Tuesday, 27 February 2024
Benteng Terakhir Al-Aqsa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Kita mestilah terus berdoa, minima yg kita boleh lakukan selain dari menyumbang dan mengatakan sokongan kita kepda perjuangan saudara2 kita di Platestin.
Tuan / puan secara fiziknya pejuang Platestin itu adalah benteng terkahir Al-Aqsa jadi sudah menjadi harapan kita untuk melihat pejuang Paltestin untuk gigih berjuang dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
Saya mungkin sudah tidak nampak lagi apa2 perjuangan untuk mempertahankan Al-Aqsa yg akan dilakukan oleh pemimpin negara2 Arab Islam di sekeliling bumi ambiya' itu.
Marilah kita bersama2 terus berdoa untuk kemenangngan umat Islam dan bumi Al-Aqsa terus dijaga dan dimiliki oleh umat Islam. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Tuesday, 6 February 2024
Solat Sunat Rawatib Jumaat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Diharap anda telah membaca tentang solat sunat qabliyah & ba'diyah di post sebelum, jika belum sila kilk di sini.
SOLAT SUNAT QABLIYAH JUMAAT
Dalam banyak pembacaann, mendengar & kaji selidik dari sumber2 yg dipercayai mempunyai 'weight' atau kredibeliti contohnya penerangan dari pejabat2 mufti negeri, kitab / buku, bacaan ilmiah, buku tentang solat dll, telah menjurus utk berpendapat bahawa tidak disunatkan untuk solat qabliyah Juaamt, walaupun terdapat khilaf antara ulama & ilmuan.
Kesimpulan yg dibuat adalah solat selepas azan pertama pada waktu solat fardhu Jumaat itu hanyalah solat sunat mutlak dan bukan solat qabliyah.
Untuk memahami bagaimana keputusam ini dicapai, eloklah kita fahami terlebih dahulu turutan proses solat fardhu Jumaat di zaman Rasullullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA.
Di bawah ini adalah sumber2 yg dirujuk & digunakan utk memahami turutan proses serta syarat-syaratnya.
Pada zaman Rasulullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA, azan pertama hanya akan dilaungkan selepas memenuhi 2 syarat berikut:
Penting:
Bila berlaku perbezaan penderian, kita eloklah menghormati penderian yg berbeza. Yang penting adalah kita bersama2 istiqamah mengerjakan solat sunat rawatib ini dan agar sentiasa dlm redha Allah SWT.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, Hadis #916, ms. 38. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268 - 269. Pustaka Azzam.
[3] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273. Pustaka Azzam.
[4] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 109. Pustaka Azzam.
[5] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[6] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268. Pustaka Azzam.
[7] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 278. Pustaka Azzam.
[8] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[9] Sahih Muslim. Vol. 2, Book 13, No. 35. Riwayat oleh As-Saib bin Yazid.
[10] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, #912, ms. 36. Darussalam Publishers and Distributors.
[11] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #627, ms. 364. Darussalam Publishers and Distributors.
[12] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Ftwa ke-67: Solat Qabliyah Dan Ba'diyah Jumaat.
[13] Sahih Muslim. Jilid 2, Buku 13, No. 59.
[14] Sunan Abu Daud. Kitab as-Solat, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, No: 1132.
[15] Sahih Muslim. Kitab al-Jum'ah, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, Hadis no: 881.
- Telah masuk waktu (Tergelincir matahari).
- Imam (Contohnya Rasulullah SAW) telah naik ke atas mimbar & memberi salam.
- Diriwayatkan oleh Az-Zuhri: Saya mendengar As-Sä'ib bin YazId mengatakan "Pada masa hidup Rasulullah SAW, Abu Bakar dan 'Umar Radi-Allahu anhu untuk solat Jumaat azan biasa dimulakan / dilaungkan selepas Imam duduk di atas mimbar". Sahih Bukhari Hadis #916 [1]
- Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan: "Saya menyukai apabila adzan pada hari Jumaat dikumandangkan ketika imam telah memasuki masjid dan duduk pada tempat khutbah dengan posisi agak tinggi seperti kayu atau pelapa kurma, mimbar, lantai atau yang lain. Kemudian muadzin mengumandangkan adzan. Apabila telah selesai, imam berdiri lalu menyampaikan khutbahnya, tidak lebih dari itu". Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268-269 [2]
- Imam Syafi’i juga berkata: “Para sahabat yang berada di zaman Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu apabila tiba hari Jumaat, mereka akan mengejakan shalat sehingga Umar bin Khathab keluar. Tatkala Umar telah datang dan duduk di atas mimbar, muadzin kemudian mengumandangkan adzan". Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273 [3]
- Juga diperjelaskan lagi di dalam kitab Fathul Baari: Ibnu khuzaimah dalam riwayat Waki' dari Abu Dzi'b menyebutkan, azan yang dilakukan poda masa Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar adalah dua adzan (dua kali) pada hari Jumaat. Ibnu Khuzaimah mengatakan bahwa maksud "dua adzan" adalah adzan dan qamat. Fathul Baari, Jilid 5, ms. 109 [4]
- Tambahan, juga di dlalam Fathul Baari mengatakan bahawa Rasulullah SAW keluar -untuk melaksanakan shalat Jumaat - apabila matahari telah condong ke barat (Tergelincir), kemudian beliau berkhutbah dan melaksanakan shalat Jumaat. Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210. [5]
- Ini juga selari dengan penjelasan dari Imam Syafi’i yg mengatakan bahawa azan Jumaat tidak dikumandangkan sebelum matahari tergelincir. Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 268. [6]
- Perkara ini diterangkan lebih mendalam di dalam Kitab Al Umm bahawa “Rasul SAW berdiri dengan tegak pada tingkat kedua setelah tingkat yang digunakan untuk istirahat (duduk), kemudian beliau memberi salam dan duduk. Apabila muadzin telah selesai mengumandangkan adzan, beliau kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama. Kemudian beliau duduk, lalu berdiri dan membaca khutbah kedua. Perkataan ini sejalan dengan nmakna hadits.” Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 278. [7]
- Masuk waktu solat Jumaat (Matahari tergelincir).
- Rasullah SAW masuk ke dalam masjid.
- Rasullah SAW naik ke atas mimbar, memberi salam & duduk.
- Muazin melaungkan azan. (Juga dipanggil azan pertama).
- Rasiulallah SAW kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama.
- Kemudian Rasulallah SAW duduk, lalu berdiri kembali dan membaca khutbah kedua hingga habis.
- Muazin melaungkan iqamat. (Juga dipanggil azan kedua).
- Solat fardhu Jumaat dimulakan.
- Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
- Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.
- Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
- Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.
- Azan ketiga: TAMBAHAN azan yg dilaungkan SEBELUM masuk waktu zohor.
- Tiada sunnah untuk sunat qabliyah. Jika mahu bolehlah lakukan solat sunat mutlak. (Selepas azan pertama).
- Melakukan solat sunat ba'diyah: 4 rakaat (2 salam) atau hanya 2 rakaat. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut tentang solat sunat ba'diyah Jumaat.
Solat Fardhu | Solat Qabliyah | Solat Ba'diyah | ||
---|---|---|---|---|
Monday, 5 February 2024
Solat Sunat Qabliyah 4 Rakaat Sebelum Fardhu Asar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Di dalam ulasan yg lepas, didapati tiada solat sunat rawatib yg muakkad untuk fardhu Asar. Sila baca ulasan keseluruhan tentang solat sunat rawatib dgn klik di sini.
Namun terdapat hadis berstatus hasan petikan dari Jami' At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar bahwaa Rasulullah SAW bersabda:
"Semoga Allah merahmati seseorang yang solat 4 rakaat sebelum Asar".
Jami' At-Tirmizi, bab Solat, no. 430. (Hasan). [1]
Tuan / puan, dengan 4 rakaat sunat qabliyah ini insyaAllah kita akan memperolehi rahmat Allah SWT.
Cara yg afdal untuk mendirikan solat sunat empat rakaat sebelum Asar ini adalah secara 4 rakaat dengan 2 salam.
Marilah kita bersama2 semampu mungkin untuk melazimi solat sunat 4 rakaat sebelum Asar ini.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 1, Bab Solat, No. 430, ms. 441. Darussalam Publishers and Distributors.
Saturday, 3 February 2024
Doa Selepas Wuduk
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Sebelum menunaikan solat, umat Islam wajib berwuduk untuk membersihkan anggota daripada hadas kecil. Selepas mengambil wuduk yg sempurna kita disunnahkan untuk berdoa yg amat besar kebaikannya seperti hadis di bawah ini.
"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa:
“أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ”
kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu". Sahih Muslim. Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234. Berikut adalah petikan penuh dari Sahih Muslim Hadis #234 di atas: Diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir: "Kami ditugaskan untuk menjaga unta. Apabila tiba giliran saya, saya membawa mereka (Unta) kembali pada waktu petang dan mendapati Rasulullah SAW sedang berdiri berhadapan sekumpulan ramai. Aku menyertai kumpulan itu ketika Rasulullah SAW berkata: 'Tidak ada seorang muslim pun yang berwudhu dengan baik, kemudian berdiri menghadap kiblat lalu solat dua rakaat dengan fokus (Kusyuk), melainkan syurga baginya'. Saya ('Uqbah) berkata: 'Ini adalah baik'. Lalu seseorang yang berada di hadapan saya berkata: 'Apa yang disebut sebelum ia adalah lebih baik'. Saya melihat beliau adalah 'Umar. Dia berkata: 'Saya tahu kamu baru datang; dia berkata: "Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudhu dan melakukannya sepenuhnya kemudian berkata: 'Ash-hadu An lâ lâha illallâh, Wa Anna Muhammadan 'Abduhu Wa wasuiluh (Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya),' melainkan lapan pintu syurga akan dibukakan kepadanya, dan dia akan masuk melalui mana-mana yang pintu dia kehendaki". Nota: Teks asal hadis #234 ini adalah dalan English dan saya telah terjemahkanke dalam Bahasa Melayu. Diharap mudah untuk difahami. Marilah kita bersama2 amalkan hadis ini semoga mendapat manfaat kelak. Aaminn. Baca juga tentang Amalan Sunnah. والله أعلمُ بالـصـواب Rujukan: [1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234. Darussalam Publishers and Distributors.Friday, 2 February 2024
Solat Sunat Rawatib Zohor Mampu Jauhi Api Neraka
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Untuk solat fardhu zohor, solat sunat rawatibnya yang muakkad adalah 4 rakaat (2 salam) sebelum dan 2 rakaat selepas. Silat baca ulasan keseluruhan tentang solat sunat rawatib dgn klik di sini.
Walau bagaimanapun terdapat hadis sahih petikan dari Jami' At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Sayidina Umm Habibah bahwaa Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang menjaga 4 rakaat sebelum dan selepas Zohor, nescaya Allah mengharamkan baginya untuk masuk ke dalam neraka".
Jami' At-Tirmizi, bab Solat, no. 427 (Sahih) & 428 (Sahih). [1]
Tuan / puan, begitu besar kelebihan yg insyaAllah kita perolehi dgn melazimi solat rawatib Zohor ini.
Cara yg afdal untuk mendirikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas Zohor adalah secara 4 rakaat dengan 2 salam.
Marilah kita bersama2 semampu mungkin untuk melazimi solat sunat 4 rakaat sebelum dan selepas Zohor, dengan harapan Allah akan mengharamkan bagi kita untuk masuk ke dalam neraka. Yakinlah, Allah pasti menunaikan segala janji-Nya.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 1, Bab Solat, No. 427 & 428, ms. 439. Darussalam Publishers and Distributors.
Subscribe to:
Posts (Atom)