Page List

Monday, 18 August 2025

Tauhid Dan Kepentingannya Dalam Kehidupan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tujuan post ini adalah untuk menerangkan secara ringkas cara bagaimana kita mampu mengesakan & mengenali Allah SWT yg mana ini adalah asas / dasar dalam beragama Islam.

Apa Itu Tauhid?

Tauhid ialah ilmu / pengetahuan yg mampu meyakinkan kepercayaan beragama dan menyumbang kpd ketetapan & keyakinan, hasil dari dalil dan bukti yg benar2 meyakinkan tentang keesaan & kekuasaan Allah SWT. Ilmu ini juga dikenali dengan nama lain seperti ilmu Kalam, ilmu Aqidah, dan ilmu Usuluddin. [1]

Kepentingan tauhid sangat besar dalam kehidupan seorang Muslim. Tauhid yg berarti mengesakan Allah adalah dasar dalam agama Islam. Tauhid dgn mengesakan Allah SWT juga merupakan asas dalam segala amal ibadah yg kita laksanakan.

Secara ringkas ... dgn memahami tauhid, kita akan memahami tujuan kita dicipta di dunia ini oleh Allah SWT.

Cara Memahami Tauhid?

Untuk memudahkan kita memahami tauhid maka tauhid itu dibahagi kpd 3 aspek yg mana setiap aspek itu berkaitan. Berikut adalah 3 pembahagian tauhid iaitu:
  1. Tauhid Rububiyyah (Rabb).
    Rabb bermaksud pencipta, pemilik, pemerintah, pemberi rezeki, peindung, penolong dan sebagainya.Tauhid Rububiyah ialah pengakuan bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang Maha esa, Pencipta dan pengatur bagi segalanya. [2]
    Baca lagi di SINI.

  2. Tauhid Uluhiyyah (Ilah).
    Uluhiyyah adalah dari perkataan ilah (إله) yg ertinya yg disembah serta tumpuan pengabdian. Tidak mensyirikkan-Nya. Tidak memangil, berseru, berdoa & meminta selain dari-Nya. Melaksanakan ibadah secara ikhlas hanya untuk Allah SWT. [3]
    Baca lagi di SINI.

  3. Tauhid Asma' wa sifat (Nama & Sifat.
    Tauhid Asma' wa sifat bermaksud memelihara kesatuan nama dan sifat Allah. Kategori ini dibahagikan kepada lima aspek seperti di bawah. [4]

    1. Allah hendaklah dirujuk sebagaimana yang diterangkan olehNya (Ruj.: Al-Quran) dan RasulNya (Ruj.: Hadis).
    2. Allah mesti dirujuk sebagaimana Dia telah merujuk kepada diriNya sendiri. Allah mesti dirujuk tanpa memberi-Nya sebarang nama atau sifat baru. Sebagai contoh, Allah mungkin tidak diberi nama ‘Al-Ghaadib’ (Yang Marah), walaupun pada hakikatnya Dia telah mengatakan bahawa Dia murka kerana Allah mahupun rasul-Nya tidak menggunakan nama ini.
    3. Allah dirujuk tanpa memberikan sifat-sifat ciptaanNya. Dalam merujuk kepada Tuhan, kita hendaklah dengan tegas menahan diri daripada memberikan-Nya sifat-sifat mereka yang telah Dia ciptaka. Kita hanya memberi sifat-sifat yg tetera di dalam Al-Quran serta hadis. Contohnya, Allah melihat tetapi tidal seperti manuasia yg memerlukan mata.
    4. Ciptaan Tuhan tidak boleh diberikan sebarang sifat-sifatNya. Merujuk kepada manusia yang mempunyai sifat Tuhan juga bertentangan dengan prinsip ‘Tauhid’. Sebagai contoh, merujuk kepada seseorang sebagai seorang yang tidak mempunyai permulaan atau penghujung (kekal).
    5. Nama Allah tidak boleh diberikan kepada makhluk-Nya. Contohnya, 'Ar-Raoof' (Maha Alim) dan 'Ar-Raheem' (Maha Penyayang) hanya boleh digunakan jika diawali dengan 'Abd' bermaksud 'hamba' atau 'hamba' iaitu 'Abdur-Raoof' atau 'Abdur-Raheem'. Begitu juga 'Abdur-Rasool' (hamba Rasul) atau 'Abdun-Nabee' (hamba Nabi) adalah dilarang.

      Baca lagi di SIN.


    Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.

    والله أعلمُ بالـصـواب

    Rujukan:
    [1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2014). Irsyad Hukum Ke-1: Definisi Tauhid.
    [2] Mohd Nasir Ayub & Wan Asma’ Wan Abu Bakar (2013). Islam Dalam Realiti Kehidupan. ms. 55. Perpustakaan Sultan Badlishah, Universiti Teknologi MARA.
    [3] Dr. Ustazah Wahibah bt. Twahir (2015). Mentauhidkan Allah. Fakulti Sains Kemanusian, UPSI.
    [4] Dr. Zakir Naik: Question & Answer. Tawheed Asma Wa Sifat. https://zakirnaikqa.wordpress.com/tag/tawheed-asma-wa-sifat/.

No comments:

Post a Comment