Page List

Friday, 19 January 2024

Ancaman Untuk Orang Yang Melalaikan Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Ancaman untuk orang yg melalaikan solat ... begitulah tajuk khutbah Jumaat hari ini 19 Januari 2024 di Selangor. Semoga jemaah yg hadir dapat mempelajari dari khutbah begitu pentingnya untuk kita semua menjaga solat kita supaya sentiasa dilaksanakan dan sempurna.


Point2 penting khutbah Jumaat adalah seperti berikut.

Solat adalah ketetapan yg diwajibkan ke atas orang2 yg beriman yg tertentu waktunya. Islam dibina atas lima perkara utama dan mendirikan solat merupakan salah satu daripadanya (Rujuk Rukun Islam). Kewajipan mendirikan solat terletak di atas bahu umat islam yang mukallaf lelaki mahupun perempua.

Apakah kepentingan solat?
  • Membersih dosa kecil: Solat yg istiqamah membersihkan diri kita daripada dosa2 kecil lalu membawa diri kita dekat dgn Allah SWT & mendapat rahmayNya.
  • Menjadikan hati suci & bersih dari sifat2 tercela.
  • Mencegah diri dari perbuatan keji & mungkar.
  • Hati menjadi tenang & tenteram.

Apakah ancaman jika melalaikan solat?
  • Azab yg dahsyat:
    Akan diazab dgn azab yg dahsyat di dalam neraka. Rujukan: Surah Al-Muddaththir, ayat 42-43 yg maksudnya: "Melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka. Orang yang bersalah itu menjawab kami tidak masuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat".
  • Murka Allah:
    Bertemu Allah dalam keadaan dimurkai oleh allah.
  • Murtad:
    Seorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya. Rujukan: Fiqhul islam Profesor Dr. Wahba Az-Zuhaili rahimahullahu taala.
  • Fasik:
    Tidak solat kerana malas dan tidak peduli hukumnya.
  • Dosa paling besar:
    Meninggalkan solat lima waktu dgn sengaja tergolong dalam dalam dosa yang paling besar dan lebih besar dosanya daripada membunuh merampas harta orang lain berzina mencuri dan meminum minuman keras. Rujukan: kitab As-Solah Ibnu Dayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala.
  • Kafir:
    Menafikan kewajipan solathadis. Riwayat muslim.

Apakah perlu dilakaukan jika meninggalkan / melalaikan solat?
  • Segera bertaubat.
  • Menggantikan solat dengan segera pada waktu yang lain.

Marilah kita tanamkan tekad dalam diri dan menyeru ahli keluarga kita untuk terus bersama2 istiqamah mendirikan solat fardu lima waktu melakukan solat secara berjemaah di masjid atau surau. Sempurnakanlah solat kita dengan melakukan solat2 sunat seperti solat sunat qabliyah dan juga ba'diyah.

Demikianlah ringkasan dari khutbah Jumaat 19 Januari 2024 di negeri Selangor yg menekankan kepentingan menjaga solat kita.

Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan & rahmat Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Teks Khutbah Jumaat 19 Januari 2024.

Thursday, 18 January 2024

Azan & Menjawab Azan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan) .

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan. [1]

Daripada AbU Sa'id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”.
Sahih Al-Bukhari (611). [2]

Bagaiman Untuk Menjawab Azan?

Berikut adalah lafaz azan berdasarkan Sahih Muslim (842). [3]

Serta cara menjawab azan itu untuk sesiapa yg mendengarnya berdasarkan Sahih Al-Bukhari (611). [2]

No. Lafaz Azan Jawab Azan
1.
الله اكبر
Allah u Akbar (Ulang 2X)
الله اكبر,الله اكبر
Allah u Akbar (Ulang 2X)
2
اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā ilāha illallāh (Ulang 2X)
اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā ilāha illallāh (Ulang 2X)
3.
اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Ulang 2X)
اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Ulang 2X)
4.
حي على الصلاة
Hayya 'alas-salāh (Ulang 2X)
لاحول ولا قوة إلا بالله
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah (Ulang 2X)
5.
حي على الفلاح
Hayya 'alal-falāh (Ulang 2X)
لاحول ولا قوة إلا بالله
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah (Ulang 2X)
6.
(Hanya untuk azan subuh)
الصلاة خير من النوم
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm (Ulang 2X)
الصلاة خير من النوم
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm (Ulang 2X)
7.
الله اكبر
Allāhu akbar (Ulang 2X)
الله اكبر
Allāhu akbar (Ulang 2X)
8.
لا اله الا الله
Lā ilāha illallāh (Ulang 1X)
لا اله الا الله
Lā ilāha illallāh (Ulang 1X)

Selesai sahaja azan oleh muazzin dan kita menjawab seruan azan itu maka disunatkan juga untuk kita berselawat ke atas Nabi SAW yg dijelaskan dari Sahih Muslim (849) seperti bawah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr bin Al-'As bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar muazzin, katakanlah apa yang dia katakan, kemudian bershalawatlah kepadaku kerana sesiapa yang berselawat kepadaku, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali ganda. Sahih Muslim (849). [4]

Semoga perkongsian ini dapat membantu untuk menambah ilmu & amalan kita bersama, insyaAllah.

Sila baca juga tentang doa selepas azan dengan klik di sini.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Irsyad Al-Hadith Siri Ke-116: Bercakap Ketika Azan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #611, page 358-359. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 1, Hadis #842, page 485. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 1, Hadis #849, page 488. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 17 January 2024

Doa Selepas Azan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa untuk mendoakan kemuliaan, keutamaan & tempat terpuji kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Doanya adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَانِ الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودَانِ الَّذِي وَعَدْتَهُ


Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan".

Apakah Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan?

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Maka dia akan mendapat syafaatku ".

HR Al-Bukhari, 614.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit manfaat kpd kita semua. Marilah kita bersama2 berdoa selepas azan selesai kerana manfaatnya amat berharga iaitu syafaat daripada Nabi SAW di akhirat nanti.

Sila baca juga tentang azan & cara menjawab azan dengan klik di sini.

Semoga kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan.
2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #767: Adakah Ada Doa Selepas Iqamah Sebagaimana Doa Selepas Azan?
3. Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #614, page 359. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 15 January 2024

Doa Untuk Orang Yang Buat Kebaikan Kepada Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mungkin kita memang lazim mengatakan 'terima kasih' kpd sesiapa yg telah membuat kebaikan kpd kita. Kebaikan daripada berbagai bentuk contoh menolong siapkan kerja kita, memberi ride kpd kita, belanja kita makan, diajak ke kenduri atau majlis kahwin, memberi tunjuk jalan untuk pergi ke sesuatu lokasi etc etc. Tetapi ada satu lafaz yg lebih bermakna dari hanya mengucapkan 'terima kasih' iaitu seperti lafaz atau ungkapan di bawah ini.

جزاك اللهُ خيرً


'Jazakallah khairan' yg ertinya "Semoga Allah SWT membalas kalian dengan kebaikan".
(Riwayat Al-Tirmizi 2035, Sahih)

Ungkapan ini bahkan tidak hanya untuk berterima kasih, tetapi juga berarti kita mendoakan orang tersebut mendapat kebaikan.

Mari kita bersama2 mengamalkannya dan semoga sentiasa di dalam redha Allah SWT.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 12 January 2024

Amalan Sunnah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pada hari ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk itu, penghayatan sunnah di dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini sudah mula berputik. Ini kerana, banyak perkara di dalam urusan kehidupan ini telah diajar oleh Nabi SAW. Akan tetapi, sebelum seseorang itu mengamalkan sunnah di dalam kehidupan sehariannya maka perkara yang utama perlu dititikberatkan adalah pemahamannya terhadap sunnah itu sendiri agar ia tidak menyimpang daripada maksud sebenar sebagaimana yang diinginkan oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.

Apa itu Sunnah?


“Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Quran melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW. [1]

Arahan Untuk Mengikuti Amalan (Sunnah) Rasullullah SAW


Surah Al-Ahzab, ayat 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

Ayat ini sentiasa kita dengar para penceramah menyebutnya, bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan أُسْوَةٌ.

Ayat ini walaupun nampak macam khas untuk cerita perang Ahzab, tetapi ia adalah umum arahan untuk orang mukmin sepanjang zaman, dalam apa saja keadaan, ambillah Rasulullah sebagai satu contoh yang baik. Samada dalam sudut peperangan, kekeluargaan, muamalat dan semua aspek kehidupan, Rasulullah adalah uswah dan qudwah hasanah untuk kita!

Manfaat Mengamalkan Sunnah


Menagamalkan sunnah-sunnah Rasullullah SAW adalah amalan yg mulia yg juga membuktikan yg kita sgt menyayangi Baginda yg akan memberi kebaikan kpd kita contohnya seperti di bawah. (Rujuk kembali kpd surah Al-Ahzab, ayat 21).

  • Sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah SWT dan (balasan baik) di hari akhirat.
  • Sentiasa menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Contoh Amalan Sunnah


Di sini adalah contoh2 amalan sunnah yg mudah.
  • Mmeberi salam (Kpd yg kita kenali atau tidak).
  • Memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar.
  • Memulakan kaki kiri jika mahu menanggalkan kasut/sandal atau selipar.
  • Senyum.
  • Berzikir.
  • Dan banyak lagi.


والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-250: Berinteraksi Dengan Sunnah.

Thursday, 11 January 2024

Mari Kita Islamkan Diri Kita Secara Kaffah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ketika manuasia memilih kafir, itu haknya. Maka Allah SWT memberi kebebasan spenuhnya untuk manusia memilih kafir untuk menjalani kehidupan ini semahhu dia, semahu hawa nafsu dia. Allah SWT memberi kebebasan sepebuhnya.

Selakan baca di dalam Al-Quran atau hadis Rasulallah SAW, tidak akan kita temui satu ayat atau satu hadis bahawa Allah SWT mengatur kehidupan orang kafir. Orang kafir diberi kebebasan sepeuhnya untuk membuat apapin di dunia ini. Tinggal di harus menganngung resiko pilihannya itu di aahirat nanti.

Tetapi sesiapa yg memilih berimamn hilang sudah kebebasan ini sepenuhnya kerana seorang mukmim dia dituntut oleh Islam, katanya ASLAMA, berserah diri. Yang berimam kepada Allah SWT, dia harus menyerah dirinta sepenuhnya kepada Allah SWT. Sepenuhnya dia siap untuk diatur hidupnya oleh Allah SWT. Tanpa menggunakan akalnya untuk bertanya mengapa Allah wajibkan saya berbuat ini, kenapa Allah haramkan saya melakukan ini. Kalaupun petanyaan itu muncul dalam dirinya, maka keimamnannya akan menjawab saya alkukan ini kerana Allah perntahkan dan saya tinggalkan hal ini kerana Allah melarangnya. Itu jawapan seorang mukmim.

Dia tidak akan berusaha mencari hukum, alasan hukum, apa manfaat, apa hikmahnya kerana keimanannya akan mengatakan semua yg diperintahkan Allah pasti ada manfaatnya. dia mengerti atau tidat mengerti oleh akal dia, semua yang dilarang Allah pasti ada mudaratnya.

14 abad umat Islam tidak pernah mengerti bahawa dalam daging babi itu tedapat cacing pita. Cacing pita itu baru ditemukan di akhir abad 18 masihi. Apakah umat Islam selama 14 abad itu memakan daging babi .. tidak. Setiap yang dilarang oleh Allah pasti ditinggalkan oleh seorang mukmim.

Maka seorang mukmim harusnya siap untuk mengislamkan dirinya secara penuh, secara utuh, secara kaffah. Maka kepada orang yang memilih untuk berimam, Allah menyeru ...

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَاۤفَّةً ۖ

Ertnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam (kedamaian) secara menyeluruh".
Surah Al-Baqarah ayat 208.

Maksud kaffah ialah setiap orang yang beriman dituntut untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam. Tidak hanya percaya dan mengamalkan sebagian ajarannya tetapi menolak atau tidak mengerjakan yang lainnya.

Kalau memang kelian memilih untuk berimam masuklah ke dalam Islam itu secara kaffah, secara utuh. Mengislamkan diri kita setiap detik baik dalam hubungan habluminnallah mahupun habluminnanass. Itulah sdebabnya Allah menurunkan 6666 ayat Al-Quran yang sebahagian dari ayat Al-Quran ini dijelaskan lebih kurang 5000 hadis Rasulullah SAW. Kenapa Allah harus turunkan ribuah ayat Al-Quran dan hadis ini, kerana yang mahu diatur hidup seorang mukmim itu bukan sekadar solat, saum, zakat & haji sahaja, seluruh kehidupan dia berdetik mulai dari masuk WC keluar WC sampai mengatur kehidupan bermasyarakat & bernegara. ini kalau dia memilih berimam.

Kalau dia tidak mahu diatur hidupnya, jangan memilih berimam, pilih kafir.

Pada orang2 yang berfahaman sekularisma, liberalisma yg mahu memisahkan agama dari kehidupan, saya sering mengatakan kenapa repot2 harus menolak sebahagian aturan Allah, pilih sahaja KAFIR ... anda bebas sebebasnya. Kalau memilih berimam sudah hilang kebebasan itu. Dan pilihannya antara 1 di antara 2, memilih KAFIR atau memilih BERIMAN. Memilih berimam konsekuensinya kita sudah harus hisab Islam, mengislamkan diri kita, menyerahkan sepenuhnya diri kita untuk diatur hidup kita oleh Allah SWT.

Kerana itu setiap orang mukmim sedar betul bahawa selamat tidaknya dia, termasuk orang yang ditangisi oleh tidak atau tidak oleh Rasulullah SAW, dia harus bisa mengislamkan dirinya setiap saat kerana yg nanti akan dimintai (Ditanya) pertanggungjawaban di Yaumil Akhir bukan hanya sebatas solat, zakat, saum, haji saja, tapi seluruh kehidupan dia berdetik.

Mudahan ini jadi bahan muhasabah bagi kita semua. Mari kita islamkan diri kita secara kaffah dalam batas kemampuan yg mampu kita lakukan kerana Allah tidak akan menuntut kita di luar kemampuan kita. Semoga kita bukan termasuk orang yang ditangisi oleh Rasulullah SAW.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 5 January 2024

Solat Sunat Qabliyah Subuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Solat sunat qabliyah subuh juga dikelnali dgn solat sunat fajar adalah ibadah sunat yang sangat dituntut untuk kita melakukannya. Tidak dinafikan lagi terdapat banyak kelebihan dan pahala yang dijanjikan kepada sesiapa yang melaksanakannya. [1]

Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW yg maksudnya:

"Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya."
Riwayat Muslim (725). [2]

Waktu & kepentingan solat sunat ini juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA yg maksudnya:

"Rasullah SAW melakukan 2 rakaat di antara azan dan Iqamah (Untuk solat Subuh) dan dia tidak pernah meninggalkannya".
Sahih Bukhari, hadis #1159. [3]

Begitu pentingnya solat sunat ini sehingga Nabi SAW sendiri tidak pernah meninggalkan nya. Marilah kita bersama2 melaksanakan solat sunat ini yg mungkin hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit tetapi ganjarannya amat besar iaitu lebih baik dari dunia & isinya.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan utama:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Al-Kafi #1726: Bilakah Waktu Menunaikan Solat Sunat Subuh.
[2] Sahih Muslim 725a. https://sunnah.com/muslim:725a
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 2, hadis #1159, ms 156. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 1 January 2024

Masjid Bukit Bendera, Penang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid Bukit Bendera Penang
Masjid Bukit Bendera Penang