Page List

Tuesday, 6 May 2025

Perkara Yang Membatalkan Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Wuduk dapat menhilangkan hadas dan memperolehi kesucian. Wuduk juga boleh terbatal jika kita berhadas. Hadas adalah kekokotoran pada diri yg membuat ibadah sperti solat, tawaf dan sebagainya, menjadi tidak sah.

Berikut adalah perkara2 yg membatalkan wuduk.

  1. Keluar sesuatu dari dubur atau kubul.
    Sesuatu yg keluar itu adalah cecair / lendir seperti air kencing, mazi, mani atau berupa angin seperti kentut atau berbentuk pepejal seperti tahi dan sebagainya.

    Ada banyak dalil (Rujukan) yg menyentuh perkara membatalkan wuduk seperti:

    Riwayat dari Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kpd Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:

    لاَ يَنْفَتِلْ - أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ - حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
    Ertinya: "Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau".
    Sahih Bukhari, hadis no. 137. [1]

  2. Hilang ingatan.
    Hilang ingatan disebabkan gila, pengsan, mabuk, pitam atau tidur dengan kedudukan tidak tetap.

    Ada beberapa rujukan yg mengatakan terbatal wuduk jika hiang ingatan seperti:

    Diriwayatkan oleh Zirr yg bertanya kpd Sufwan bin Assal tentang mengusap khuffs lalu Sofwan mengatakan "Rasulullah SAW mengatakan bahawa apabila dalam musafir, adalah cukup bagi kami mengusap di atas khuff-khuff kami (Ketika berwuduk) tanpa perlu menanggalkannya dalam tempuh sepanjang 3 hari sama ada disebabkan buang air besar, kencing atau tidur, kecuali jika berjunub."
    Sunan An-Nasaie, hadis no. 127, status: Hasan. [2]

  3. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan.
    Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan dan mempunyai nafsu syahwat baik antara suami dan isteri atau yang ajnabi (Bukan mahram). Ini tidak terpakai jika bersentuhann dengan kanak2 yg belum mencapai umur baligh. Persentuhan lelaki dewasa atau wanita dewasa dengan kanak2 perempuan dan kanak-kanak lelaki tidaklah membatalkan wuduk.

    Ada banyak perbahasan tentang perkara ini dan cukuplah saya merujuk kpd hadis berikut.

    A’isyah R.Anha memberitahu bahawa:

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاَةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
    Ertinya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri baginda kemudian baginda keluar menuju solat dan baginda tidak berwuduk."
    Sunan Ibn Majah, hadis no 502, status: Hasan. [3]

    Berdasarkan hadis di atas ini juga, para ulama sebahagiannya menyebut dengan lebih spesifik bahawa ciuman ini terbahagi kepada dua. Pertama, disebut sebagai ciuman rahmat (Kasih sayang) maka yang ini tidak membatalkan wuduk. Kedua, ciuman syahwat (Yang merangsang nafsu) maka jenis ini membatalkan wuduk. [4]

  4. Menyentuh kemaluan. Menyentuh kemaluan (Dubur atau kubul sendiri, atau orang lain) dengan tapak tangan (Tanpa berlapik) membatalkan wuduk.

    Ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Busrah binti Sofwan R.anha, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ
    Ertinya: "Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, maka berwuduklah.”
    Sunan Abu Dawud, hadis no. 181, status: Sahih. [5]
    Sunan An-Nasa'i, hadis no. 163, status: Sahih. [6]

  5. Murtad.
    Bila murtad, bukan sahaja wuduk terbatal malah segala amalan seseorang yg murtad akan terbatal.

    Ini berdasarkan dari surah Az-Zumar ayat 65.

    Ertinya: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (Dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (Sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi."

    Oleh itu janganlah kita menjadi orang yg rugi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 137, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 96, hadis no. 127. Maktaba Darus Salam.
[3] Sunan Ibn Majah. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 355, hadis no. 502. Maktaba Darus Salam.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Al-Kafi #1281: Adakah Batal Wuduk Apabila Bersentuhan Kulit Antara Kanak-Kanak Berlainan Jantina.
[5] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 122, Hadis no. 181. Darussalam Publishers and Distributors.
[6] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 1, The Book of Purification, ms. 116, hadis no. 163. Maktaba Darus Salam.

No comments:

Post a Comment