Page List

Friday, 18 April 2025

Perkara Sunat Semasa Mengambil Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah perkara2 sunat yang boleh dilakukan semasa mengambil wuduk.
  1. Membaca basmalah (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ )
    Hukum membaca basmalah adalah sunat sahaja dan wuduk tetap sah tanpa membacanya.

    Nota:
    Ulama berselisih pendapat tentang hukum (Wajib atau sunat) bacaan basmalah ini tetapi berdasarkan Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Makmu' mengatakan bahawa pendapat kuat ulama (Seperti Imam Al-Haramain, Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Ahmad) adalah hukumnya sunnah (sunat). [1]

  2. Tidak membazir (Berlebih-lebihan) semasa berwuduk.
    Janganlah kita membazir ketika mengambil wuduk.

    Firman Allah SWT.

    "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan adalah syaitan itu sangat kufur terhadap Tuhan-Nya."
    Surah Al-Israa', ayat 27.

  3. Membasuh tapak tangan sebanyak 3 kali.
    Membasuh tapak tangan sehingga minima ke pergelengaan tangan.

    Rujukan hadis:
    (1) Humiran (Hamba kpd Uthman RA) memberitahu bahawa dia telah membawa air kpd Uthman b. Affan RA dan melihat beliau membasuh tangannya sebanyak 3 kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam air lalu bilas / basuh mulut, kemudian membasuh hidung dengan memasukkan air ke dalamnya dan menghembus keluar, kemudian membasuh muka, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 3 kali, kemudian mengusap kepala menggunakan tangan yang basah, kemudian membasuh kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau (Uthman RA) memberitahu bahawa Rasullullah SAW bersabda "Barangsiapa mengambil wuduk sebegini dan solat 2 rakaat (Serta tidak fikirkan apa-apa antaranya), dosa-dosa yang lampau akan diampunkan.
    Sahih Bukhari, hadis no. 159. [2]

    (2) Diriwayatkan oleh Amir b. Yahya yang mengatakan Abdullah b. Zaid menerangkan Rasullullah SAW mengambil wuduk dengan mengambil air di dalam periuk tanah (Earthern-ware pot) lalu membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali, kemudian mengambil air dari periuk itu untuk membasuh mulut (Berkumur), kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali, kemudian membasuh muka sebanyak 3 kali, kemudian membasuh tangan hingga ke siku sebanyak 2 kali, kemudian mengambil air menggunakan tangan lalu menyapu kepala dari hadapan sampai ke belakang dan dari belakang sampai ke hadapan balik, dan selepas itu membasuh kedua kaki sampai buku lali.
    Sahih Bukhari, hadis no. 199. [3]

  4. Mengosok gigi atau bersiwak.
    Mengosok gigi menggunakan berus gigi dianggap menyerupai bersiwak. [4]

    Rujukan hadis:
    Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:

    Ertinya: "Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap solat."
    Sahih Bukhari, hadis no. 887. [5]

  5. Berkumur-kumur.
    Menggerakkan air di dalam mulut pada setiap runag mulut dan kmeudian megeluarkan air itu.

    Rujukan hadis:
    Rujuk kepada hadis2 dari Sahih Bukhari no. 159 & 199 seperti di atas.

  6. Memasukkan air ke dalam hidung.
    Memasukkan air ke dalam hidung dan menghamburkannya (Istinsyaq & istintsar) sebanyak 3 kali.

    Rujukan hadis:
    Rujuk kepada hadis2 dari Sahih Bukhari no. 159 & 199 seperti di atas.

  7. Juga terdapat hadis dari Sahih Muslim: " ... Kemudian beliau (Nabi SAW) mengambil air dengan tangannya lalu berkumur-kumur dan beristinsyaq sebanyak 3 kali ..."
    Sahih Muslim, hadis no. 235. [6]

  8. Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali.
    Terdapat beberapa hadis yg menunjukkan bilangan basuhan anggota wuduk oleh Nabi SAW, antaranya:

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak sekali:
      Daripada Ibn Abbas RA meriwayatkan:

      Ertinya: "Nabi SAW pernah berwuduk dengan membasuh setiap anggota wuduknya sekali demi sekali sahaja."
      Sahih Bukhari, hadis no. 157. [7]

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak dua kali:
      Pada kesempatan lain, Nabi Saw wuduk dengan dua kali basuhan.
      Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 158 seperti di atas.

    • Rasulullah SAW membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali:
      Nabi SAW kebiasaannya membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali. Terdapat banyak riwayat yang menunjukkan bagaimana wuduk Nabi SAW. Para ulama telah menyatakan bahawa termasuk dalam perkara sunat ialah membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali sebagaimana yg diterangkan pada Sahih Bukhari, hadis no. 159 seperti di atas.

    Berdasarkan hadis2 di atas, al-Imam al-Syaukani berkomentar dalam kitab Nailal-Authar menerangkan bahawa ...

    "Hadis2 tersebut menunjukkan yg wajib dalam berwuduk adalah satu kali, kerana itulah Nabi SAW pernah melakukan satu kali-satu kali, seandainya yg wajib itu dua kali atau tiga kali, tentu Nabi SAW tidak pernah melakukan satu kali. [7]

    Basuhan melebihi sekali iaitu dua atau tiga kali adalah sunat.

  9. Membasuh bahagian dalam & luar telinga.
    Membasuh bahagian dalam dan luar telinga ini adalah kesinambungan dari perkara wajib basuhan / usapan kepala. Caranya adalah usap dengan kedua2 tangan yg basah / berair dari hadapan kepala sampai ke belakang kepala dan kembalikan tangan ke hadapan kepala lalu terus membilas telinga kiri & kanan serentak.

    Rujukan hadis:
    • Ada beberapa hadis yg mengatakan bahawa telinga adalah sebahagian dari kepala seperti hadis di bawah:

      "Dua telinga adalah sebahagian dari kepala".
      Sunan Abu Dawud, hadis no. 134 (Hasan). [8]
      Jami' At-Tirmizi, hadis no. 37 (Hasan). [9]

    • Mengusap kepala lalu terus mengusap telinga.
      "... beliau (Nabi SAW) mengusap kepalanya dan memasukkan jari telunjuknya ke dalam telinga sambil mengusap bahagian luar telinganya dengan ibu jari dan bahagian dalam dengan jari telunjuk ..."
      Sunan Abu Dawud, hadis no. 135 (Hasan). [10]

      Tambahan komen dari At-Tirmizi:
      "Dipenjelas oleh Zaid Al-Ma'ad yang menyebut bahawa kebanyakan orang yang berilmu, seperti Sa'id bin Al-Musayyab, 'Afa, Hassan, Ibn Sirin, Sa'eed bin Jubair, Nakh'i, Tsawri, Ibn Al-Mubarak, Malik, pengikut analogi, Ahmad dan Ishaq, mempunyai pendapat yang sangat serupa iaitu tidak perlu mengusap telinga dengan air bersih atau air yang baru (Nota kaki Zad Al-Ma'ad, Jilid 1, muka surat 198) dan ini adalah pandangan yang diutamakan." [11]

  10. Membersihkan sela2 jari tangan & kaki.
    Membersihkan / menggosok / membasahi sela2 jari tangan dan kaki adalah sunat.

    Petikan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Al-Kafi #1576:
    "Hukum menggosok anggota wuduk setelah mengenakan air ke anggota wuduk adalah sunat. Justeru, sekiranya seseorang yang berwuduk sekadar mengenakan air kepada anggota wuduknya seperti meletakkan tangan atau kaki di bawah air paip, maka wuduknya adalah sah. Meskipun begitu, sekiranya tanpa menggosok anggota badan semasa wuduk akan menyebabkan air tidak kena kepada anggota tersebut, maka dalam keadaan ini hukum menggosok anggota wuduk tersebut adalah wajib." [12]

  11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri semasa membasuh anggota wuduk.
    Bila berwuduk dahulukan anggota kanan seprti hadis berikut.

    Daripada Aisyah RA berkata "Nabi SAW suka memulai dari sebelah kanan saat mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam segala aktivitinya."
    Sahih Bukhari, hadis no. 168 [13]

  12. Memanjangkan basuhan bahagian anggota wuduk.
    Memanjangkan basuhan bahagian anggota wuduk melebihi bahagian yg wajib dibasuh supaya mendapat manfaat di akhirat nanti.

    Diriwayatkan oleh Nu'aim Al-Mujmir (Bila beliau bersama Abu Hurairah di atas bumbung masjid), beliau mendengar Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan wajah, tangan dan kakinya nampak bercahaya kerana cahaya bekas wuduk. Barang siapa antara kalian dapat memperpanjang cahaya tersebut, hendaklah ia melakukannya".
    Sahih Bukhari, hadis no. 136. [14]

    Nota:
    Hadis seebegini juga disebut di dalam Sahih Muslim no. 246. [15]

  13. Mengusap kepala dari bahagian hadapan kepala.
    Usaplah kepala dengan menggunakan kedua2 tangan dari hadapan sampai ke belakang (Tengkuk) dan tarik balik ke hadapan.

    Rujukan hadis:
    Diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid RA bahawa Nabi SAW " ... Kemudian beliau (Nabi SAW) mengusap kepalanya dengan dua tangannya dari bahagian depan ke bahagian belakang iaitu dimulakan mengusap tersebut dari depan kepalanya hingga hingga ke bahagian tengkuknya lalu menarik (Mengusap) hingga ke bahagian depan kembali (Tempat dimulakan mengusap) ..."
    Sahih Bukhari, hadis no. 185. [16]

  14. Berdoa setelah selesai wuduk.
    Berdoalah selepas berwuduk seperti ditrgaskan oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

    "Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, kecuali akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu."
    Sahih Muslim, hadis no. 234. [17]

    Contoh doa selepas wuduk:

    اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
    Ertinya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya."

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Al-Majmu' (Syarah Al-Muhadzdzab). Buku 1, ms. 685 - 687. Pustaka Azzam.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 159, ms. 146. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 199, ms. 166. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Hukum Siri ke-488: Adakah Memberus Gigi Boleh Disamakan Dengan Tuntutan Bersiwak?
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of Al-Jumu'ah (Friday), hadis no. 887, ms. 26. Darussalam Publishers and Distributors.
[6] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 235, ms. 365. Darussalam Publishers and Distributors.
[7] Nailul Authar - Al Imam Asy-Syaukani. Penyusun: Syaikh Faishal bin Abdul Aziz Alu Mubarak. Jilid 1, mn. 136. Pustaka Azzam.
[8] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, hadis no. 134, ms. 94. Darussalam Publishers and Distributors.
[9] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 1, The Chapters on Purification, hadis no. 37, ms. 69. Darussalam Publishers and Distributors.
[10] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Purification, hadis no. 135, ms. 95. Darussalam Publishers and Distributors.
[11] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 1, The Chapters on Purification, ms. 70. Darussalam Publishers and Distributors.
[12] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2020). Al-Kafi #1576: Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwuduk Dan Mandi Jubub.
[13] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 168, ms. 150. Darussalam Publishers and Distributors.
[14] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 136, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
[15] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 246, ms. 374. Darussalam Publishers and Distributors.
[16] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book Of Wudu', hadis no. 185, ms. 159. Darussalam Publishers and Distributors.
[17] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, hadis no. 234, ms. 364. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 17 April 2025

Perkara Wajib Semasa Mengambil Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berwuduk dengan betul adalah salah satu kesempurnaan solat.

Berikut adalah perkara2 yg wajib (Mungkin juga dipanggil rukun wuduk) disempurnakan semasa mengambil wuduk, jika tidak dilakukan wuduk tidak sah.
  1. Niat:
    Tidak sah wuduk jika tidak disertakan niat. Contoh niat adalah "Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala."

    Rasulullah SAW bersabda:

    Ertinya: "Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia nia"
    Sahih Muslim (Riwayat Umar Al-Khattab) - hadis no. 1907 [1], Jami' At-Tirmizi (Riwayat Abu Musa) - hadis no. 1646 (Sahih) [2], Sunan Abu Dawud (Riwayat Umar Al-Khattab) - hadis no. 2201 (Sahih) [3]

    Contoh niat wuduk adalah "Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala".

    wuduk menjadi sah jika niat tersebut dilakukan ketika mula membasuh mana-mana bahagian wajah. [5]

  2. Membasuh muka.
    Membasuh muka dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telinga kanan hingga pasak telinga kiri.

    Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6.

    Ertinya: "Wahai orang-orang yang berimam, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu."

  3. Membasuh tangan.
    Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

    Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6.

    Ertinya: "Wahai orang-orang yang berimam, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku."

  4. Mengusap sebahagian rambut.
    Mengusap sebahagian rambut di kepala.

    Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6.

    Ertinya: "Wahai orang-orang yang berimam, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku dan sapulah (Usaplah) kepala kamu."

  5. Membasuh kedua kaki.
    Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali.

    irman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6.

    Ertinya: "Wahai orang-orang yang berimam, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu, dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku, dan sapulah (Usaplah) kepala kamu, dan basuhlah kaki kamu sampai kedua buku lali."

  6. Tertib (Al-Muwalah atau berterusan).
    Wudhu mestilah dilaksanakan secara tertib. Anggota badan yang didahulukan wajib didahulukan dan yang kemudian, dikemudiankan. Tertib adalah melaksanakan bermula dari No. 1, 2, 3, 4, dan akhir sekali No. 5.

    Firman Allah dalam surah Al-Muwalah ayat 33.

    Ertinya: "Wahai orang-orang yang berimam, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan (Pahala) amalan-amalan kamu."

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 5, The Book of Leadership, Hadis no. 1907, page 242. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 3, The Chapters on The Virtues of Jihad, Hadis No. 1646, ms. 399. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 3, The Book of Divorce, ms. 35, Hadis no. 2201. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
[5] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #899: Berniat Wuduk Sebelum Air Terkena Muka.

Monday, 14 April 2025

Gaza Menunjukkan Siapa Munafik Di Kalangan Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berbanyak terima kasih kepada saudara2ku di Gaza kerana asbab kamu semua MUNAFIK yg berkata ... akulah Islam dan aku cintakan Nabi SAW terbongkar / terserlah / diketahui umum.

Siapa yg munafik?

  • Seseorang yg tidak menzahirkan kekufuran dgn cara menyembunyikan di dalam hati dan pada masa yg sama menzahirkan keimanan secara berpura-pura.
  • Berpura-pura percaya atau setia kpd agama tetapi sebenarnya dalam hatinya tidak suka (selalu) mengatakan sesuatu yg tidak sesuai / sama dgn perbuatannya.
  • Orang yg pada zahirnya mengaku keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi SAW tetapi sebenarnya tidak berimam.
  • Orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg dikatakan, disampaikan, diwar2kan, diberitakan, dimanifeskan secara lisan atau melalui media social seperti Whatsapp, Facebook dan Tik Tok.

Cuba kita lihat sekelining kita sekarang dan buat analisa sendiri ...

  • Berapa ramai yg hanya berdiam diri (Buat tak tahu) bila Islam / Allah / Nabi SAW dihina oleh orang bukan Islam.
  • Berapa ramai yg bila umat Islam di Gaza diserang / dibunuh / dizalimi tetapi langsung tidak mearsa apa2 untuk melakukakan apa2 yg dianggap minima seperti berdoa untuk mereka.
  • Berapa ramai pemimpin2 Islam yg hanya berdiam diri bila umat Islam di Gaza dizalimi dan dibunuh.

Dan ... paling malang adalah bila umat Islam di Gaza dizalimi dan dibunuh dgn kejam, ada pula yg menyokong dgn mengatakan yahudi mempunyai hak untuk berbuat sedemikian.


Tuan2 dan puan2 kita semua akan menjawab di hadapan Allah SWT nanti di akhirat tentang apa yg kita telah lakukan terhadap saudara2 kita di Gaza.

والله أعلمُ بالـصـواب

Monday, 7 April 2025

Ada Kelebihan Mati Malam Jumaat / Hari Jumaat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

"Kematian yg baik atau husnul khatimah bergantung kpd amalan2 kita semasa hidup dan bukannya bergantung pada hari apa kita meninggal dunia"


Kematian yg baik atau husnul khatimah bergantung kpd amalan2 kita semasa kita hidup dan bukannya bergantung pada hari apa kita meninggal dunia

Tujuan saya berkongsi article ini petikan dari Irsyad Al-Hadith Siri Ke-59 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah untuk membetulkan tanggapan masyarakat yg tidak tepat yg mengatakan jika mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan mendapat kelebihan. Ini pendapat yg tidak benar disebabkan tiada sebarang hadis yg sahih yg menyokongnya.

MATAN HADITH

Berikut adalah hadith-hadith yang berkaitan dengan mati pada hari jumaat atau malam Jumaat:

Hadith Pertama:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur”. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]

Hadith Kedua:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 994]

Hadith Ketiga:

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”. [Hilyah al-Awliya’, 3:181]

Hadith Keempat:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَتَهَا غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malamnya diampunkan (dosa) baginya”. [Mizan al-I’tidal, 4:299]

HUKUM HADITH

Hadith yang pertama: Hukum hadith ini dihukum hasan dengan kesemua jalurnya (sanad) oleh al-Albani di dalam karyanya Ahkam al-Jana’iz. Syeikh Syu’aib al-Arnout mengatakan sanad pada hadith ini dhaif (lemah) dan syawahid yang ada untuk menyokong hadith ini adalah tidak boleh dan sesuai untuk dijadikan syawahid. Selain itu, beliau mengatakan bahawa al-Albani telah tersalah di dalam menghukum terhadap hadith ini kerana mengikut al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi. [Lihat: Musnad Ahmad, 11:150]

Hadith yang kedua: Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai Gharib (ganjil) dan sanad yang ada pada hadith ini tidak bersambung. Begitu juga, al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa pada sanad hadith ini adalah dhaif. [Lihat: Fath al-Bari, 3:253]

Hadith yang ketiga: Imam Ibn al-Qayyim menghukum hadith ini sebagai dhaif kerana padanya perawi bernama Umar bin Musa dan dia adalah seorang yang dhaif. [Lihat: al-Ruh, 81]. Syeikh Syu’aib al-Arnout mengatakan berkaitan hadith Jabir ini, telah berkata Abu Hatim bahawa Umar bin Musa seorang yang lupa akan hadith dan juga memalsukan hadith. Selain itu, al-Daraqutni dan al-Nasa’ie menghukumnya sebagai Matruk (riwayatnya ditinggalkan). Tambahan pula, Ibn ‘Adiy mengatakan Umar bin Musa merupakan seorang yang memalsukan hadith pada matan dan juga sanad. [Lihat: Musnad Ahmad, 11:150]

Hadith yang keempat: Imam al-Zahabi menghukum riwayat (hadith) ini sebagai mungkar. [Lihat: Mizan al-I’tidal, 4:299]

TARJIH (KESIMPULAN)

Berdasarkan hukum-hukum hadith yang kami nyatakan di atas, kami memilih dan cenderung untuk mengatakan bahawa TIADA HADITH YANG SAHIH dalam menceritakan akan kelebihan orang yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Tambahan pula, kami nyatakan di sini bahawa barangsiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan bahawa orang tersebut memperoleh husnul khatimah (pengakhiran yang baik).


Tuan2 / puan2 sekalian yg dirahmati Allah, kematian yg baik atau husnul khatimah adalah bergantung kpd amalan2 kita semasa kita hidup dan bukannya bergantung pada hari apa kita meninggal dunia.

Mari renung sejenak ... Nabi SAW wafat pada hari Isnin dan bukannnya hari Jumaat. Oleh itu adalah lebih baik jika kita terus beramal soleh daripada memikirkan kelebihan mati pada hari Jumaat yg tiada satu pun hadis sahih menyokongnya.

Diharap perkongsian ini membawa manfaat dan kita semua sentiasa di dalam redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2016). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-59: Kelebihan Mati Pada Hari Jumaat.

Saturday, 5 April 2025

Perjanjian & Tujuan Penciptaan Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Ingatlah wahai kita semua yg kita ada perjanjian dgn pencipta kita iaitu Allah SWT. Kita bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan yg disembah dan akan patuh kpd segala perintah-Nya. Patuh kpd utusan-Nya iaitu Nabi kita Muhammad SAW. Janganlah kita cuba untuk menggugat perjanjian ini.

PERJANJIAN

Perjanjian ini jelas telah direkodkan di dalam Surah al-A‘raf ayat 172 seperti di bawah.

Ertinya:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

TUJUAN PENCIPTAAN

Sekarang apa pula tujuan kita diwujudkan di dunia ini oleh Allah SWT. Tujuan kewujudan manusia adalah diterangkan di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 seperti di bawah.

Ertinya:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku"

Tujuan penciptaan adalah hanya untuk beribadah kpd Allah SWT. Ibadah adalah janji antara hamba dan Pencipta mereka. Ianya adalah suatu Perjanjian yg telah berlaku semenjak azali lagi dan tiada seorang pun anak2 Adam yang terlepas melainkan dirinya mesti menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya.

Ibadah ini bukan hanya tidak syirik, solat, puasa dan sedekah. Ianya merangkumi skop yg lebih luas seperti menjauhi dari urusan riba, menegakkan undang2 syariah, berdakwah, dan mempertahankan agama dan utussn-Nya (Contoh Nabi Muhammad SAW) daripada dihina / dicerca sebagainya.

JIKA PATUH PADA PERJANJIAN & TUJUAN PENCIPTAAN

Jika patuh kita akan berjaya di dunia & akhirat seperti diterangkan di dalam Surah Al-Hajj ayat 77 seperti di bawah.

Ertinya:
"“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

JIKA TIDAK PATUH PADA PERJANJIAN

Akibatnya amatlah pedih / dahsyat seperti firman2 Allah di bawah.

Dari Surah Ibrahim ayat 7:

Ertinya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur pasti Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar maka sesungguhnya azab-Ku sangat keras / pedih.”

Juga dari Surah Al-Hajj ayat 22.

Ertinya:
“Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!”

KESIMPULAN

Kita wajib ingat & mengingatkan tentang perjanjian antara kita dan Allah sebelum kewujudan kita di dunia ini. Kita juga wajib patuh kpd tujuan penciptaan kita iaitu untuk beribadah kpd Allah SWT. Jika kita patuh dgn perjanjian dan tujuan penciptaan maka nikmatnya amatlah jelas, sama juga jika ingkar ... akibatnya juga amat jelas iaitu azab yg keras lagi pedih dari Allah.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 2 April 2025

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Untuk Gaza

Selamat Hari raya Aidil Fitri buat semua saudara2 Islamku di Gaza.

Semoga kamu semua sentiasa di dalam redha dan rahmat Allah SWT.

Juga diberi kekuatan dan tabah untuk meneruskan perjuangan.

Kredit kpd original content creator



Tuesday, 1 April 2025

Hidayah, Taufiq & Taqwa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Mungkin kita selalu mendengar 3 perkara ini iaitu hidayah, taufiq dan taqwa. Tetapi adakah kita tahu erti, kaitan dan perbezaan mereka?


HIDAYAH.

Hidayah adalah milik Allah SWT.

Dalam Islam, istilah hidayah membawa erti “petunjuk Allah ke arah kebenaran”.

Allah SWT berfirman: "Dan orang yang berjihad untuk (Mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguhnya, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." (Surah Al-Ankabût. Ayat 69).

Maksudnya hidayah tidak akan datang secara bergolek. Hidayah memerlukan perjuangan yang jitu dan kental untuk kita memperolehnya.

Tidak mungkin Allah mengutus malaikat untuk memimpin tangan seorang hamba agar bergerak menuju ke masjid untuk menunaikan solat, kalau hamba tersebut bermalas-malasan ketika mendengar azan.

Tidak mungkin juga Allah mengutus malaikat untuk menarik tangan seorang hamba daripada kemaksiatan dan kemungkaran, kalau hamba tersebut tidak berusaha menjauhinya

Kepentingan hidayah adalah untuk kita menemui jalan kebenaran, peroleh kebahagian hidup di dunia & akhirat, mendapat keredhaan Allah dan terdorong untuk melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat.

Cara mendapatkan hidayah adalah seperti sentiasa menuntut ilmu agama, sentiasa memikirkan kekuasaan Allah, sentiasa berdoa memohon hidayah dan menjauhi larangan-Nya.


TAUFIQ.

Taufik juga adalah milik Allah SWT.

Firman Allah: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69).

Maksud dari ayat ini adalah taufiq tidak akan diberikan oleh Allah Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-Nya.

Jadi ... taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.


TAQWA.

Dalam erti kata mudah taqwa ialah menjunjung / mengikut segala perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Allah SWT berfirman Surah Luqman Ayat 33:

Ertinya: "Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah."

Oleh itu marilah kita semua terus tunduk patuh kpd segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranga-Nya. Semoga kita semua diredhai serta dijauhi dari azab yg amat pedih nanti.

Ksimpulan:

  • Hidayah adalah petunjuk (Keinginan) diberi oleh Allah SWT setelah manusia berusha untuk mendapatkannya. Hidayah tidak datang begolek.
    Contoh: Mungkin tiada hidayah pada seseorang yang mendengar seruan azan unuk solat tetapi terus bertangguh sehingga datang rasa malas lalu tidak pergi solat berjemaah di masjid / surau.

  • Taufiq pula adalah Kekuatan yang dikurniakan oleh Allah SWT selepas berusha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Taufiq tidak datang begolek.
    Contoh: Selepas berusha bersungguh2 seperti belajar ilmu agama di kuliah2, di beri kekuatan oleh Allah untuk melakukan amal soleh (Solat, sedekah, zikir dll).

  • Taqwa ialah tindakan kita untuk patuh kpd semua perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.
    Contoh: Beramal soleh (Solat, zikir, sedekah dll) dan tidak melakukan maksiat (Segala kejahatan termasuk syirik).

Yang penting di sini kita Jangan sesekali berputus asa, merayu dan merintih kepada Allah supaya mengurniakan taufiq dan Hidayah serta mengekalkannya sepanjang kehidupan kita dan seluruh keturunan seluruh umat Islam.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kpd semua.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan utama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Quran.com, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Al-Afkar #94) dan Jabatan Agama Islam Johor.

Tazkirah Ramadan. Adakah Kita Terkesan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Ramadan Berlalu Pergi: Apa Yang Kita Tinggalkan? Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan, dan pembebasan daripada api neraka. Ia datang sebagai tetamu yang mulia, memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, mensucikan hati, dan memperbaiki amalan. Namun, seperti tetamu, Ramadan juga akan pergi meninggalkan kita dengan satu persoalan besariaitu ...

Apakah kita benar2 telah memanfaatkan Ramadan ini?

  1. Adakah puasa kita meninggalkan bekas / kesan?
    • Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:
      “Wahai orang2 yg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
    • Oleh itu matlamat utama puasa adalah TAQWA. Jika selepas Ramadan kita kembali kpd dosa lama, lalai dalam solat, dan kurang menjaga akhlak, maka kita perlu bertanya pada diri sendiri: adakah Ramadan benar2 membentuk kita?
  2. Amal Ibadah yg Berterusan.
    • Diriwayatkan oleh Aishah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
      “Amalan yg paling dicintai oleh Allah adalah yg berterusan, walaupun sedikit.”
      Sahih Bukhari, hadis no. 6465. [1]

      Perkara yg sama diriwayatkan melalui Alqamah yg diberitahu oleh Aishah RA.
      Sahih Muslim, hadis no. 783. [2]

      Ramadan mengajar kita untuk bangun malam, membaca Al-Quran, bersedekah, dan berdoa. Jangan biarkan amalan-amalan ini berhenti sebaik sahaja Ramadan berlalu. Jadikan ia sebahagian daripada rutin kehidupan.
  3. Istiqamah Selepas Ramadan.
    • Ramadan adalah madrasah untuk melatih jiwa dan mendidik hati. Namun, kejayaan Ramadan bukan diukur pada ibadah yg kita lakukan dalam bulan ini sahaja, tetapi pada sejauh mana kita dapat mengekalkan perubahan selepas ia berlalu.
    • Para ulama mengatakan ...
      “Tanda diterimanya amal seseorang dalam Ramadan ialah apabila dia menjadi lebih baik selepas Ramadan.”

      Jika kita berusaha untuk tetap menjaga solat berjemaah, membaca Al-Quran, dan menjauhi maksiat, itu tanda bahawa kita benar-benar mendapat manfaat daripada Ramadan.
    • Ramadan akan pergi, tetapi Allah tetap ada. Syawal menjelang, tetapi taqwa perlu terus dipertahankan. Maka, tanyakan pada diri kita:
      • Adakah dosa-dosa kita telah diampunkan?
      • Adakah hati kita semakin dekat dengan Allah?
      • Adakah Ramadan ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita?

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan memberi kekuatan untuk terus beristiqamah selepas Ramadan. Jangan biarkan Ramadan hanya menjadi kenangan, tetapi jadikan ia titik perubahan dalam hidup kita.

“Allahumma taqabbal minna innaka Antas-Sami’ul ‘Alim, wa tub ‘alayna innaka Antat-Tawwabur-Rahim.” (YYa Allah, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang).

Aamiin, ya Rabbal ‘alamin. Smoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 8, The Book of Ar-Raqaq (Softening of the Hearts), Hadis no. 6465, ms. 258. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, Book ofThe Travellers, Hadis no. 783, ms. 304. Darussalam Publishers and Distributors.