Page List

Friday, 19 December 2025

Apa Kita Katakan Pada Mayat Ini?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Pernahkah tuan 2 / puan2 menghadiri serta melakukan solat jenazah kemudian habis solat jenazah, samada imam atau seseorang yg di dalam jemaah semasa solat jenazah tadi bertanyakan "Apa kita katakan pada jenazah / mayat ini?", lalu kita berkata "Baik".

Tuan2 / puan2 sekalian tiada salahnya jika menjawab "baik" jika kita ...
  1. Semasa hidupo jenazah, kita mengetahui yg dia adalah orang baik, soleh, banyak menolong, banyak menderma dan lain2.
  2. Kita mengatakan "baik" dengan rela / ikhlas hati iaitu tanpa disoal terlebih dahulu.
  3. Bukan terpaksa atau terdorong disebabkan orang sekeliling kita mengatakan "baik".
Jikalau kita tidak mengenali jenazah atau mayat yg semasa hidupmya kita tidak kenali atau melakaukan perkara2 yg tidak baik, tidak membawa manfaat kpd masyarakat iaitu mati disebabkan contohnya melakukan rompakan, hisap dadah atau merempit, sebaiknya jika kita ditanya soalan "apa kita katakan pada mayat ini?", bolehlah kita ...
  1. Jangan jawab apa2 atau diam sahaja atau jawab "saya tidak tahu".
  2. Serahkan sahaja pada Allah.
Sebaiknya janganlah kita menjadi saksi palsu yg kita akan dipersoalkan nanti di alkhirat.

Mungkin masyarakat kita tersalah faham maksud Hadis Muslin no. 949. Di dalam hadis ini, bila para sahabat memuji jenazah dgn kebaikan dan mencela jenazah dgn keburukan, para sahabat mengetahui jenazah semasa hidupnya dan melakaukan dgn rela hati, lalu Baginda Rasullulloh SAW mengata "wajib" sebanyak 3 kali. Jadi pengajaran di sini adalah kita mesti mengatuhui jenazah semasa hidupnya serta mengucapkan "baik" dgn rela hati.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 949, ms. 480. Darussalam Publishers and Distributors.