السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Berikut adalah contoh doa ringkas yg boleh diamalkan sebaik selepas solat jenazah.
Sebaik seleasai solat, bolehlah membaca ...
- Surah al-Ihklas.
- Surah al-Falaq.
- Surah an-Nas.
Selepas itu terus baca doa ringkas ini.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ ٱلْأَنْبِيَاءِ وَٱلْمُرْسَلِينَ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ
.
اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ
.
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عنا
.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
*.
وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ
Nota:
*: Tukarkan kpd عَنْهَا (anha) jika mayat itu perempuan dan عَنْهُمَا (anhuma) jika ramai.
Ertinya: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, dan ke atas keluarganya dan semua sahabatnya. Ya Allah, kami memohon kepadaMu keredhaan dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, dan menyukai keampunan, maka ampunilah kami. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia. Semoga shalawat dan salam tercurah kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya, dan seluruh sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Sila baca juga
Semoga memberi manfaat kepada semua dan ramai lagi yg mampu menjadi imam untuk solat jenazah, insyaAllah. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب