Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
Hari ini adalah hari akhir Ramadhan untuk tahun ini 1444 Hijrah maka terbenam matahari pada hari ini genaplah kita berpuasa selama 30 hari, insyaAllah.
Hari ini Jumaat 21 April 2023 dan bertepatan dgn hari akhir Ramadhan (30 Ramadhan 1444), khutbah jumaat hari ini menyentuh tetang satu perkara yg penting iaitu adakah kita semua dapat meraih hasil tarbiah Ramadhan. Petikan khutbah yg disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapatlah saya list kan point2 penting untuk kita muhasabah diri seperti berikut.
- Takwa merupakan tujuan yang menjadi ukuran keberhasilan daripada ibadah puasa atau apa yang disebutkan hari ini sebagai Key Performance Indicators (KPI). Justeru, bagaimana dengan prestasi iman kita kian berakhirnya Ramadhan ini? Satu soalan yg sgt baik untuk ditanya kpd diri sendiri kerana kita sgt khuatir dgn sabda Nabi SAW iaitu:
"Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang qiam itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan hanya berjaga malam.” (Riwayat Ibnu Majah).
Apa yg dimaksudkan dgn Takwa? Menurut Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu: “Takwa itu adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”
Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa takwa dari sudut zahirnya ialah menjaga had atau batasan syarak dan pada batinnya ialah keikhlasan hati beramal ibadah. - Teruskan momentum Ramadhan ke bulan2 yg mendatang dgn fokus yg tepat untuk ibadah wajid dan memperbanyakkan yg sunat. Sebagai contoh ... Solat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat digalakkan dalam pelaksanaannya? Apakah kita melaksanakannya secara
bersendirian atau berjemaah? Apakah dilaksanakan berjemaah tanpa disempurnakan dengan solat witir? Apakah langsung kita tidak mengambil penting dengannya? Terkadang kita lebih teruja melaksanakan solat sunat terawih sedangkan solat lima waktu diringan-ringankan kewajipannya.
Fokus adalah untuk ibadah wajib seperti solat 5 waktu dan berjemaah di masjid / surau dan kita perbanyakkan segala amalan sunat seperti solat rawatib.
-
Point no. 3 ini adalah yg paling penting untuk kita semua iaitu kita hendaklah menyedari bahawa tanda diterima ibadah puasa ialah istiqamah atau konsisten beramal ibadah selepas berakhirnya Ramadhan.
Marilah kita bersama2 bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini dan yg paling penting adalah terus istiqamah dgn fokus yg tepat terhadap amalan ibadah kita untuk bulan2 seterusnya.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan: Khutbah Jumaat 21 April 2023, Meraih Hasil Tarbiah Ramahan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).