Page List
Friday, 30 December 2022
Kelebihan Solat Berjemaah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Solat lima waktu yang wajib itu sebaik-baiknya hendaklah dilaksanakan secara berjemaah. Bagi mereka yang mengerjakan solat fardhu dengan berjemaah mendapat kelebihan yang amat besar Sesungguhnya Allah dan Nabi Muhammad menitik beratkan amalan solat secara berjemaah ini. Oleh itu setiap perkara yang dititik beratkan oleh Allah dan Nabinya ada banyak hikmah dan kebaikkannya.
Barangsiapa yang memakmurkan masjid dengan melaksanakan solat secara berjemaah, mempelajari ilmu agama dan sebagainya maka dia adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta termasuk dalam golongan mereka yang mendapat petunjuknya. Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 18 yang maksudnya:
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."
Allah SWT juga Juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 43 yang maksudnya:
“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.
Banyak sungguh ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah contohnya seperti Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
"Solat secara berjemaah (ganjarannya) melebihi solat (secara) berseorangan, dengan (diberi ganjaran sebanyak) dua puluh tujuh darjat". (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Juga barangsiapa yang solat secara berjemaah maka akan diampunkan dosa-dosanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa berwudhu untuk solat, lalu menyempurnakan wudhunya, kemudian berjalan menuju solatnya yang fardhu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jama'ah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya.".(Hadis Riwayat Muslim)
Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat nasuha.
Marilah kita bersama2 solat berjemaah di masjid ataupun di surau.
والله أعلمُ بالـصـواب
Saturday, 24 December 2022
Sudah Ke Bayar Zakat?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tak sampai beberapa hari lagi tahun 2022 akan berakhir tapi ... sudah ke anda bayar zakat pendapatan anda?
Apa itu zakat?
Dari segi bahasa, perkataan zakat yang berasal daripada bahasa Arab bermaksud bersih, suci dan berkat. Pengertiannya adalah dalam konteks membersihkan harta, juga diri sendiri daripada sifat kedekut dan bakhil.
Dari sudut syarak, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Syarat wajib berzakat adalah beragama Islam, merdeka, baligh dan berakal, manakala harta itu perlu cukup nisab dan haul serta dimiliki secara sempurna.
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat pendapatan adalah di dalam kategori zakat harta.
Zakat pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan melalui gaji dan pendapatan lain Menurut Dr Yusof al-Qaradawi di dalam kitab Fiqh al-Zakat, pekerjaan manusia seperti doktor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan sebagainya tidak kira bekerja dengan kerajaan atau swasta di mana mereka bekerja dan diberi gaji bulanan secara tetap, pendapatan yang diperolehi itu dipanggil al-mal al-mustafad. Ia wajib dizakatkan bila sudah mencapai syaratnya.
Kewajipan zakat ke atas pendapatan adalah berdasarkan daripada firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, 267.
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),
Sebelum membuat bayaran zakat pendapatan, terdapat item-item atau perkara yang mempunyai perbelanjaan khusus harus ditolak terlebih dahulu seperti diri sendiri, isteri dan anak-anak. Untuk mengetahui jumlah pendapatan yang harus ditolak sebelum melaksanakan zakat pendapatan, eloklah pergi ke kaunter zakat berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat.
Zakat pendapatan yang dikenakan ke atas seseorang individu adalah pendapatan tahunan tolak perbelanjaan yang disebut seperti di atas dan baki daripadanya adalah disebut pendapatan bersih. yang mana akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% sahaja.
Pergilah ke ke kauter zakat berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma untuk jumalh yang akan dizakatkan.
Banyak faedah membayar zakat dan salah satunya adalah untuk keberkatan rezeki.
والله أعلمُ بالـصـواب
Tuesday, 13 December 2022
Lama Sangat Tunggu Giliran Unruk Buat Haji. Apa Pilihan Yang ada? Part 2
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Berikut adalah pilihan yang mungkin anda fikirkan ...
Pilihan 1: Terus merayu.
Pastikan anda terus merayu pada TH bila masa rayuan dibuka pada setiap tahun. Ade banyak contoh surat rayuan di Google yang anda boleh ambil. Teruskan merayu walau setiap tahun. Pada massa yang sama patikan junlah wang terkumpul di dalam akaun tabung haji sudah mencukupi. Sila rujuk pada TH untuk jumlah tabungan ynag kene ade.
Saya tegaskan di sini tolong jangan layan TH macam bank commercial. Maksud saya jangan asyik keluar dan masuk duit, biarkan duit tu di situ sebagai bukti tabungan dan untuk tunjukkan yang anda serious dengan niat anda tu. Kalau nak juga masuk & keluar duit, saya nasihatkan lebih baik buka akain di bank, contoh Bank Islam and anda boleh melakukan transaksi sekerap yang anda mahu.
Sila terus mencuba dan terus berdoa.
Pilihan 2: Gunakan pakej swasta tapi guna kouta TH.
Setelah berjaya submit surat rayuan di kaunter TH, anda akan diberi slip penerimaan rayuan. Simpan slip ini elok2.
Biasanya pakej swasta ini dibuat oleh travel agen contohnya Andalusia, Rehal, MKM dan sebagainya yang diberi lesen oleh TH sebagai pengelola jemaah haji (PJH). Pilihlah travel agen yang anda yakin.
Pergilah ke travel agen yang anda pilih tu dan terangkan pada mereka yang anda mahu menunaikan haji menggunakan pakej mereka dan bagikan pada mereka salinan surat rayuan dan slip penerimaan rayuan dari TH tu. Sekarang travel agen tu akan merayu kepada TH untuk diri kita untuk slot pakej swasta. Mereka ni travel agen kalau tak silap saya memang ade kouta mereka diberi oh TH dan juga kalau ade kouta tambahan yang diberi oleh Arab Saudi juga mungkin akan diedarkan oleh TH ke travel agen swasta ni, so mungkin rezeki anda boleh dapat slot TH tu. Segala urusan dengan TH akan dibuat oleh travel agent tu. Jika berjaya anda akan dihubungi oleh travel agent tu untuk urusan selanjutnya.
Mungkin kos pilihan ni sangat tinggi berbanding muassasah kelolaan TH. Mungkin sekarang minima RM 30 - 40 ribu kot seorang selepas kobid ni (Boleh berurusan terus dgn travel agen untuk angaran kos sebenar). Yelah name pun pakej swasta. Jadi kena lah ade kekuatan kewangan.
Apa yang boleh dikatakan di sini ialah peluang anda untuk dapatkan slot haji mungkin menjadi lebih cerah dengan pilihan no. 2 ni berbanding dengan pilihan no. 1.
Sila mencuba dan terus berdoa.
Pilihan 3: Visa Furada.
Dari pembacaan / selidikan saya, visa haji furada ni dikeluarkan terus oleh Arab Saudi dan disalurkan ke Kedutaan mereka. Visa furada atau visa jemputan ini adalah hak kedutaan tu so dia nak bagi kat sesape yang día nak lah. Ia langsung tidak melalui TH. TH tiada tanggung jawab disini jika berlaku apa2. TH tak tahu pun berapa banyak visa jenis ni yang dikeluarkan oleh kedutaan tu.
Malangnya furada ni telah dikomersialkan macam komoditi, tinggi demand tinggi lah harganya. So berapa harganya, RM50 ribu, RM60 ribu, sila check sendiri.
Ia diuruskan oleh penganjur dan travel agen swasta.
Di ingatkan di sini tiada kepastian pada visa furada, risikonya sangalah tinggi. Resiko untuk kena tipu pun ade. Biasa dengarkan jemaah haji yang terkandas di KLIA dan jika terlepas di KLIA pun akan tersangkut di Jeddah airport sebab gagal di immigration kat airport tu. Duit dah banyak habis tapi hajat tak terlaksana.
Kos visa furada ni sangatlah tinggi dan saya masih ingat lagi, kalau tak silap saya deposit RM16 ribu untuk dapatkannya dari satu travel agen, pengelola jemaah haji (PJH) yang ade lesen dari TH. Tapi alhamdulliah saya dapat slot kouta tambahan pakej swasta dari TH untuk tahun tu. So duit RM16 ribu tu saya top up jadi total kos pakej haji saya. Syukur alhamdulillah sangat2.
Kalau anda mahu mencuba pilihan furada ni sebaiknya pilihlah travel agen yang dilesen oleh TH sebagai PJH dan saya tegaskan disini dengan memilih PJH tu pun tiada guarantee / kepastian yang anda boleh pergi haji atau dapat visa furada tu atau tidak dihampakan . Saya sangat sedih apabila ketahui seramai 380 bakal jemaah stranded kat KLIA tahun lepas 2021. Bayangkan kalau salah seorang dari mereka tu adalah anada atau salah soerong dari keluarga anda. Sila baca cerita tentang mereka yg disiarkan dlm Berita Harian pada 7 July 2022 di link ini
380 bakal haji terkandas di KLIA.
Fikir betul2 dan berhati2 jika mahu pilih cara ini. Semoga Allah permudahkan urusan anda semua.
Pilihan 4: Yang belum kahwin, cari pasangan yang gilirannya dah dekat, memang berbaloi.
Mungkin ini polisi TH, kalau isteri dapat, secara automatik suami akan dapat temankan isteri pergi bersama tunaikan haji. Rezeki la tu.
So sape2 yang baru nak kahwin atau nak kahwin lagi satu, jadikan kriteria ni iaitu ‘giliran tunai haji’ sebagai added advantage untuk pilih bakal isteri. Tak salah kan buat macam ni. So tanya día bila giliran naik haji dan kalau día kata tahun depan … kahwin la cepat2. Memang berbaloi2.
Pilihan 5: Melalui negara lain (Guna kuota negara itu) contohnya Thailand.
Saya ade terbaca jugak tentang perkara ni. Tidak boleh pastikan kesahihannya.
Memang betul jemaah haji dari Thailand ni sikit saje. Masih boleh ingat masa pegi haji dulu, masa di Mina khemah (Maktab) jemaah haji Malaysia penuh padat macam sardin tapi bile kita pegi khemah Thailand sangat kurang orang, ingat boleh main takraw dalam khemah tu. Kita pergi khemah Thailand tu sebab nak pakai toilet diaorang yang mudah dapat, kalau nak dapatkan toilet yang ade kat khemah Malaysia …. kena tunggu giliran lebih kurang 45 minit lama tu, queue panjang sangat.
Terlampau banyak perkara pelik dan sangat berisiko tinggi disini. Contohnya kita mungkin disediakan passport Thailand, identiti Thailand ataupun menggunakan passport kita yang disokong dengan dokumen dari Thailand dan semua urusan kita akan diuruskan oleh orang tetentu di Thailand tu (Selatan Thailand?), cuma sediakan saje duitnya. Sangat2 berisiko tinggi.
Sangat mustahil cara sebigini boleh berlaku.
Katalah boleh berlaku macam ni, sudah tentu berduyun2 orang Malaysia pergi Thailand untuk dapatkan kouta haji mereka.
Saya cadangkan lupakan saje pilihan ini. Nanti duit lesap kita ke lokap diaorang.
Tolong jangan terpengaruh kalau anda terbaca kat mane2 tentang cara ni.
Pilihan 6: Musim unrah terakhir sebelum musim haji bermula.
Dari perkiraan saya, ini pilihan yang mampu berjaya dan berisiko rendah atau tiada.
Sila tunggu Part 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)