Page List

Sunday, 13 November 2022

Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

PRU15 akan diadakan pada 19 Nov 2022. Pastikan anda telah menyemak daftar mengundi anda serta tempat mengundi anda sekali.

Pastikan anada mengundi calon dan parti yang menyokong dasar Islam di Malaysia.

Jangan anda mengundi calon atau parti yang menentang perkembanagan dan dasar2 Islam. Jangan undi parti DAP atau orang2 termasuk orang Islam yang menyokong parti DAP. Jangan undi parti yang bersekongkol atau jadi tali barut DAP.

Pastikan kuasa tetap ditangan Melayu Islam di Malaysia ini.

Allah SWT melarang umat Islam bersekongkol dengan musuh mereka yang juga menjadi musuh Allah. Larangan Allah SWT menjadikan golongan yang dimurkai Allah sebagai teman apatah lagi pemimpin yang menaungi sesebuah pemerintahan amatlah jelas seperti firmanNya di dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat 13:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا۟ مِنَ ٱلْـَٔاخِرَةِ كَمَا يَئِسَ ٱلْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْقُبُورِ

Terjemahannya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur”

Semoga pencerahan dari Dr. MAZA dapat membantu kita membuat pemilihan yang baik dan tepat.

Semoga Allah swt memudahkan urusan kita semua.

أٰمِيْنَ
الله أكبر

Saturday, 12 November 2022

Muqaddimah مقدمة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Selamat datang ke Usrah35.

Sabda baginda SAW bermaksud "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat" (Hadis riwayat al-Bukhari). Sesungguhnya hanya dengan meneruskan kesinambungan usaha dakwah Rasulullah SAW, Islam akan terus terpelihara dan berkembang. Sama2lah kita perjuangakan dengan menyampaikan wasiat Baginda walau sepotong ayat, semoga Allah permudahkan usaha kita semua.

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Surah Al-Fatihah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

Berikut adalah 7 ayat Al-Fatihah seperti berikut.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ ٱ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 5 November 2022

Perkuburan Baqi’ Sebelah Masjid Nabawi, 5 September 2019


Nampak tak burung2 tu selambe je dekat kubur tu. Saya hampir tak pernah nampak bende macam ni kat kuburan kat Malaysia ni.

Beruntunglah sesape yang dikebumikan di Baqi'.

Semoga saya dikebumikan di Baqi' insyaAllah.

Masjid Nabawi Waktu Pagi, 1 September 2019

Lama Sangat Tunggu Giliran Unruk Buat Haji. Apa Pilihan Yang ada? Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Penulisan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan penyelidikan saya. Pembaca hendaklah membuat penelitian terperinci sebelum sebarang keputusan diambil. Semoga Allah memudahkan usurusan kita semua.

Realitinya sekarang ni masa menuggu untuk menunaikan ibadah haji memang terlalu lama / tak masuk akal. Bak kata orang mungkin tak tersampai hajat, mungkin kita dah jadi arwah dulu. Ye masa menuggu memnag sangat lama hingga 134 tahun seperti diberitakan oleh kosmo.com.my pada 18 Julai 2021. Selepas pandemik ni pulak had umur direndahkan kepada 65 tahun dan kebawah, diharap Arab Saudi akan memberi kelonggaran di masa hadapan.

Sekarang cer check balik pada rekod Tabung Haji (TH) anda, bila giliran naik haji tu? Tahun depan, 2 – 3 tahun lagi, 20 – 30 tahun lagi atau anda tak sanggup nak sebut sebab tak realistik.

InsyaAllah mungkim ramai yang akan berpeluang untuk menunaikan haji tetapi mungkin ramai juga tercari2 cara / pilihan lain selain dari melalui TH disebabkan giliran anda memang lama lagi, kalau dah sampai giliran pun mungkin secara realistiknya anda sudah tak larat, atau umur akan melebihi 65 tahun atau macam2 lagi.

Mungkin anda sudah merayu berkali2 tetapi tidak mendapat respon yang positif dari TH. So ape nak buat sekarang?

Anda sudah tentu ade 2 pilihan iaitu duduk dan redha saje menunngu giliran walaupu tak realistik atau anda terus berfikir, berusaha dan terus berdoa supaya Allah tunjukkan cara dan permudahkan apa yang anda hajatkan / usahakan. Yang mane satu dipilih?

Sila tunggu Part 2.