hadapan.

    Rujukan hadis:
    Diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid RA bahawa Nabi SAW " ... Kemudian beliau (Nabi SAW) mengusap kepalanya dengan dua tangannya dari bahagian depan ke bahagian belakang iaitu dimulakan mengusap tersebut dari depan kepalanya hingga hingga ke bahagian tengkuknya lalu menarik (Mengusap) hingga ke bahagian depan kembali (Tempat dimulakan mengusap) ..."
    Sahih Bukhari, hadis no. 185. [16]

  14. Berdoa setelah selesai wuduk.
    Berdoalah selepas berwuduk seperti ditrgaskan oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

    "Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, kecuali akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu."
    Sahih Muslim, hadis no. 234. [17]

    Contoh doa selepas wuduk:

    اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
    Ertinya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya."

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Al-Majmu' (Syarah Al-Muhadzdzab). Buku 1, ms. 685 - 687. Pustaka Azzam.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 159, ms. 146. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 199, ms. 166. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Hukum Siri ke-488: Adakah Memberus Gigi Boleh Disamakan Dengan Tuntutan Bersiwak?
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of Al-Jumu'ah (Friday), hadis no. 887, ms. 26. Darussalam Publishers and Distributors.
[6] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 235, ms. 365. Darussalam Publishers and Distributors.
[7] Nailul Authar - Al Imam Asy-Syaukani. Penyusun: Syaikh Faishal bin Abdul Aziz Alu Mubarak. Jilid 1, mn. 136. Pustaka Azzam.
[8] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, hadis no. 134, ms. 94. Darussalam Publishers and Distributors.
[9] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 1, The Chapters on Purification, hadis no. 37, ms. 69. Darussalam Publishers and Distributors.
[10] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, hadis no. 135, ms. 95. Darussalam Publishers and Distributors.
[11] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 1, The Chapters on Purification, ms. 70. Darussalam Publishers and Distributors.
[12] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2020). Al-Kafi #1576: Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwuduk Dan Mandi Jubub.
[13] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 168, ms. 150. Darussalam Publishers and Distributors.
[14] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 136, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
[15] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 246, ms. 374. Darussalam Publishers and Distributors.
[16] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 185, ms. 159. Darussalam Publishers and Distributors.
[17] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 234, ms. 364. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment