السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
LGBT merupakan satu akronim yang merujuk kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Dan sekarang ini huruf ‘Q’ telah ditambah yang bermakna questioning yg bermaksud seseorang yg mempersoalkan identiti jantina nya.
Apakah hukum terhadap LGBT ini?
Hukumnya adalah jelas iaitu haram.
Hendaklah kita menjelaskan pendapat kita kpd sesiapa yg bertanya tentang perkara ini.
Soalam: Apakah pandangan anda tentang LGBT?
Jawaban: Ia adalah haram. Tiada kompromi di sini.
Elakkan untuk respond yg menununjukkan kita agak bersetuju atau tidak menetang dengan golongan LGBT ini. Contoh response yg perlu dielakkan ... biaralah mereka dgn pilihan mereka, saya bukan orang yg tepat untuk menjawab soalan ini sila tanya pihak berwajib, takpe kot, dia orang tak kacau orang lain so ok lah, etc etc. Jika ande respond sebegini mungkin anda secara direct atau indirect meyokong golongan LGBT. Nauzubillah.
Islam jelas melarang dan melaknat golongan LGBT ini. Haram hukumnya untuk melakukan pembedahan menukar jantina, melakukan hubungan jenis sesama lelaki atau perempuan, lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina (LGBT) bukan merupakan isu baru. Sebaliknya, Allah SWT telah menjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a.s. Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana firmanNya dalam Surah al-A'raf ayat 80 – 84, yang bermaksud.
“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan".
Larangan terhadap LGBT ini juga dijelaskan dgn hadis2 dari oleh Rasulullah SAW.
Jabir bin Abdillah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إنَّ أخوَفَ ما أخافُ على أمتي عملُ قومِ لوطٍ
“Sesungguhnya yang paling aku takut ditimpa kepada umatku amalan seperti kaum Lut.”
Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir menyebut: Umat Islam telah bersepakat bahawa perbuatan liwat termasuk dosa besar yang diharamkan oleh Allah S.W.T:
أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٥﴾ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki di kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) daripada badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”
(Surah al-Syu’ara: 165-166)
Selain melaknat hubungan sesama jantina, Islam juga melarang keras lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya (tasyabbuh). Hukum tasyabbuh adalah haram dan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie melalui lisan Nabi S.A.W:
عن ابن عباس رضي الله عنهما: قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال.
“Daripada Ibn Abbas R.A berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan golongan perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syara’.
Apa golongan LGBT ini harus lakukan adalah segera mendapatkan nasihat dan bertaubat balik ke pangkal jalan sepetri firman Allah SWT di dlam Surah al-Zumar, ayat 53.
قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Semoga Allah memelihara kita khususnya umat Islam daripada ajaran songsang LGBT ini.
والله أعلمُ بالـصـواب