Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mungkin kita biasa melihat pusara / kubur disiram air oleh ahli keluarga sebaik sahaja habis bacaan talkin. Perkara ini juga kita dapat lihat apabila ada seseorang atau keluarga yg ziarah kubur akan menyiram air seolah2 menjadi satu perkara yg wajib. Kita juga mungkin tahu air yg disiram itu mungkin telah dibaca ayat Al-Quran, contoh surah Yaseen (Di panggil air Yaseen) atau sesetengahnya menggunakan air mawar dan ahli keluarga mungkin bergilir2 menyiram air itu ke atas kubur.
Adakah kita benar2 faham dan tahu apa tujuan dan hukum menyiram air di atas kubur / pusara itu?
Menurut Ustaz Azhar Idrus di dalam kuliahnya, hukum menyiram air di atas kubur itu adalah HARUS jika bertujuan seperti di bawah ini.
- Supaya tanah di kubur itu kelihatan kemas.
- Menghidupkan pokok2 dan bunga yg hidup di atas kubur tersebut.
Menyuburkan pokok2 di atas kubur yg sentiasa bertasbih yg mana insyaAllah mayat mendapat rahmat. - Supaya tanah tidak berdebu, tanah menjadi utuh, tidak diterbangkan oleh angin.
Jika bertujuan selain daripada yg tertera di atas, maka perkara ini menjadi khurafat. Contoh2 tujuan yg khurafat seperti di bawah.
- Menyejukkan mayat.
- Memberi minum kepada mayat.
- Dan lain2.
Video kuliah ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus.
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment