Page List

Monday, 27 January 2025

Majlis Tahlil (Tahlilan) Satu Penilaian Semula

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Majlis tahlil adalah tradisi masyarakat yg dikatakan untuk mengenang dan mendoakan orang yang telah meninggal dunia. Tradisi tahlilan biasanya dilakukan pada malam pertama (Atau 3 malam berturut) setelah seseorang meninggal dunia dan pada malam2 tertentu setelah itu, seperti pada hari ke-7, hari ke-40, hari ke-100, dan hari ke-1000 setelah kematian.

Ritual bacaan2 tertentu yg biasanya diketuai oleh orang yg dihormati dilalukan dan biasanya juga jamuan makanan untuk para hadirin yg menghadiri majlis tahlilan itu.

Apakah alasan masyarakat setempat mahu terus melakukan majlis tahlil ini? Apakah dalil atau sumber rujukan yg sahih yg digunakan untuk melakukan majlis tahlilan ini? Saya masih sampai sekarang tidak menjumpai sebarang rujukan sahih untuk bersetuju dgn perlaksanaan majlis tahlil ini.

Sila tonton video di bawah yg disampaikan oleh seorang pendeta hindu yg telah memeluk agama Islam. Nama hindunya ialah Romo Pinandhita Sulinggih Winarno dan setelah menjadi Mualaf/masuk Islam lalu beliau mengubah namanya menjadi Abdul Aziz.

Masakan seorang mualaf yg asalnya hindu menerangkan bahawa tahlilan itu adalah upacara keagamaan hindu untuk kematian, kita orang Islam masih mahu mempertahankan dan terus melakukannya? Ini adalah satu yg amat pelik dan malang sungguh.

Nota: Dengar betul2 dan perhatikan kaitan majlis / upacara tahlilan dgn kitab wedha iaitu kitab agama hindu.



Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 23 January 2025

Hanya Amal Solleh Yang Kekal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Maknanya "Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali meninggalkannya, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya."
Sahih Bukhari No: 6514 [1]

Pengajaran:
  1. Bila mati anak Adam, akan mengiringi mayatnya kekubur terdiri daripada ahli keluarga, harta juga amalnya.

  2. Selepas pengkebumian, dua yang mengiringi akan pulang:
    a. Ahli keluarga akan pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
    b. Harta yang ditinggalkan simati akan diagih-agihkan kepada pewaris.

  3. Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal solleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.

Marilah kita memastikan semasa kita hidup untuk membanyakkan amal yang boleh dijadikan teman dan menjadi bekalan kita nanti.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 8, Hadis #6514, Thee Book of Ar-Riqaq, ms. 281. Darussalam Publishers and Distributors.