Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nant
Memang wujud sunnah untuk solat sunat ba'diyah Jumaat. Sunnah ini boleh dilakukan 2 rakaat atau 4 rakaat (2 + 2). Di bawah ini disertakan dalil2 berkaiatan.
PILIHAN 4 RAKAAT
Berdasarkan riwayat Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi SAW bersabda yg maknanya:
"Apabila seseorang telah mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia solat selepasnya empat rakaat".
Sahih Muslim, Hadis #881 [1]
bersabda yg maknanya:
PILIHAN 2 RAKAAT
Berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar bahawa "Nabi SAW setelah selesai solat Jumaat, akan meningalkan masjid dan menunaikan solat sunat di dalam rumahnya".
Sahih Muslim, Hadis #882 [2]
JADI YG MANA MAHU DIPILIH? 2 ATAU 4 RAKAAT?
Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya (1130) dari Ibn ‘Umar bahawa apabila dia solat di masjid, dia solat empat rakaat dan apabila dia solat di rumah, dia solat dua rakaat.
Sunan Abu Dawud, Hadis #1130 , Status: Sahih. [3]
Apa yg boleh dipraktikkan adalah jika kita masih berada di dalam masjid bolehlah solat 4 rakaat (2 + 2) dan jika sudah balik ke rumah maka bolehlah solat 2 rakaat.
Sila baca juga:
- Solat Sunat Rawatib.
- Solat Sunat Rawatib Zohor Mampu Jauhi Api Neraka.
- Solat Sunat Qabliyah 4 Rakaat Sebelum Fardhu Asar.
- Solat Sunat Qabliyah Subuh.
- Solat Sunat Rawatib Jumaat.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, Book of Jumu'ah, ms. 397, Hadis #881. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, Book of Jumu'ah, ms. 399, Hadis #882. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, Book of Salat, ms. 655, Hadis #1130 (Sahih). Darussalam Publishers and Distributors.