| Umur | Peristiwa Pnting | Catatan |
|---|---|---|
| Pembelahan dada Rasulullah SAW yg dilakukan oleh dua malaikat. | Untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. | |
| Ibunya Aminah binti Wahab meninggal dunia di Al-Abwa. | Al-Abw adalah sebuah kampung yg terletak di antara Makkah dan Madinah. | |
| Selepas ibunya meninggal, Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman. | Ummu Aiman adalah hamba perempuan bapa Rasulullah SAW dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. | |
| Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. | - | |
| Selepas itu Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. | - | |
| Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam. | Untuk urusan perniagaan. | |
| Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan. | Untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. | |
| Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. | Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah. | |
| Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul. | Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. | |
| Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. | Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. | |
| Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. | Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. | |
| Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. | Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar dan penduduk Makkah. | |
| Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal. | Ini meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. | |
| Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul. | Petanda akhir zaman. | |
| Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. | Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 Masihi. | |
| Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah. | Pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi. |
Showing posts with label Kenali Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kenali Nabi. Show all posts
Friday, 9 May 2025
Rasulullah SAW: Umur & Peristiwa Penting
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Berikut adalah peristiwa2 penting yg berlaku semasa umur Rasulullah SAW.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.
والله أعلمُ بالـصـواب
Thursday, 8 May 2025
Biodata Ringkas Rasullullah SAW
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Nabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia insan dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda.
Berikut adalah biodata ringkas tentang Rasulullah SAW.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.
والله أعلمُ بالـصـواب
| Biodata | Penerangan | Catatan |
|---|---|---|
| Nama | Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kitab. | 7 keturunan Nabi SAW. |
| Tarikh lahir | 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi. | Tarikh 12 Rabiuawal ini mempunyai khilaf. |
| Tempat lahir | Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. | - |
| Tarikh wafat | 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi. | Wafat masa berumur 63 tahun hijrah atau 61 tahun Masihi. |
| Tempat wafat | Madinah Al-Munawwarah. | - |
| Pengasuh pertama | Barakah Al-Habsyiyyah (Digelar Ummu Aiman. | Beliau adalah hamba perempuan bapa Rasulullah SAW |
| Ibu susu pertama | Thuwaibah. | Beliau adalah hamba perempuan Abu Lahab. |
| Ibu susu kedua | Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah. | Lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah. |
Monday, 16 September 2024
Mengenali Akhlak Rasulullah SAW
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Salam Maulidur Rasul untuk semua hari ini 12 Rabiul Awal 1446H.
{ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ }
"𝘋𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘢𝘬𝘩𝘭𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘮𝘶𝘭𝘪𝘢" (𝘈𝘭-𝘘𝘢𝘭𝘢𝘮 : 4)
Mari kita mengenali akhlak Rasululullah ﷺ.
- Baginda selalu diam.
- Berbicara ketika perlu.
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat.
- Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
- Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
- Berfikir terus-menerus.
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
- Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
- Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
- Marah bukan kerana nafsu.
- Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
- Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
- Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
- Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
- Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
- Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
- Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
- Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
- Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
- Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
- Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
- Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
- Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
- Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
- Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
- Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
- Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
- Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
- Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
- Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
- Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
- Paling berlapang dada.
- Paling tepat dalam berbicara.
- Paling halus keperibadiannya.
- Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
