Wednesday, 11 June 2025
Kelebihan Solat Jenazah dan Menghantarnya ke Kubur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan mengiringi jenazah ke kuburan adalah sunat.
Sesiapa yg menunaikan solat jenazah lalu mengiringi jenazah itu ke perkuburan dan menunggunya sehingga selesai dikebumikan akan diberi ganjaran pahala sebanyak 2 qirat. Sila baca perincian di sini.
Berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ. قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟ قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ
Ertinya: “Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanyakan kepada Baginda SAW: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat? Baginda SAW menjawab: ‘Seperti dua gunung yang besar.’”
Sahih Bukhari, hadis no. 1325. [1]
Sahih Muslim, hadis no. 945. [2]
Jelaslah bahawa amat bersar ganjaran pahala bagi sesiapa yg mendirikan solat jenazah serta mengiringi jenazah hingga dikebumikan. Maka rebutlah peluang bersar ini.
Sila baca juga Solat Jenazah.
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 1325, ms. 237. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 945, ms. 475. Darussalam Publishers and Distributors.
5 Hak Sesama Muslim
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Umat Islam kesemuanya adalah bersaudara. Masing-masing ada hak ke atas yang lain. Apabila menyebut perihal hak, maka ia juga berkait dengan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan.
Apakah 5 hak itu?
Riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
حَقُّ المُسْلِمِ عَلَى المُسْلِمِ خَمْسٌ: رَدُّ السَّلاَمِ، وَعِيَادَةُ المَرِيضِ، وَاتِّبَاعُ الجَنَائِزِ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيتُ العَاطِسِ
Ertinya: “Hak seorang muslim terhadap muslim lainnya ada lima, menjawab salam, menziarah orang sakit, mengikuti (mengurus) jenazah hingga dikuburkan, memenuhi undangan, dan tasymiyah al atish (Mendoakan orang yang bersin dengan berkata Yarhamukallah).”
Sahih Bukhari, hadis no. 1240. [1]
Sahih Muslim, hadis no. 2162. [2]
Oleh itu berilah perhatian untuk melaksanakan hak2 itu.
- Memjawab salam. Mengucap salam terhadap orang muslim hukumnya sunat namun menjawab salam hukumnya wajib. Memberi & menjawab salam itu adalah doa, oleh itu marilah kita berdoa untuk sesama kita.
- Menziarah orang sakit. Sunat bagi kita menziarah dan mendoakan orang sakit. Sila baca Ziarah & Doakan Orang Sakit.
- Mengikuti (mengurus) jenazah hingga dikuburkan. Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan mengiringi jenazah ke kuburan adalah sunat. Besar ganjaran pahala bila kita mengiringi jenazah hingga dikebumikan. Sila baca Kelebihan Solat Jenazah dan Menghantarnya ke Kubur.
- Memenuhi undangan. Kita wajib memenuhi undangan jika tiada uzur syarie dan undangan itu tiada unsur2 maksiat serta tiada aktiviti mungkar, tiada pengkhususan untuk orang kaya sahaja yg hadir, jamuan bukan untuk berbangga-bangga dan tiada aktiviti yg menggangu ketenteraman muslim lain.
- Mendoakan orang yang bersin. Wajib keatas setiap orang yg mendengar orang bersin (Yang dia mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ.) untuk diucapkan tasymit kepadanya, iaitu dengan mengucapkan, يَرْحَمُكَ اللهُ . Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللهَ: فَشَمِّتُوْهُ فِإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللهَ فَلاَ تُشَمِّتُوْهُ. Ertinya: “Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya.” Sahih Muslim, hadis no. 2992. [3]
Tuesday, 10 June 2025
Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 2)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Bila menziarah orang sakit, berdoalah kpd mereka untuk kesembuhan.
Anda boleh ikut cara mengstruktur / menyusun doa di sini.
Sebelum memulakan doa, dibolehkan membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.
Contoh doa adalah seperti berikut. Turutan bacaan: Pembuka doa >> Isi doa >> Penutup doa.
- Pembuka doa: بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،
- Isi doa: Bacalah doa ini sebanyak 7 kali: أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْم رَبُّ الْعَرْشِ الَعَظِيْم اَن يَّشْفِيْكَ As alullaahal 'azhiim rabbal 'arsyil 'azhiim an yasyfiyak. Ertinya:"Aku memohon atas nama Allah Yang Maha Agung Pemilik Arassy Yang Maha Agung agar menyembuhkanku." Sunan Abu Dawud, hadis no. 3106, status: Sahih. [1] Jami' At-Tirmizi, hadis no. 2083, status: Sahih. [2] Musnad Imam Ahmad, hadis no. 2137, status: Sahih. [3] Selepas itu bacalah doa berikut: Yaa Allah, Engkaulah penyembuh dari segala penyakit, Jadi aku memohon pada Mu sembuhkanlah dan angkat rasa sakit yang dirasa sahabatku, Hilangkan rasa sakitnya dan gantikan dengan kesembuhan dan kegembiraan.
- Penutup doa. وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Membina Struktur Doa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Sebaiknya doa itu distruktur atau disusun seperti ini.
- Pembuka doa. Tujuan pembuka doa: Sebelum kita memohon kpd Allah SWT, sebaiknya eloklah kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat. Contoh: بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ
- Isi doa: Segala permintaan terhadap Allah SWT. Hendaklah berdoa dgn rasa rendah diri & ikhlas. Contoh: Kurniakanlah ilmu kepada kami dan sinarilah hati2 kami dengan hidayahMu.
- Penutup doa. Sekali lagi kita disarankan untuk kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat, seperti semasa pembuka doa. Contoh: وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Subscribe to:
Posts (Atom)