Page List

Sunday, 22 January 2023

Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata:

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Yang maksudnya:

"Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu. Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi No: 3463) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran dari hadis di atas:

1. Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.

2. Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.

3. Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An Nisa’: 110).

4. Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:

عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله

"Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah." (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).

Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 15 January 2023

Mengapa Kita Perlu Bersegera Bersedekah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Allah SWT berfirman pada Surah Al-Munafiqun Ayat 10:

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٠

Yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Pada ayat ini, Allah SWT menganjurkan agar orang-orang mukmin membelanjakan sebagian rezeki yang telah dikaruniakan kepadanya, sebagai tanda syukur atas nikmat-Nya. Contoh adalah bersedekah / imfaq kepada anak-anak yatim, orang-orang fakir miskin, surau / masjid atau sesiapa yang amat memerlukan dan sebagainya. Perkara memberi sedekah / imfaq ini adalah untuk dijadikan bekal di hari kemudian dan sudah dapat dirasakan kesannya semasa di didalam alam kubur (Barzah) lagi lebih2 lagi ketika berada di akhirat.

Janganlah kekayaan itu hanya untuk diwarisi oleh para waris kita yang belum tentu akan membelanjakan / memanafaatkan dengan sebaik2nya dijalan Allah yang akan merugikan dan mengakibatkan kekecewaan kita. Kekayaan yang ada pada seseorang walau banyak sekalipun tidak akan dapat membantu dia di hari kemudian jika tiada sumbangan ke jalan Allah contohnya sedekah jariah.

Ingatalh hanya tiga macam yang akan menjadi milik kita sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi SAW yang bersabda:

Mutharrif bin Syu'bah meriwayatkan dari ayahnya berkata, "Aku mendatangi Nabi saw, sedangkan beliau sedang membaca ayat 'alhakumut-takatsur." Lalu Nabi SAW bersabda, "(Ada seorang) manusia mengatakan 'hartaku-hartaku." Nabi SAW bersabda lagi, "Wahai manusia, kamu tidaklah memiliki harta (yang kamu kumpulkan), melainkan apa yang kamu makan maka telah habis, apa yang kamu pakai maka telah lusuh, dan apa yang kamu sedekahkan maka telah berlalu." (Riwayat Muslim)

Belanjakan harta benda kita untuk kemanfaatan dunia dan akhirat. Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di hari kemudian.

Janganlah ditangguh2 sampai datang sakaratul maut dan janganlah pula berandai2 kalau2 umur masih panjang atau kematian masih boleh ditunda. Kita harus membelanjakan harta benda kepada jalan2 yang diredhai Allah dan beramal baik semoga menjadi di kalangan orang2 yang soleh sebelum ajal tiba karena apabila ajal telah sampai, tiada yang dapat diubah atau mahu dibelanjakan, disedekahkan lagi. Bila ajal sampai tiada yang dapat menangguhkannya. Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di hari kemudian.

Tontonlah video klip dibawah ini yang menerangkan apa yang diinginkan sangat oleh orang yang telah meninggal / mati. Semoga bermenafaat InsyaAllah.



والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 8 January 2023

Kelebihan Solat Di Saf Pertama / Paling Hadapan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Mengapa kita harus merebut untuk mendapatkan saf pertama semasa solat berjemaah?

Solat di saf yang pertama mempunyai begitu banyak kelebihan seperti yang disebutkan oleh banyak riwayat. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

"Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi." Riwayat Al-Bukhari (615).

Berdasarkan hadis di atas, sekiranya manusia itu benar2 ade ilmu pengetahuan tentang besarnya ganjaran dan fadhilat solat di saf pertama, sudah tentu mereka akan berebut2 mengambil peluang untuk mendapatkan saf pertama. Sehingga jika dah tak de cara lain, pasti mereka akan mengundi bagi menentukan siapa yg dapat mengisi saf yang pertama.

Memang ade sangat banyak kelebihan sesiapa yang solat di saf pertama semasa berjemaah. Contoh2nya seperti dibawah ni.

Allah dan Para Malaikat Berselawat Kepada Saf Pertama.

Ini berdasarkan riwayat dari Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas saf yang pertama." Riwayat Ibn Majah (999).

Bagaimana pula dgn perempuan? Bagi jemaah perempuan, baiknya saf terakhir dalam solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki adalah kerana yang demikian itu menjauhkan jarak mereka dari bercampur dengan orang lelaki, menjauhkan mereka dari memandang ke arah lelaki ajnabi serta mendengar ucapan2 mereka. Lihat Syarah Al-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/158).

Oleh yang demikian, eloklah kita sentiasa berlumba2 untuk melakukan kebaikan dengan cara melazimi solat di saf yang pertama. Elakkan saf-saf dari dikosongkan atau lambat dipenuhkan. Ini kerana begitu besar fadhilat dan ganjaran yang ada padanya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 1 January 2023

Doa Sebelum Memberi Salam Pada Tahhiyat Akhir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat / isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah doa-doa tersebut:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]

Daripada Aisyah R.anha menceritakan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksudnya: “Adapun Rasullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]

Pastikan kita amalkan doa ini, walaupun ia adalah sunat, sebelum kita memberi salam pada tahhiyat akhir.



والله أعلمُ بالـصـواب