- Berwuduk di tempat terdapat najis. Ini kerana dibimbangi ada terdapat tercemar najis di sekitar kwasan tempat mengambil wuduk itu.
- Mengulangi basuhan anggota wuduk melebihi 3 kali. Makruh membasuh anggota wuduk melebihi 3 kali berdasarkan Amr bin Shu'aib yang diberitahu oleh ayahnya bahawa datuknya mengatakan: “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.” Sunan An-Nasaie, hadis no. 140. Status: Hasan. [1]
- Berlebih-lebihan menggunakan air semasa membasuh anggota wuduk. Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu perkara itu adalah dilarang. Nabi SAW menggunakan air yang minima, sebanyak 1 periuk tanah untuk berwuduk seperti hadis berikut: Diriwayatkan oleh Amir b. Yahya yang mengatakan Abdullah b. Zaid menerangkan Rasullullah SAW mengambil wuduk dengan mengambil air di dalam periuk tanah (Earthern-ware pot) lalu membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali, kemudian mengambil air dari periuk itu untuk membasuh mulut (Berkumur), kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali, kemudian membasuh muka sebanyak 3 kali, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 2 kali, kemudian mengambil air menggunakan tangan lalu menyapu kepala dari hadapan sampai ke belakang dan dari belakang sampai ke hadapan balik, dan selepas itu membasuh kedua kaki sampai buku lali. Sahih Bukhari, hadis no. 199. [2]
- Meninggalkan perkara2 sunat semasa mengambil wuduk. Jika ditinggalkan maka hilanglah pahala sunat semasa berwuduk.
- Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk. Elakkan bercakap-cakap (Berbual-bual) perkara lara, tidak berfaedah, sia-sia dan sebagainya semasa mengambil wuduk. "Walaupun tiada sebarang larangan secara spesifik dari segi syarak untuk bercakap-cakap semasa mengambil wuduk namun adalah lebih baik bagi seseorang yang sedang berwuduk untuk tidak bercakap-cakap tanpa sebarang keperluan. Lebih-lebih lagi, perbuatan tidak bercakap-cakap ketika sedang berwuduk termasuk dalam perkara-perkara sunat wuduk." [3]
Monday, 5 May 2025
Perkara Makruh Semasa Mengambil Wuduk
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berikut adalah perkara2 yg makruh dilakaukan semasa mengambil wuduk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment