Page List

Thursday, 22 January 2026

Asal Usul Sifat 20

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tuan / Puan, sila perhalusi kata2 dari Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tentang asal usul sifat 20. Semoga membawa manfaat kpd semua.

Point utama adalah ...
  • Sifat 20 tidak wujud semasa zaman Rasulluloh SAW dan zaman para sahabat.
  • Tauhid serta aqidah sentiasa berdasarkan kpd Al-Quran dan sunnah2 dari Rasulluloh SAW.
  • Sifat 20 dipengaruhi oleh fahaman falsafah Greek / Yunani. Sifat 20 ini dicipta berdasarkan kpd akal manusia yg sangat terbatas.

Monday, 19 January 2026

Dalil Dari Al-Quran Untuk Dirikan Solat Fardhu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Solat fardhu terdiri daripada Solat Subuh (2 rakaat), solat Zohor (4 rakaat), Siolat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan solat Isyak (4 rakaat). Berikiut adalah dalil2 dari Aq-Quran yg memperaKUI solat2 tersebut.

  • Solat Fardhu Subuh.

    Ada 4 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Subuh.

    1. Surah An-Nur, ayat 58.
      "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
    2. "
    3. Surah Ar-Ruum, ayat 17.
      "(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah (Solat) semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh."
    4. Surah Al-Isra', ayat 78.
      "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
    5. Surah Qaf, ayat 39.
      "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."

  • Solat Fardhu Zohor.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Zohor.

    1. Surah Al-Isra', ayat 78.
      "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
    2. Surah Ar-Ruum, ayat 18.
      "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."

  • Solat Fardhu Asar.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Asar.

    1. Surah Ar-Ruum, ayat 18.
      "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."
    2. Surah Qaf, ayat 39.
      "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."

  • Solat Fardhu Maghrib.

    Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Maghrib.

    1. Surah Hud, ayat 114.
      "Dan dirikanlah solat wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam (awal malam). Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
    2. Surah Ar-Ruum, ayat 17.
      "Memerintahkan untuk bertasbih dan memuji Allah SWT (Solat) pada waktu senja dan pagi, sebagai tanda kebesaran-Nya dalam penciptaan langit dan bumi, serta mengingatkan akan kewajipan solat lima waktu yang mencakup waktu-waktu tersebut, menunjukkan keagungan Allah yang menciptakan dan menghidupkan segala sesuatu."

  • Solat Fardhu Isyak.

    Ada 1 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Isyak.

    1. Surah An-Nur, ayat 58.
      "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 8 January 2026

Berdiri Menghormati Jenazah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Daripada Amir bin Rabiah, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمُ الجَنَازَةَ، فَقُومُوا حتَّى تُخَلِّفَكُمْ أَوْ تُوضَعَ

Ertinya: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah untuknya sehingga ia melepasi kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan (di tempatnya)."
Sahih Muslim No: 958 [1]

Pengajaran:
  • Rasulullah SAW mengajar adab terhadap jenazah, iaitu berdiri sebagai melahirkan rasa simpati, hormat dan kesedaran tentang kematian apabila melihat jenazah dibawa.
  • Dalam Mazhab Syafi‘i dan Hanbali menyatakan sunat berdiri apabila melihat jenazah lalu walaupun bukan jenazah Muslim.
  • Islam memuliakan manusia walaupun selepas kematian. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi SAW berdiri ketika melihat jenazah orang Yahudi, lalu baginda berkata: "Bukankah dia juga manusia?"
  • Kematian itu pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bernyawa. Melihat jenazah sepatutnya menyedarkan kita tentang kehidupan sementara di dunia ini dan keperluan memperbaiki diri.
  • Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk tindakan kecil dengan berdiri apabila jenazah melintas di hadapan mengajar kita hormat tanpa mengira pangkat, darjat, atau status si mati serta dapat memupuk rasa rendah diri dan taqwa disamping mencerminkan penghayatan nilai Islam yang tinggi.

Untuk peringatan kpd kita bersama jika kita menghadiri pengkebumian jenazah, hidupkanlah sunnah ini iaitu berdiri sehingga proses pengkebumian selesai. Setelah selesai barulah kita duduk jika perlu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 958, ms. 488. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 1 January 2026

Jangan Mati Selain Berbaik Sangka Kepada Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Diriwayatkan oleh Jabir bahawa Rasululloh SAW bersabda ...

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، قَبْلَ مَوْتِهِ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ، يَقُولُ: لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum wafatnya. Sabda Baginda: “Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah.”
Sahih Muslim, hadis No: 2877. [1]

Pengajaran:

  1. Setiap Muslim wajib sentiasa berbaik sangka (husnuzan) dengan Allah pada setiap waktu, lebih-lebih lagi dihujung-hujung hayat kita.
  2. Husnuzan atau berbaik sangka, iaitu yakin bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang akan mengampunkan dosa kita. Yakinlah bahawa Allah akan menerima taubat kita, Yakin bahawa Allah akan melimpahkan rahmat walaupun kita banyak kekurangan.
  3. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah, walau sebesar mana pun dosa yang pernah kita lakukan dengan sentiasa berdoa, bertaubat dan bergantung harap kepada Rahmat Allah.
  4. Namun, husnuzan bukan bererti merasa aman dari azab Allah sambil melakukan maksiat. Husnuzan perlu disertakan dengan taubat yang jujur, amal soleh, keinsafan terhadap kesalahan, usaha untuk berubah dan berserah diri kepada Allah.
  5. Persediaan sebelum mati seorang Muslim adalah perbanyakkan amal soleh, taubat, dan memperkuat hubungan dengan Allah agar dapat menghadap-Nya dengan hati yang penuh husnuzan.
  6. Biasakan amalan doa ini:

    *اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ، وَخَيْرَ ظَنِّي ظَنِّي بِكَ حِينَ أَمُوتُ*
    Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hariku ialah hari aku bertemu dengan-Mu, dan sebaik-baik sangkaan ku ialah sangkaan terhadap-Mu ketika aku mati."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 7, The Book of Paradise: Descriptions, Delights etc, hadis no. 2877, ms. 269. Darussalam Publishers and Distributors.