Page List

Monday, 19 January 2026

Dalil Dari Al-Quran Untuk Dirikan Solat Fardhu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Solat fardhu terdiri daripada Solat Subuh (2 rakaat), solat Zohor (4 rakaat), Siolat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan solat Isyak (4 rakaat). Berikiut adalah dalil2 dari Aq-Quran yg memperaKUI solat2 tersebut.

  • Solat Fardhu Subuh.

    Ada 4 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Subuh.

    1. Surah An-Nur, ayat 58.
      "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
    2. "
    3. Surah Ar-Ruum, ayat 17.
      "(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah (Solat) semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh."
    4. Surah Al-Isra', ayat 78.
      "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
    5. Surah Qaf, ayat 39.
      "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."

  • Solat Fardhu Zohor.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Zohor.

    1. Surah Al-Isra', ayat 78.
      "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
    2. Surah Ar-Ruum, ayat 18.
      "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."

  • Solat Fardhu Asar.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Asar.

    1. Surah Ar-Ruum, ayat 18.
      "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."
    2. Surah Qaf, ayat 39.
      "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."

  • Solat Fardhu Maghrib.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Maghrib.

    1. Surah Hud, ayat 114.
      "Dan dirikanlah solat wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam (awal malam). Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
    2. Surah Ar-Ruum, ayat 17.
      "Memerintahkan untuk bertasbih dan memuji Allah SWT (Solat) pada waktu senja dan pagi, sebagai tanda kebesaran-Nya dalam penciptaan langit dan bumi, serta mengingatkan akan kewajipan solat lima waktu yang mencakup waktu-waktu tersebut, menunjukkan keagungan Allah yang menciptakan dan menghidupkan segala sesuatu."

  • Solat Fardhu Isyak.

    Ada 1 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Isyak.

    1. Surah An-Nur, ayat 58.
      "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 8 January 2026

Berdiri Menghormati Jenazah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Daripada Amir bin Rabiah, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمُ الجَنَازَةَ، فَقُومُوا حتَّى تُخَلِّفَكُمْ أَوْ تُوضَعَ

Ertinya: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah untuknya sehingga ia melepasi kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan (di tempatnya)."
Sahih Muslim No: 958 [1]

Pengajaran:
  • Rasulullah SAW mengajar adab terhadap jenazah, iaitu berdiri sebagai melahirkan rasa simpati, hormat dan kesedaran tentang kematian apabila melihat jenazah dibawa.
  • Dalam Mazhab Syafi‘i dan Hanbali menyatakan sunat berdiri apabila melihat jenazah lalu walaupun bukan jenazah Muslim.
  • Islam memuliakan manusia walaupun selepas kematian. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi SAW berdiri ketika melihat jenazah orang Yahudi, lalu baginda berkata: "Bukankah dia juga manusia?"
  • Kematian itu pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bernyawa. Melihat jenazah sepatutnya menyedarkan kita tentang kehidupan sementara di dunia ini dan keperluan memperbaiki diri.
  • Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk tindakan kecil dengan berdiri apabila jenazah melintas di hadapan mengajar kita hormat tanpa mengira pangkat, darjat, atau status si mati serta dapat memupuk rasa rendah diri dan taqwa disamping mencerminkan penghayatan nilai Islam yang tinggi.

Untuk peringatan kpd kita bersama jika kita menghadiri pengkebumian jenazah, hidupkanlah sunnah ini iaitu berdiri sehingga proses pengkebumian selesai. Setelah selesai barulah kita duduk jika perlu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 958, ms. 488. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 1 January 2026

Jangan Mati Selain Berbaik Sangka Kepada Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Diriwayatkan oleh Jabir bahawa Rasululloh SAW bersabda ...

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، قَبْلَ مَوْتِهِ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ، يَقُولُ: لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum wafatnya. Sabda Baginda: “Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah.”
Sahih Muslim, hadis No: 2877. [1]

Pengajaran:

  1. Setiap Muslim wajib sentiasa berbaik sangka (husnuzan) dengan Allah pada setiap waktu, lebih-lebih lagi dihujung-hujung hayat kita.
  2. Husnuzan atau berbaik sangka, iaitu yakin bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang akan mengampunkan dosa kita. Yakinlah bahawa Allah akan menerima taubat kita, Yakin bahawa Allah akan melimpahkan rahmat walaupun kita banyak kekurangan.
  3. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah, walau sebesar mana pun dosa yang pernah kita lakukan dengan sentiasa berdoa, bertaubat dan bergantung harap kepada Rahmat Allah.
  4. Namun, husnuzan bukan bererti merasa aman dari azab Allah sambil melakukan maksiat. Husnuzan perlu disertakan dengan taubat yang jujur, amal soleh, keinsafan terhadap kesalahan, usaha untuk berubah dan berserah diri kepada Allah.
  5. Persediaan sebelum mati seorang Muslim adalah perbanyakkan amal soleh, taubat, dan memperkuat hubungan dengan Allah agar dapat menghadap-Nya dengan hati yang penuh husnuzan.
  6. Biasakan amalan doa ini:

    *اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ، وَخَيْرَ ظَنِّي ظَنِّي بِكَ حِينَ أَمُوتُ*
    Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hariku ialah hari aku bertemu dengan-Mu, dan sebaik-baik sangkaan ku ialah sangkaan terhadap-Mu ketika aku mati."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 7, The Book of Paradise: Descriptions, Delights etc, hadis no. 2877, ms. 269. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 29 December 2025

Ahli Kubur Pulang Ke Rumah Atau Ke Dunia?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Memang terdapat kitab2 yg tidak tahu asal usulnya, yg tidak disahkan menerangkan perkara karut khurafat ini. Terdapat juga yg bergelar ustad, guru sebagainya yg memberitahu khurafat ini. Maka terdapatlah di kalangan masyarakat yg mempercayai khurafat yg percaya bahawa ahli kubur akan pulang ke rumah atau dunia mungkin pada setiap malam Jumaat atau hari2 tertentu seperti malam 27 Ramadhan dan lain2.

Mempercayai ahli kubur pulang ke rumah untuk apa sebab sekalipun adalah satu kepercayaan yg bertentrangan dgn Al-Quran.

Allah SWT berfirman pada Surah Al-Mu'minuun ayat 99-100.

99: حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ٱرْجِعُونِ

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -"

100: لَعَلِّىٓ أَعْمَلُ صَـٰلِحًۭا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّآ ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَا ۖ وَمِن وَرَآئِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)."

Tuan / puan,

Jelas sekarang bahawa Allah SWT langsung tidak membenarkan untuk roh di barzakh pulang ke dunia untuk melakukan sedekah atau amal soleh. Ini berdasarkan Al-Quran yg tiada keraguan di dalamnya.

Cuba bayangklan jika Allah tidak benarkan roh pulang ke dunia untuk melakukan amal soleh, masakan Allah membenarkan roh2 itu pulang untuk menziarahi keluarga mereka. Roh pulang ke dunia atau ke rumah adalah satu kepercayaan yg karut / khurafat yg perlu dihapuskan. Segala pemberitahuan / penyebaran perkara ini mesti dihentikan segera.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 19 December 2025

Apa Kita Katakan Pada Mayat Ini?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Pernahkah tuan2 / puan2 menghadiri serta melakukan solat jenazah kemudian habis solat jenazah, samada imam atau seseorang yg di dalam jemaah semasa solat jenazah tadi bertanyakan "Apa kita katakan pada jenazah / mayat ini?", lalu kita berkata "Baik".

Tuan2 / puan2 sekalian tiada salahnya jika menjawab "baik" jika kita ...
  1. Semasa hidupo jenazah, kita mengetahui yg dia adalah orang baik, soleh, banyak menolong, banyak menderma dan lain2.
  2. Kita mengatakan "baik" dengan rela / ikhlas hati iaitu tanpa disoal terlebih dahulu.
  3. Bukan terpaksa atau terdorong disebabkan orang sekeliling kita mengatakan "baik".
Jikalau kita tidak mengenali jenazah atau mayat yg semasa hidupmya kita tidak kenali atau melakaukan perkara2 yg tidak baik, tidak membawa manfaat kpd masyarakat iaitu mati disebabkan contohnya melakukan rompakan, hisap dadah atau merempit, sebaiknya jika kita ditanya soalan "apa kita katakan pada mayat ini?", bolehlah kita ...
  1. Jangan jawab apa2 atau diam sahaja atau jawab "saya tidak tahu".
  2. Serahkan sahaja pada Allah.
Sebaiknya janganlah kita menjadi saksi palsu yg kita akan dipersoalkan nanti di alkhirat.

Mungkin masyarakat kita tersalah faham maksud Hadis Muslin no. 949 [1]. Di dalam hadis ini, bila para sahabat memuji jenazah dgn kebaikan dan mencela jenazah dgn keburukan, para sahabat mengetahui jenazah semasa hidupnya dan melakaukan dgn rela hati, lalu Baginda Rasullulloh SAW mengata "wajib" sebanyak 3 kali. Jadi pengajaran di sini adalah kita mesti mengatuhui jenazah semasa hidupnya serta mengucapkan "baik" dgn rela hati.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 949, ms. 480. Darussalam Publishers and Distributors.

Friday, 14 November 2025

Tauhid Rububiyyah (Rabb)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Rabb bermaksud pencipta, pemilik, pemerintah, pemberi rezeki, peindung, penolong dan sebagainya.

Tauhid Rububiyah ialah pengakuan bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang Maha esa, pencipta dan pengatur bagi segalanya. [1]

Ketahuilah kita semua bahawa ...

  • Allah Pencipta Segalanya.

    Firman=Nya:

    ٱللَّهُ خَـٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍۢ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ وَكِيلٌۭ

    Ertinya: "Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya."
    Surah Az-Zumar, ayat 62.

  • Allah Pemberi Rezeki.

    Firman-Nya.

    مَا مِن دَآبَّةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّۭ فِى كِتَـٰبٍۢ مُّبِينٍۢ

    Ertinya: "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." Surah Hud, ayat 6.

  • Allah Pengatur Segalanya (Penguasa & Pentadbir Alam).

    Firman-Nya.

    قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ {26} تُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍۢ {27}

    Ertinya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah Ali-Imran, ayat 26.

    "Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya." Surah Ali-Imran, ayat 27.

  • Allah Tidak Memerlukan Sekutu / Pembantu.

    Firman-Nya.

    هَـٰذَا خَلْقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِى مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦ ۚ بَلِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ

    Ertinya: "Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata." Surah Luqman, ayat 11.

    أَمَّنْ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُۥ ۚ بَل لَّجُّوا۟ فِى عُتُوٍّۢ وَنُفُورٍ

    Ertinya: "Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)." Surah Al-Mulk, ayat 21.

  • Allah Maha Esa Dalam Rububiyyah-Nya.

    Firman-Nya:

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

    Ertinya: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." Surah Al-Fatihah, ayat 2.

    إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًۭا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ أَلَا لَهُ ٱلْخَلْقُ وَٱلْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

    Ertinya: "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." Surah Al-A'raaf, ayat 54.

  • Allah Mencipta Segala Makhluk-Nya Dengan Fitrah Rububiyyah Terhadap-Nya.

    Firman-Nya.

    قُلْ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ ٱلسَّبْعِ وَرَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ {86} سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ{87} قُلْ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍۢ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ {88} سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ {89}

    Ertinya: "Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? {86}. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? {87}. Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui! {88}. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar? {89}. Surah Al-Mu'minuun, ayat 84 - 89.

    Juga Allah SWT memberitahu kisah pengingkaran yang sangat terkenal iaitu kisah Firaun dan kaumnya.

    وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًۭا وَعُلُوًّۭا ۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ

    Ertinya: "Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.". Surah An-Naml, ayat 14.

    Memang secara semula jadi manusia mempercayai wujudnya pencipta yg mengusai serta mengatur segala kejadian di dalam kehidupan dan alam ini.

Tuan / puan, Tauhid Rububiyyah adalah asas utama dalam aqidah Islam yg wajib diyakini oleh setiap Muslim. Namun, pengakuan terhadap Rububiyyah Allah sahaja tidak mencukupi untuk menyelamatkan seseorang dari syirik, kecuali jika ia disertai dengan Tauhid Uluhiyyah iaitu mengikhlaskan seluruh bentuk ibadah hanya kepada Allah SWT.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Mohd Nasir Ayub & Wan Asma’ Wan Abu Bakar (2013). Islam Dalam Realiti Kehidupan. ms. 55. Perpustakaan Sultan Badlishah, Universiti Teknologi MARA.

Friday, 7 November 2025

Allah Ada Tangan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Ya, Al-Quran menyebutkan Allah SWT mempunyai tangan dlm beberapa ayat seperti firman-Nya "Tangan Allah" di Surah Al-Fath ayat 10 dan ayat lain yg menyebutkan bumi dalam genggaman-Nya dan langit dilipat dgn tangan kanan-Nya pada hari Kiamat. Ayat-ayat ini menunjukkan sifat Allah memiliki tangan sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya, dan maknanya TIDAK BOLEH disamakan dengan tangan makhluk ciptaan-Nya.

Rujukan surah:

  • Surah Al-Fath (48:10).
  • "Sesungguhnya orang-orang yang berjanji setia kepadamu (Nabi Muhammad), (pada hakikatnya) mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Oleh sebab itu, siapa yang melanggar janji ...".
  • Surah Az-Zumar (39:67).
    Allah berfirman bahawa seluruh bumi berada dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat, dan langit dilipat dgn tangan kanan-Nya (S. Az-Zumar: 67).

Tuan / puan sekalian, jangan sekali-kali kita menggunakan kekutan akal kita yg sangat terbatas untuk mentafsir "Tangan Allah" ini. Contoh ... mempersoalkan adakah tangan Allah ini seperti tangan manuasia yg mempunyai jari2 dan lain2. Yg sebenarnya kita semua tidak mengetahui zat2 Allah SWT dan hanya mampu di ketahui setelah kita berjumpa Allah SWT setelah memasuki syurga, insyaAllah.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 31 October 2025

Tawasul

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apakah Maksud Tawassul?

Tawassul yg mungkin kebaynyakkan orang amalakan adalah bermaksud: “Memohon kepada Allah agar terhasilnya manfaat atau terhindarny amudarat dengan menyebut nama Nabi atau wali sebagai memuliakan keduanya dalam bertawassul”. Tawassul juga bermaksud mendekatkan diri kepada Allah atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan wasilah atau mendekatkan diri kepada Allah dengan bantuan perantara. [1]

Ringkasnya, tawassul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa. [2]

Di dalam pembacaan dan penelitian saya, tawassul hanya dibenarkan dalam 3 senario seperti di bawah.

  1. Tawassul dengan Asmaul Husna.
    Maksud di sini adalah kita bertawassul dengaan 99 nama Allah yang baik, mulia, dan agung, yang merujuk kepada sifat-sifat Allah seperti yang disebut dalam Al-Quran.
    Contohnya di dalam bulan Ramadhan kita berdoa seperti ...

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
    Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [3]

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Pengampun'. Contoh lain seperti: "Ya Allah, Ya Syafii. Berikan aku kesembuhan supaya aku mudah untuk beribadah.”.

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Penyembuh'.

  2. Tawassul dengan amal soleh.
    Kita juga boleh bertawassul dengan amalan soleh kita seperti infaq / sedekah / khidmat bakti dan lain-lain.

    Terdapat hadis sahih yg merakamkan peristiwa 3 pemuda lelaki yg terperangkap di dalam gua dan mereka berdoa serta bertawassu1 dengan amalan2 baik mereka untuk keluar daripada gua tersebut dan Allah memakbulkan doa2 mereka.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 2272. [4]

    Contoh doa seperti berikut ...

    "Ya Allah, dengan sedekah ku ini, sembuh kan lah ibuku yg sakit."

  3. Tawassul dengan orang soleh yang MASIH HIDUP.
    Tawassul dengan orang soleh adalah meminta agar doa kita diperkenankan Allah dengan menjadikan orang soleh yg masih hidup sebagai perantara. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara, seperti meminta orang soleh yg masih hidup untuk mendoakan kita, atau menggunakan amalan soleh mereka sebagai perantara.

    Ketika baginda sedang berkhutbah sempena solat Jumaat, lalu seorang lelaki berdiri dan meminta baginda mendoakan hujan bagi mereka. Maka baginda berdoa lalu Allah menurunkan hujan. Ini merupakan bertawassul dengan doa orang soleh.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 1014. [5]

    Tuan / puan sekalian bertawassul dengan orang soleh ini adalah semasa mereka masih hidup sahaja. Janganlah kita bertawassul selepas mereka meninggal dunia (Mati). Jangan pula kita pergi ke kubur2 dan meminta doa dari mereka atau kita sendiri berdoa serta betawassul dengan mereka yg telah mati.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Prof. Madya Dr. Ahmad Bin Che Yaacob (2023). University Teknologi Malaysia.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2022). Irsyad Hukum Siri Ke-730: Amalan Mengambil Berkat (Tabarruk) Munurut Islam.
[3] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Hiring, hadis no. 2272, ms. 260. Darussalam Publishers and Distributors.
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of al-istisqa', hadis no. 1014, ms. 87. Darussalam Publishers and Distributors.

Tuesday, 14 October 2025

Di Mana Tuhan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Salah satu soalan asas mengenai ketuhanan ialah "di mana tuhan berada". Untuk menjawab soalan ini kita hanya ada satu perunjuk iaitu sumber dari Al-Quran dan Hadis yg sahih. Kita jangan sekali2 menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk mentafsir / memahami di mana Allah SWT.

Saban subuh pada hari Jumaat, masjid / surau semasa solat subuh mungkin membaca surah as-Sajadah yg mengandungi ayat no. 4 seperti di bawah.

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Ertinya: "Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Bukan setakat ayat 4 dari Surah as-Sajadah, malah terdapat banyak lagi ayat dari Al-Quran yg memmberitahu bahawa Allah SWT berada di Arsy seoerti Surah al-A'raf ayat 54 ...

إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ …

Ertinya: "“Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam diatas Arsy …".

Juga terdapat ayat2 lain di dalam Al-Quran yg menerangkan keberadaan Allah di Arsy. Sila rujuk kepada ayat2 berikut ...

  • Surah Yunus (10), ayat 3.
  • Surah ar-Ra’d (13), ayat 2.
  • Surah Thaha (20), ayat 5.
  • Surah al-Furqan (25), ayat 59.
  • Surah al-Qasas (28), ayat 14.
  • Surah Fushilat (41), ayat 11.
  • Surah an-Najm (53), ayat 6.
  • Surah dan al-Hadid (57), ayat 4.

Oleh itu jawaban untuk soalan "di mana Tuhan" ialah Tuhan (Allah SWT) berada di Arsy seperti yang Allah nyatakan di dalam kalam-Nya iaitu Al-Quran.

Tuan / puan tolong jangan sekali-kali menggunakan akal kita ayang sangat terbatas untuk memikirkan di mana Allah. Ada banyak orang yg memberi andaian atau mempersoalkan keberadaan Allah di Arsy seperti ...

  • Jika Allah berada di Arsy maka Allah memerlukan tempat lah.
  • Allah tidak memerlukan tempat.
  • Allah tidak berdara di Arsy.
  • Allah berada di mana2.
  • Dan berbagai lagi andaian ...

Tuan / puan jangan pertikaikan yang Allah berada di Arsy. Allah dengan jelas memberitahu mahluk ciptaanNya iaitu manusia bahawa Allah berada di Arsy melalui kalamNya iaitu Al-Quran. Mengapa kita mahu pertikaikan? Jangan sekali-kali menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk menyatakan atau memperincikan keberadaan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita semua berada di dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب